Sabtu, 17 Disember 2016

Terima Komisen Kedua Affiliate Tim Infokerjaya

Terima Komisen Kedua Affiliate Tim Infokerjaya | Selepas komisen pertama Affiliate Infokerjaya ini, kini datang lagi komisen yang seterusnya. Bagi blogger newbie dalam bidang affiliate, saya rasa agak malu nak tunjuk komisen yang tak seberapa. RM30 je pun, bayar bil air sebulan punya lepaslah kot haha..


Nak buat duit dengan blog bukan sesuatu perkara yang mustahil lagi...ramai dah blogger yang full time dan menjana pendapatan bermula 3 hingga 5 angka sebulan..lebih-lebih lagi yang house wife dan house husband yang full time dengan blog..

Tahukah anda? Tim Infokerjaya merupakan syarikat berdaftar yang memberikan pelbagai maklumat dan panduan tentang niche pekerjaan di sektor awam dan swasta di Malaysia, ramai calon Separa Perubatan, Calon Peperiksaan Online SPA, dan calon temuduga SPA telah berjaya dengan rujukan yang diperolehi daripada Ebook Tim Infokerjaya.

Setiap tahun, pasti ada peperiksaan online dan temuduga yang akan dijalankan SPA..dari situ anda boleh mengambil peluang untuk mempromosikan ebook rujukan dan dapatkan komisen daripada setiap jualan melalui link affliate anda. 

Menarik kan? jika anda berminat menjana pendapatan sampingan - Daftar Sini

Baca selanjutnya

Rabu, 14 Disember 2016

Tarikh Akhir Penukaran Kad ATM/DEBIT Bank Di Malaysia

Tarikh Akhir Penukaran Kad ATM/DEBIT Bank Di Malaysia | Dengan bercirikan keselamatan terbaru kad ATM atau DEBIT. Bank-bank di Malaysia mengarahkan penukaran kad tersebut sebelum akhir tahun 2016 ini. Ia bertujuan untuk menaiktaraf ciri keselamatan sedia ada dengan sistem keselamatan pin untuk urusan transaksi menggantikan tandatangan sebelum ini.

Bagi anda yang belum menukar kad ATM/DEBIT, anda dinasihatkan untuk melakukan penukaran dimana-mana cawangan bank berkenaan. Jika anda tidak menukar kad, kemungkinan transaksi pengeluaran duit anda di ATM akan menghadapi gangguan.

Tarikh Akhir Tukar Kad ATM DEBIT Malaysia

Untuk makluman kepada pemegang kad ATM/DEBIT Maybank, proses penukaran kad boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu:


  • Secara atas talian (online) menggunakan Maybank2u (21 hari)
  • Pergi ke kiosk Maybank2u untuk tukar kad dalam masa 1 minit sahaja
  • Kaunter Maybank (mana-mana cawangan)


Manakala, bagi bank-bank lain..anda boleh datang ke mana-mana kaunter cawangan untuk melakukan penukaran kad ATM/DEBIT.

Cepat! tukar kad DEBIT anda dengan ciri keselamatan PIN-ENABLED sekarang...

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ke laman web bank anda untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan maklumat ini. 

Sekian.

Baca selanjutnya

Selasa, 13 Disember 2016

24 Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 Disember 2016

Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 | Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri seperti berketrampilan, boleh bekerja secara berpasukan, bakat kepimpinan, mempunyai jati diri yang tinggi dan bersifat profesional untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia bagi;

Jawatan kosong Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Pembantu Pendaftaran JPN Malaysia Gred KP19

Kelayakan: SPM/SVM/SKM
Jawatan Kosong: Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Bilangan Kekosongan: 24

Untuk cara memohon, kelayakan dan maklumat gaji - Klik Sini

Bagi anda yang telah memohon jawatan yang sama, anda tidak perlu membuat permohonan baru namun perlu memastikan tempoh permohonan masih sah (1 Tahun) pada tarikh tutup permohonan ini. Permohonan baru boleh dilakukan sebelum atau pada 26 Disember 2016 (Isnin) jam11:59 malam.


Persediaan Temuduga


Bagi mempersiapkan diri anda menghadapi temuduga jawatan ini atau jawatan-jawatan lain yang dijalankan oleh SPA, saya cadangkan anda mendapatkan Rahsia Lulus Cemerlang Temuduga Kerajaan ini untuk menambah keyakinan dan persediaan anda nanti.


Semoga membantu.

Baca selanjutnya

Isnin, 12 Disember 2016

Cara Borong Barang Murah Dari China

Cara Borong Barang Murah Dari China | Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Perdana Menteri Malaysia pada ucapan pembentangan Bajet 2017 lalu menyarankan rakyat Malaysia agar menyertai Uber dan baru-baru ini mengiktiraf Usahawan Internet supaya lebih berdaya saing dan menghargai usaha mereka.

Rakyat Malaysia khususnya, lebih cenderung kepada perniagaan secara atas talian (online) memandangkan perniagaan atas talian lebih mudah dikendalikan dan mendapatkan pasaran berbanding membuka kedai jualan. Jika kita lihat di laman sosial facebook, hampir semua rakan-rakan anda kongsikan tentang kelebihan dan manfaat produk jualan mereka. Paling popular adalah produk kecantikan, kesihatan dan barangan keperluan wanita seperti handbag, tudung, pakaian dan banyak lagi.

Tahukah anda, terdapat sebuah laman web yang membolehkan anda memborong barangan murah daripada luar negara? banyak produk yang anda boleh jumpa di Malaysia dijual oleh peniaga disini dengan harga hampir 50% keuntungan daripada modal yang digunakan untuk membeli. Kebanyakkan peniaga yang ada sekarang lebih suka menggunakan perkhidmatan 'Orang Tengah' atau 'Supplier'  untuk memborong barangan tersebut dari China padahal mereka sendiri pun boleh melakukannya.


Cara Borong Barang Murah Dari China


Memborong sendiri produk yang ada di laman web ini lebih menguntungkan berbanding menggunakan orang tengah. Orang tengah ini kita panggil supplier, kita pula lebih kurang sebagai agen dropshiper.

Kenapa?

Sebabnya, orang tengah/supplier pun dapat untung daripada pembelian anda, manakala anda pula dapat keuntungan daripada pelanggan anda tersebut.

Misalnya, harga sebuah handbag adalah RM25. Anda jual kepada pelanggan anda dengan harga RM30. Harga sebenar handbag tersebut adalah RM20 jika dibeli terus dari China. Jika anda beli terus daripada China tanpa melalui supplier? berapa keuntungan anda? RM10 untuk sebuah handbag bukan?

Masih kabur-kabur...

Mari saya jelaskan dengan lebih teliti ! dibawah ini adalah perbandingan harga handbag yang dijual di Malaysia sekarang dengan harga asal daripada China. Lihat betul-betul okay...

cara borong barang murah dari china
Semak Harga Malaysia | Klik Sini
cara borong handbag murah china
Semak Harga China | Klik Sini

Nampak tak beza dia? lihat betul-betul harga yang saya bulatkan didalam gambar diatas. Harga di Malaysia adalah RM101 (termasuk postage), manakala harga asal dari China adalah 59 Yuan (RM38.46) dan postage adalah 20 Yuan (RM12.82) untuk 1kg yang pertama.

Maka, 

Harga beli dari China - RM38.46 + RM12.82 = RM51.28 

Jika anda jual dengan harga pasaran di Malaysia, anda akan dapat keuntungan sebanyak RM49.72

Ini adalah harga dan keuntungan untuk 1 handbag sahaja, kalau anda berjaya menjual 100 handbag yang sama dalam masa sebulan? berapa keuntungan? RM4972! untuk satu jenis produk ni saja, kalau anda boleh dapatkan lebih banyak handbag dan barangan lain? mungkin anda boleh mengaut keuntungan sehingga RM10000 sebulan atau lebih.


Susah Nak Beli, Saya Tak Faham Bahasa Cina


Ya, saya faham..ramai yang kata laman web ini susah nak faham. Ada yang kata laman web ini tipu..tak kan tak faham bahasa Cina terus kata laman web tipu hahaha..

Ramai yang dah berjaya membuat pembelian disini, kalau tak mana pula supplier yang ada sekarang ni dapat produk yang sama dijual? bukan hanya orang Cina, malah ramai dah orang Melayu yang mula membeli sendiri barangan murah dari China yang dijual balik ke Malaysia dengan keuntungan lumayan. Kita kena tahu, teknik dan rahsianya saja..

Sebab itu, kita perlukan panduan membeli dari laman web ini hasil penulisan orang Cina. Nigel Ong penulis ebook Rahsia Taobao ini berkongsi sendiri pengalaman dan kejayaan beliau hasil daripada memborong barangan dari China.

Kurang faham dengan penulisan saja? anda boleh pilih pakej video untuk pemahaman yang lebih mendalam..terdapat 10 Video Tutorial yang pasti memudahkan anda nanti.

cara beli brang china


Dapatkan Ebook ini sekarang! - Rahsia Borong Dari China

Sudah menjumpai produk apa yang nak dijual nanti? dapatkan pula - Rahsia Tingkatkan Follower & Letupkan Jualan Di Instagram untuk memasarkan produk tersebut dengan lebih berjaya.

Semoga perkongsian Cara Borong Barang Murah Dari China ini dapat membantu anda.

Sekian...


Baca selanjutnya

Sabtu, 10 Disember 2016

Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan

Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan | Penternakan kambing bukan lagi tanda tanya pada masa sekarang ini. Selalu kita bertandang ke restoran, hidangan masakan daging kambing pastinya ada. Jika anda ke restoran Mamak, hidangan wajib adalah daging kambing. So, penternakan kambing memang sentiasa berjalan lancar, dengan adanya pasaran yang sedia ada di negara kita ini.

Artikel yang dipaparkan di media massa banyak menceritakan tentang kejayaan dan potensi keuntungan lumayan hasil penternakan kambing. Ada antara mereka bermula dari seeokor kambing sehingga ratusan ekor kambing, bayangkan bagaimana perkembangan ini begitu pantas lantas ramai pula yang menceburi bidang penternakan kambing ini untuk mengambil berkat sunnah Nabi Muhammad SAW.

Penternakan kambing dan potensi keuntungan
Keratan Akhbar Kejayaan Penternak Kambing


Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan


Ramai yang bertanya, dimanakah tempat berkursus untuk memulakan penternakan kambing ini. Sebenarnya, ada banyak tempat untuk menjalani kursus atau latihan. Samada anda menghadiri kursus anjuran kerajaan ataupun syarikat penternakan kambing yang telah berjaya. Banyak tempat untuk berkursus di Malaysia ini. Antara pilihan yang anda boleh lakukan adalah:

  • Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Pusat Latihan MARDI
  • Korposrasi Pembangunan Desa (Sabah)
  • UK Farming Sdn Bhd
  • Agro World Channel Sdn Bhd
Dan, ada banyak lagi...

Kos untuk menjalani kursus ini adalah bermula dari RM350 sehingga RM1500 bergantung kepada pihak penganjur yang menjalankan latihan. Ianya memakan masa sehingga seminggu untuk latihan pelbagai ilmu berkaitan penternakan kambing.


Walaupun kambing telah lama dipelihara di negara kita, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan samada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Dulu lain, sekarang permintaan daripada luar negara semakin meningkat terutamanya  negara China.




Jenis-Jenis Kambing Yang Boleh Diternak



Dalam bidang penternakan kambing, anda haruslah mengetahui jenis-jenis baka kambing yang ada dipasaran dan baka mana yang sesuai untuk diternak seterusnya berpotensi untuk dikomersialkan. Ada beberapa jenis baka kambing yang selalunya diternak iaitu:

  • Kambing Kacang(Katjang)
  • Kambing Jamnapari
  • Kambing Anglo Nubian
  • Kambing Boer
  • Kambing Toggenburg

Info lanjut tentang ciri-ciri kambing ini? baca selanjutnya di sini


Potensi Keuntungan?


Berat seekor kambing adalah 30 hingga 80 kilogram bergantung kepada baka kambing itu sendiri, ada yang besar ada yang sederhana besar. Selalunya, kambing laris dijual untuk tujuan ibadah aqiqah dan ibadah qurban, malah ada juga dijadikan pilihan untuk sedekah dan infaq kerumah anak-anak yatim. Anggaran harga untuk seekor kambing adalah RM1500 hingga RM3000. Kalau sebulan boleh jual 10 ekor kambing? anda akan dapat RM15000! untuk sebulan sahaja.

Belum termasuk kambing yang dibekalkan di restoran-restoran, harga sekilo daging kambing lebih kurang RM22/kg. Seekor kambing 30kg X RM22, berapa? RM660! kalau anda bekalkan 10 restoran sebulan dengan seekor kambing pun, anda sudah memperolehi keuntungan RM6600!

Banyak resepi yang sedap-sedap ada direstoran tu, cuba tengok 15 resepi daging kambing yang menyelerakan ini, pasti terliurlah haha..


Bagaimana Cara Memulakan Penternakan Kambing


Sebagai langkah pertama menceburi bidang perusahaan dan penternakan kambing ini. Anda perlulah berguru dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Dimana nak cari mereka? mereka yang berpengalaman selalunya berada di pusat-pusat latihan dan bimbingan yang anjurkan kerajaan atau swasta. Ada juga antara mereka yang berjaya ini, mengongsikan pengalaman mereka melalui penulisan buku.

Cara Memulakan Penternakan Kambing
Sumber | Kambing Boer

Untuk mula, banyak maklumat yang perlu dikumpulkan. Anda bolehlah menghadiri mana-mana pusat latihan untuk menimba ilmu penternakan ini. Tetapi, jika anda rasa tiada modal yang banyak untuk membayar yuran kursus, anda boleh dapatkan buku panduan ternak kambing dimana-mana kedai buku berhampiran anda.

Terdapat sebuah ebook yang tidak dijual dimana-mana kedai buku iaitu Rahsia Kambing. Buku ini dalam bentuk digital dan boleh diperolehi dengan puluhan ringgit saja.


Dapatkan ebook Rahsia Kambing sekarang! - Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing

Terima kasih kerana membaca Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan ini.

Semoga membantu anda yang memerlukan.

Baca selanjutnya

Jumaat, 9 Disember 2016

10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Keuntungan Lumayan

10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Keuntungan Lumayan | Banyak peluang perniagaan terbentang luas diluar sana. Perniagaan modal rendah dan mempunyai pulangan keuntungan lumayan ini boleh saja dimulakan oleh..

  • Seorang mahasiswa
  • Pelajar sekolah (dengan bantuan mak ayah)
  • Mereka yang dibuang kerja
  • Lepasan SPM
  • Penganggur
  • Suri Rumah
  • Pesara tentera / pesara kerajaan
Bila sebut pasal berniaga, mesti salah satu benda yang menjadi cabaran adalah MODAL. Percaya atau tidak, bukan semua perniagaan memerlukan modal yang besar, malah ada perniagaan yang langsung tidak memerlukan modal untuk dimulakan.

Perniagaan yang bagus ialah bisnes yang mudah tanpa memeningkan kepala untuk memikirkan dimana nak buat pinjaman duit untuk memulakan perniagaan. Bisnes yang bermodal rendah tapi pulangan keuntungan besar inilah yang sentiasa ada peluang pasaran yang luas dan berdaya saing. Pendek kata, bisnes yang penulis ingin katakan adalah 'hari-hari orang nak'. 


10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Pulangan Lumayan

Berikut adalah 10 Idea perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, atau tanpa modal untuk memulakan bisnes:

#1 Buah Potong
Perniagaan kecil-kecilan ini boleh saja dilakukan di hadapan sekolah, pasar tani, depan masjid, depan pejabat atau kilang, diluar kawasan tapak pembinaan, malah di tamu pun boleh buat, kawasan yang menjadi tumpuan ramai orang.

Buah Potong Ynag menguntungkan
Sumber | Tanungkite
Kebiasannya kadar keuntungan 50% hingga 60% daripada modal yang digunakan, dan anda berjaya menjual 300 plastik dengan harga RM1/plastik maka keuntungan anda RM160 sehari X 30 hari, berapa? RM4800! Kalau jual lebih maka keuntungan lagi banyak.


#2 Jual Air Balang
Perniagaan menjual air balang dalam gelas/cawan memang sudah ramai yang buat. Mengapa ramai yang buat? sebab perniagaan ini mudah. Tanpa modal yang besar. Tempat berniaga sama dengan berniaga buah potong, lebih bagus jika buat perniagaan ini serentak. Jual air balang, buah potong dan BBQ.

Panduan mulakan bisnes jual air balang
Sumber | Asto Awani
Keuntungan biasanya dalam 80% daripada modal yang digunakan. Jika anda berjaya menjual 300 cawan sehari dengan harga RM1/cawan maka keuntungan anda RM260 sehari X 30 hari, berapa? RM7800! Baca panduan memulakan bisnes jual air balang disini - Panduan Memulakan Bisnes Jual Air Balang


#3 Jual Apam Balik
Berniaga apam balik juga margin keuntungan 80% daripada modal. Lokasi menjual di pasar malam, pasar tani, tamu, dan boleh dilakukan di tepi jalan seperti jual air balang dan buah potong diatas.

Panduan Memulakan Bisnes Jual Apam Balik
Sumber | Ujangchengkau
Katakanlah anda berjaya menjual 200 keping apam balik dengan harga RM1.50/keping maka keuntungan anda RM260 sehari X 30 hari, berapa? RM7800! ini belum termasuk apam balik yang special, coklat, dan berperisa lain dengan harga sekitar RM1.50 hingga RM3.50 sekeping.


#4 Jual Nasi Lemak
Berniaga nasi lemak memang sentiasa ada pembelinya, maklumlah orang Malaysia suka makan nasi lemak ni. Bagi nama nasi lemak unik sikit macam Nasi Lemak Anak Dara tu dah femes satu Malaysia kan hehe.

Bisnes Jual Nasi Lemak
Sumber | Beritasini
Kadar keuntungan adalah 50% hingga 60% daripada modal. Katakanlah anda berjaya menjual 200 pek nasi lemak dalam sehari dengan harga RM1.50, maka keuntungan anda RM160 X 30 hari, berapa? RM4800! kalau jual lebih untung pun lebih banyak.


#5 Jual Burger
Berniaga burger boleh dilakukan secara sepenuh masa dan separuh masa. Kerana selalunya, orang akan makan burger ni waktu malam. Jual burger boleh dilakukan di luar kedai makan, tepi jalan, pasar tani, food court area, dan kawasan laluan orang ramai.

Panduan Memulakan Bisnes Jual Burger
Sumber | Sinarharian
Kadar keuntungan adalah 60% hingga 70% daripada modal. Katakan anda berjaya menjual 150 burger dengan harga RM3 sebungkus, maka keuntungan anda adalah RM240 X 30 malam, untung? RM7200! Baca panduan memulakan bisnes menjual burger ini - Panduan Memulakan Bisnes Jual Burger


#6 Jual Aiskrim
Perniagaan mudah dan modal rendah ini memang ramai yang nak buat. Mat bangla pun suka buat bisnes aiskrim ni. Ini kerana aiskrim semua orang suka makan, tak kira dari kanak-kanak atau orang dewasa. Boleh lakukan bisnes ini dengan menggunakan motosikal atau dipasar tani, diluar kawasan sekolah, luar supermaket, pasar malam atau ditepi jalan.

Panduan Memulakan Bisnes Jual Aiskrim
Sumber | Lowyat
Margin keuntungan dalam 50% hingga 70% daripada modal. Katakan anda berjaya menjual 300 aiskrim kon dengan harga RM1/kon, maka keuntungan anda adalah RM160 X 30 hari, berapa? RM4800!  nak beli mesin soft aiskrim harga RM5500 pun dah boleh. Nak tau panduan memulakan bisnes aiskrim ini? baca - Panduan Memulakan Bisnes Jual Aiskrim


#7 Photography atau Juru Gambar
Perniagaan secara part time pun bisnes photography ini boleh jalan. Ramai pasangan diluar sana mencari jurugambar untuk majlis pertunangan dan perkahwinan mereka nanti. Itu belum termasuk pre-wedding, majlis hari jadi, event rasmi dan konvokesyen.

Panduan Memulakan Bisnes Fotografi
Sumber | Momogun Rungus
Apa yang anda perlukan adalah sebuah kamera dan perisian komputer yang boleh digunakan untuk mengedit gambar tersebut. Katakanlah anda telah membeli kamera DSLR dengan harga RM1800 (mulakan dengan kamera murah dulu). Anda berjaya dapat job satu majlis kahwin dengan bayaran RM2500, modal anda dah cover! masih untuk RM700. Job seterusnya?? itu milik anda..kalau dapat job satu majlis Konvokesyen, anda boleh dapat untung sehingga RM50,000!

Bisnes ini perlukan kursus dan kemahiran, kalau tak minat memang tak jadi ! daripada menghadiri kusrsus beratus-ratus atau beribu-ribu, ada panduan untuk anda yang jauh lebih murah tetapi sangat membantu - Panduan Memulakan Bisnes Photography


#8 Perkhidmatan Potong Rumput
Secara part time, bisnes ini boleh dilakukan. Rata-rata caj untuk satu laman rumah adalah RM30 hingga RM60. Katakan anda baru saja membeli mesin potong rumput dengan harga RM250, dan anda dapat 10 job potong rumput dalam bulan yang pertama. Keuntungan anda, RM600 tolak RM250 maka masih untung RM450.

Bisnes Perkhidmatan potong Rumput
Sumber | Potong Rumput
Bila dah konsisten, anda upahlah 2 orang pekerja dengan gaji RM120 sehari. Anda carilah job 5 buah rumah untuk seorang dengan bayaran RM60/rumah. Maka, keuntungan anda RM600 - RM240 = RM360 X 30 hari, berapa? RM10800! 

#9 Bisnes Bakeri Dari rumah
Perniagaan bakeri dari rumah sesuai dilakukan suri rumah. Hanya dari rumah anda mulakan perniagaan ini dengan menghasilkan kuih muih, kek, dan macam-maca lagi. Boleh dijual secara online, atau pre-order untuk majlis-majlis harijadi atau perkahwinan.

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah
Sumber | Bakeri
Kadar keuntungan biasanya 50% hingga 60% daripada modal. Katakan anda berjaya menjual 100 kek cheese dengan harga RM30/kek cheese, maka keuntungan anda adalah RM160 X 30 hari, berapa? RM4800! Nak belajar cara mulakan bisnes bakeri dari rumah? - Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah


#10 Agen Dropship
Menjadi agen dropship adalah bisnes yang biasa kita lihat dilakukan oleh pengguna facebook sekarang ini. Banyak produk yang laris dijual di facebook misalnya, barangan bayi, pakaian fesyen wanita, handbag, produk kecantikan, dan jam tangan. Pilihlah mana-mana produk yang anda rasa laris untuk dijual, pilihalah produk yang HOT difacebook atau Instagram.

Rata-rata komisen untuk agen dropship adalah RM10 hingga RM30 daripada harga produk. Katakanlah anda menjual baju baby 40 helai sehari dengan harga RM40. Keuntungan anda RM400 X 30 hari, untung? RM12000! dropship amat bergantung dengan kadar jualan yang anda dapat tetapi modal memang tak ADA! kos penghantaran ditanggung oleh pembeli, penghantaran dikendalikan oleh syarikat dropshiper.

Tambahan 1 lagi bisnes adalah dengan menjual barangan borong dari China

#11 Borong Barang dari China
Berminat memulakan bisnes barangan murah dari China? rahsia memborong barang tanpa perlu pergi ke China sudah didedahkan oleh Nigel Ong penulis ebook Rahsia Borong Dari China ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempelajari ilmu yang dikongsikan oleh beliau. Ramai yang sudah berjaya! anda bila lagi..dapatkan panduan berharga ini - Rahsia Borong Barang Dari China

Peluang memang luas. Pasaran dah memang tersedia. Semua orang nak makan buah potong, nasi lemak, apam balik, burger dan nak juga minum air kelapa, air bandung. Anak-anak pula suka sangat nak makan aiskrim, mak bapa mana yang tak beli kalau anak mereka menangis nak aiskrim kan?

Masalahnya, nak berniaga atau tidak saja! terpulanglah anda nak mulakan bisnes mana satu asalkan caranya betul dan ada komitmen..



Terima kasih kerana membaca 10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Keuntungan Lumayan.

Semoga berjaya!

Baca selanjutnya

Khamis, 8 Disember 2016

Panduan Penting Temuduga SPA

Panduan Penting Temuduga SPA | Tahun 2017 nanti dijangkakan akan banyak lagi temuduga dan peperiksaan online yang akan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sungguhpun begitu, ramai juga graduan yang akan menamatkan pengajian, ini bermakna persaingan semakin bertambah.

Berkhidmat dengan kerajaan merupakan impian ramai individu, memandangkan banyak keistimewaan yang boleh diperolehi nanti, ramai individu yang bekerja dengan syarikat swasta hanya untuk sementara kerana target kerjaya adalah dengan kerajaan. Namun, ada juga yang tak mahu bekerja dengan kerajaan kerana lebih selesa dengan majikan swasta yang bergaji lebih tinggi daripada penjawat awam.

Panduan Menghadiri Temuduga SPA 2017

Persediaan rapi menghadapi temuduga bukan masalah bagi anda yang berpengalaman hadiri temuduga. Tapi, bagaimana pulak dengan yang Fresh graduate? mesti berdebar-debar bila sebut 'interview' kan?

Disini saya kongsikan sedikit maklumat tentang panduan penting temuduga SPA.


Sebelum Temuduga


  • Kenalpasti Majikan Anda
  • Selidik Organisasi & Panel Temuduga
  • Jangan Menghafal Soalan
  • Buat Latih Tubi & Jawab
  • Buat Persediaan Soalan Yang Mungkin Datang

Faktor-Faktor Yang Akan Dinilai


  • Pengetahuan Am
  • Kebolehan Komunikasi
  • Keyakinan
  • Kebolehan Berfikir
  • Motivasi diri
  • Sikap Positif
  • Cekap Dalam Bidang Yang Dipilih

Untuk rujukan lengkap, baca - 15 Persediaan Lengkap Menghadiri Temuduga SPA

Perlukan rujukan lebih? apa kata anda dapatkan ebook panduan lulus temuduga kerajaan ini untuk menambahkan lagi keyakinan semasa temuduga nanti. 


Berpuluh ribu graduan yang menamatkan pengajian di peringkat Master, Ijazah Sarjana Muda, PT3/SPM/SPMV/SPVM atau SKM di Malaysia setiap tahun. Bayangkan persaingan anda yang gila vavi banyak ini? kadang-kadang kekosongan hanya 10 tetapi yang dipanggil temuduga adalah seramai 2000 orang calon. Persaingan? tak payah cakaplah..memang sangat sukar..

Dengan adanya panduan ini, dengan sedikit persediaan dari segi fizikal dan mental diiringi doa. Pastinya akan mengecilkan 'sukar' itu menjadi 'mungkin', ia akan banyak mempengaruhi keyakinan anda menghadiri temuduga nanti.

Semoga berjaya!

Baca selanjutnya

Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 | Tahniah dan syabas! buat anda yang telah berjaya dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 yang lepas. Bagi yang tak sempat menduduki peperiksaan online tu, jangan risau kerana tahun 2017 mungkin akan ada lagi peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. 

Anda sudah buat yang terbaik ketika peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 tempoh hari. Pastinya debaran menanti menunggu keputusan peperiksaan ini kan? bagi yang berjaya melepasi peperiksaan tersebut, anda akan ke peringkat temuduga selepas ini. Banyak persediaan yang anda boleh buat jika mulaka sekarang.


Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29


Untuk makluman, seramai 34,223 calon telah menduduki peperiksaan untuk jawatan ini. Ini termasuklah 62 orang calon telah menduduki peperiksaan ini di luar negara iaitu di 21 buah negara. Berikut adalah pengumuman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan tarikh semakan keputusan peperiksaan Penolong Pegawai tadbir N29.



Cara Semakan Keputusan


Calon boleh menyemak keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 menerusi laman web / portal Rasmi SPA - www.spa.gov.my


Semakan Keputusan: Klik Sini
Tarikh: 13 Disember 2016 (Selasa)


Sepintas Lalu - Peranan Dan Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29


Untuk menjadi seorang Pnolong Pegawai Tadbir N29 yang berjaya anda haruslah mempunyai ciri-ciri dan berkebolehan melakukan tugas seperti berikut:
  • Aspek pengurusan organisasi atau jabatan
  • Aspek pentadbiran pejabat
  • Hal-hal kewangan organisasi atau jabatan
  • Hal-hal teknologi maklumat
Penolong Pegawai Tadbir N29 bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan pengurusan konsuler dan Penguatkuasaan Undang-Undang.


Persediaan Menduduki Temuduga


Tahniah! anda selangkah lagi untuk bergelar seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 di Kementerian/Jabatan Kerajaan. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat persediaan rapi bagi menduduki temuduga. 

Persediaan awal dari segi dokumen penting yang perlu dibawa, etika bilik temuduga, cara menjawab soalan penemuduga dan membuat resume amatlah penting ketika ditemuduga. Peluang ini adalah peluang keemasan buat anda yang telah berjaya dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Buat persediaan sekarang! - Rahsia Lulus Cemerlang Temuduga Kerajaan

Semoga membantu dan semoga berjaya!

Baca selanjutnya

Selasa, 6 Disember 2016

Jadual Peperiksaan MUET 2017

Jadual Peperiksaan Dan Pendaftaran MUET 2017 | Dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Jadual atau Kalendar MUET bagi tahun 2017. Bagi anda yang berada di Tingkatan 6, mengambil MUET adalah wajib jika anda mahu meneruskan pelajaran di Universiti atau IPTA/IPTS. 


Jadual Peperiksaan MUET 2017


Berikut adalah tarikh-tarikh penting Malaysian University English Test (MUET) bagi tahun 2017 nanti. Walaubagaimanapun, semua tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MUET Sesi Mac 2017
  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 1 November 2016
  • tarikh Pendaftaran Ditutup: 9 Januari 2017
  • Tarikh Ujian Speaking: 13, 14, 15, 16, 20 dan 21 Febuari 2017
  • Tarikh Ujian Bertulis: 11 Mac 2017
MUET Sesi Julai 2017

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 15 Mac 2017
  • tarikh Pendaftaran Ditutup: 11 Mei 2017
  • Tarikh Ujian Speaking: 11, 12, 13, 17, 18 dan 19 Julai 2017
  • Tarikh Ujian Bertulis: 29 Julai 2017
MUET Sesi November 2017
  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 2 Jun 2017
  • tarikh Pendaftaran Ditutup: 1 Ogos 2017
  • Tarikh Ujian Speaking: 4, 5, 9, 10, 11 dan 12 Oktober 2017
  • Tarikh Ujian Bertulis: 4 November 2017
Soalan lazim mengenai MUET? - klik sini

Daftar MUET disini - klik sini / klik sini


Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET


Bercakap mengenai panduan lulus MUET, guru disekolah itu pun dah cukup membimbing anda sebenanrnya. Itu jika anda mengambil MUET di sekolah menengah. bagaimana pulak dengan mereka yang belum mengambil MUET tetapi nak masuk Universiti?

Sudah pasti anda akan mengambil MUET ini secara individu di Pejabat Pendidikan,dan selalunya anda akan ditempatkan dimana-mana sekolah menengah atau dewan kuliah untuk menghadiri kelas MUET.

Kali ini, saya nak kongsikan dengan anda satu buku digital - Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET. Ebook ini dihasilkan oleh bekas penanda kertas soalan MUET dan berpengalaman dalam bidang ini.

Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda. Antaranya:
  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan.
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking.
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar.
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET.
Panduan berguna ini, murah sahaja jika dibandingkan dengan ilmu dan 'passport' anda memasuki  dan keluar daripada pengajian di Universiti nanti. Ingat, anda kena dapatkan sekurang-kurangnya Band 2 untuk masuk atau tamatkan pengajian di Universiti.

Dan, dapatkan Panduan Luus Cemerlang Peperiksaan MUET ini - Klik Sini

Baca selanjutnya

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah Disember 2016

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah Disember 2016 | Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga negeri Sabah. Permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di kerajaan negeri Sabah akan dijalankan pada bulan Disember 2016 ini.


Kerajaan Negeri Sabah mempelawa individu yang berkelayakan mengisi jawatan kosong berikut:

  1. Penolong Pegawai Penilaian (Diploma)
  2. Pembantu Penilaian (SPM/SPMV/SPVM)
  3. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera (SPM/SPMV/SPVM)
  4. Pembantu Tadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah (SPM/SPMV/SPVM)
  5. Pemandu Kenderaan (PMR/PT3)
  6. Pembantu Awam (SPM/PT3)


Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan


  • Calon hendaklah warganegara Malaysia yang lahir di negeri Sabah dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan bagi semua jawatan yang hendak dipohon dan syarat-syarat pelantikan boleh dibaca semasa membuat permohonan

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Disember 2016

Syarat Kelayakan Permohonan – http://www.jawatan.sabah.gov.my/JwtnIklan.asp

Cara Memohonhttp://www.jawatan.sabah.gov.my/
(Mohon copy & paste link di browser anda, kemudian tekan 'enter')



Persediaan Temuduga


Untuk mempersiapkan diri anda menghadiri temuduga ini, saya cadangkan anda mendapatkan panduan temuduga kerja kerajaan ini untuk membantu anda bersedia dengan lebih awal dari segi soalan-soalan yang lazim, etika berpakaian, etika dalam bilik temuduga dan cara penulisan resume yang mantap!


Semoga berjaya.

P/s: Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Baca selanjutnya

Terima Komisen Affiliate Klikjer November 2016

Terima Komisen Affiliate Klikjer November 2016 | Sejak menyertai program affiliate ebook klikjer bulan Jun lepas, saya telah mendapat komisen hampir setiap bulan iaitu Julai, Ogos, September, dan November. Malangnya, bulan Oktober saya tidak berjaya mendapatkan sebarang jualan ebook. 

Namun, bulan November seakan-akan mengisi kekosongan bulan Oktober tu. Saya berjaya menghasilkan jualan yang ke-4, 5, 6 dan 7. Dan, tak sangka berjaya masuk Top 10 Affiliate pada bulan November berdasarkan komisen tertinggi yang dihasilkan.


Komisen untuk bulan November 2016 telahpun dikreditkan ke akaun Maybank seperti yang dijanjikan oleh pengurusan klikjer.com. 


Ada rakan tanya, bagaimana kamu berjaya buat sales? sebab dia dah join lama affiliate klikjer ni tapi belum ada rezeki dapatkan komisen..jawapan dia mudah saja, buat artikel menggunakan teknik SEO sebab pengunjung daripada enjin carian google sangat berkualiti. Mereka mahukan jawapan bagi persoalan yang mereka nak cari di google.

Jika artikel anda benar-benar menarik minat mereka, pastinya ebook yang kita kongsikan akan dibeli. 

Ingat, ada beberapa Ebook yang laris dijual pada bulan November lepas dan kita bolehlah fokus buat artikel berdasarkan Carta Top 10 Ebook Klikjer dibawah ini..


Carta Top 10 Ebook Klikjer - November 2016


Kedudukan carta adalah berdasarkan bilangan unit yang terjual sepanjang bulan November 2016.

  1. RahsiaTaobao.com oleh Nigel Ong
  2. BisnesBakeri.com oleh Nik Roslin
  3. BisnesAiskrim.com oleh Afiq Rusly
  4. RahsiaTemudugaKerajaan.com oleh Jud Jamil
  5. IGKaboom.com oleh Nigel Ong
  6. RahsiaKambing.com oleh Farid Sulaiman
  7. BisnesAirBalang.com oleh Mizan Sulaiman
  8. SistemSaham.com oleh Khairul Arifin Selamat
  9. PanduanMuet.com oleh Allahyarhamah Norehan Mohd Nooh
  10. SuamiUnggul.com oleh Dr H.M TUAH

Dengan menggunakan kedudukan carta top 10 ini, kita dah boleh pilih mana ebook yang perlu kita promote pada bulan Disember ini. Terpulanglah nak pilih mana pun, asalkan anda boleh menghasilkan artikel berkaitan ebook diatas.

Nak dapatkan side income dengan klikjer? Daftar sini - Daftar klikjer

Mungkin ayat saya susah nak faham, tapi ada panduan untuk anda yang pasti akan mudah difahami. Panduan ini adalah lengkap untuk anda ikuti - Panduan Buat Duit Dengan Blog 

Nak buat duit dengan blog tapi belum ada blog? berminat nak buat blog jugak? anda boleh rujuk panduan ini untuk memudahkan proses membuat blog sendiri nanti - Panduan Bina Blog Sendiri

Semoga berjaya.

Baca selanjutnya

Isnin, 5 Disember 2016

Cara Semak Dan Kemaskini Permohonan BR1M 2017

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2017 | Pada perbentangan Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kenaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) seperti dalam jadual dibawah ini.

Bagi anda yang layak, tahniah! 

Bagi anda yang tak layak mendapat BR1M 2017 ni, jangan kecewa kerana masih ada rezeki lain selain BR1M. 


Permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah boleh dibuat bermula pada hari ini..

Tarikh Permohonan Baru dan Kemaskini Maklumat: 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016

Cara kemaskini? boleh melayari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/


Cara Pembayaran BR1M 2017


KATEGORI
JUMLAH BAYARAN
FEB 2017
JUN 2017
OGOS 2017
Pendapatan Bulanan Isi Rumah <RM3000
RM1200
RM400
RM400
RM400
Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM3001 – RM4000

RM900
RM300
RM300
RM300
Individu Bujang Bergaji <RM2000
RM450
RM450



Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula pertengahan bulan Febuari 2017. Dinasihatkan agar penerima BR1M mengemaskini nombor akaun untuk memudahkan pemindahan terus ke akaun bank penerima. Jika tiada akaun bank, anda boleh menuntut baucer tersebut di Cawangan LHDN atau Pejabat daerah dikawasan anda.


Cara Kemaskini BR1M 2017


Jika anda mahu mengemaskini permohonan BR1M bagi tahun 2017. Anda boleh lakukan melalui dua(2) cara iaitu:

  1. Secara Manual dengan mengisi borang dimana-mana Cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau di UTC LHDNM
  2. Secara Online (atas talian) melalui laman web rasmi BR1M 

Apakah yang perlu dikemaskini?

  • Maklumat peribadi yang lengkap
  • Maklumat pewaris
  • Maklumat akaun bank
  • Nombor telefon

Permohonan secara online tidak memerlukan penghantaran sebarang dokumen sokongan, namun sekiranya anda rasa layak menerima BR1M tetapi gagal? anda perlu menghantar dokumen tersebut di mana-mana Cawangan LHDNM untuk proses rayuan.

Untuk makluman, aplikasi eBR1M ini tidak direka untuk capaian peranti mudah alih. Jadi anda hanya boleh menyemak permohonan sahaja.

Semoga membantu.

Baca selanjutnya

Ahad, 4 Disember 2016

8 Tempat Mesti Pergi Di Korea Selatan Jika Menang Percutian Percuma Dari Traveloka

8 Tempat Mesti Pergi Di Korea Selatan | Percutian merupakan satu terapi utama kepada tekanan kerja dan masalah seharian kita. Semua orang perlukan ketenangan dan keceriaan untuk kelihatan sentiasa 'awet muda', hehe..ramai orang yang kelihatan bahagia ni, rahsianya adalah 'happiness'..budak 3 tahun dari China ini pun tahu apa makna 'happiness' itu..

Nak happy dimasa cuti persekolahan ini? Kalau nak happy dengan keluarga atau rakan-rakan, promosi percutian yang anda mungkin cari-cari mungkin ada di laman web Traveloka ini. Promosi Flight dan Hotel di Traveloka bermula 01 November  2016 sehingga 31 Januari 2017. Anda masih belum terlambat untuk menikmati promosi ini.


Impian Percutian Saya Jika Menang Percutian Percuma Traveloka


Saya sudah ada impian percutian yang hebat jika saya memenangi percutian percuma daripada Traveloka. Pada mulanya, saya merancang untuk mengelilingi Malaysia tetapi pakej percutian percuma Traveloka bernilai RM6,000 tu kalau pergi keluar negara memang sangat mencukupi.

Peminat filem dan rancangan Korea pastinya terfikir Korea Selatan adalah lokasi terbaik untuk dipilih kerana banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi sama macam dalam filem-filem tu..sejujurnya, saya minat tengok filem Action dan historical Korea. Background dalam filem mereka memang awesome, kalau saya kesana nanti..wajib utk pergi ke setiap lokasi tersebut..


8 Tempat Menarik Mesti Pergi Di Korea Selatan


#1 Pulau Nami (Nami Island)


Pulau Nami merupakan sebuah pulau yang berbentuk bulan separuh. Inilah lokasi penggambaran filem Winter Sonata tu. Masa yang sesuai untuk percutian di sini adalah pada bulan April ketika musim bunga. Bunga sakura tu...kalau bercuti ke sini bersama isteri, pasti akan terasa baru semalam je kahwin hehe..

#2 Gyeongbokgung

Gyeongbokgung juga dikenali sebagai Gyeongbokyung Palace atau Gyeongbok Palace merupakan istana diraja pada zaman pemerintahan Joseon Dynasty. Dibina pada tahun 1395 dan terletak di bahagian urata Seoul, Korea Selatan. Lokasi ini juga banyak digunakan dalam filem-filem sejarah Korea. Diluar Gyeongbukgung adalah Gwanghamun Square dimana hero dan heroin City Hunter bertemu first time. Dibahagian belakang pula adalah Korean Blue House iaitu kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Memang menarik tempat ni..

#3 Myeongdong

Myeongdong merupakan pusat membeli-belah terbesar di Seoul, Korea Selatan. Tempat ini adalah syurga fesyen dan kosmetik di Korea Selatan. Dianggarkan seramai 1,500,000 melalui Myeongdong setiap hari dan menghubungkan Chungmuro, Euljiro, dan Nandaemunro yang berkeluasan 0.99 km persegi.

#4 Namsan

Namsan merupakan gunung yang berada ditengah-tengah kota Seoul, Korea Selatan. Berketinggian 262 meter, terletak di daerah Jung-gu di South Central Seoul, Korea Selatan. Namsan juga dikenali sebagai Mongmyeoksan. Dikaki gunung ini terdapat perkampungan tradisional orang-orang Korea yang dipanggil Namsagol Hanok Village. Untuk ke Namsan, kita boleh menggunakan 3 cara iaitu Cable Car, Menaiki Bas, atau Berjalan Kaki.

#5 Cheonggyecheon Stream

Cheonggyecheon merupakan anak sungai yang mengalir ditengah-tengah Kota Seoul. Sungai sepanjang 10.9 kilometer ini adalah tempat rekriasi dan bersantai warga korea. Sumber air yang mengalir adalah dari mata air bawah tanah. Pemandangan di sungai Cheonggyecheon ini sangat indah dengan ukiran dan pancutan air yang berwarna warni pada waktu malam. Pada awal Novermber setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, unik dan cantik sempena Festival Tanglung Korea.

#6 Hangang Park

Hangang Park adalah taman disepanjang Hangang River. Banyak taman reksriasi di sepanjang sungai Hangang ini. Pada musim sejuk, taman ini akan bertukar sebagai medan bermain luncur salji. Kalau suka beriadah, bolehlah berkunjung ke Hangang Park. Huh, nak main luncur salji tu lah..

#7 Han River

Han River merupakan sungai terbesar di Korea Selatan dan sungai yang ke-4 terpanjang di Korea Peninsula selepas sungai Amnol, Sungai Tuman, dan sungai Nakdong. Di sungai ini, terdapat sebuah jambatan yang dikenali sebagai Banpo Moonlight Rainbow Bridge, pada waktu malam pemandangan memang cantik, macam awek-awek Korea hehe..ingat tak penggambar Running Man tu? dekat sungai ni lah diorang berenang merentas sungai tu..


#8 Lotte World

Kalau di Malaysia kita ada Genting Highland, di Korea Selatan mereka ada Lotte World. Lotte World merupakan pusat rekriasi terbesar di Seoul, Korea Selatan. Banyak permainan indoor dan outdoor yang boleh didapati disini. Mereka yang pernah kesini kata, Lotte World adalah lebih 10kali ganda lebih best! tapi itu nanti saya komen kalau berjaya percutian percuma tu..

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Korea Selatan. Ini belum termasuk taman hidupan binatang/haiwan disana. Rasanya 8 lokasi menarik ini saja buat masa ini yang menarik untuk dilawati, tetapi jika diberi peluang memenangi percutian percuma dari Traveloka, saya mungkin akan pergi lebih banyak tempat menarik lain.

Untuk maklumat lanjut tentang tempahan flight dan hotel, anda boleh layari Traveloka

Mahu menyertai contest You Need Holiday Lah! layari Traveloka

Sumber gambar: 
1. Korea Tourism Organization
2. www.myfir2u.blogspot.com
3. www.crossingtravel.com

Baca selanjutnya

Jumaat, 2 Disember 2016

Cara Tingkatkan Follower Dan Letupkan Jualan di Instagram

Cara Tingkatkan Follower Dan Letupkan Jualan di Instagram | Dua (2) minggu yang lepas, saya sempat bersembang dengan seorang rakan yang menyediakan perkhidmatan Photo Booth (Photography). Katanya, ada job nak buat di Kuching, Sarawak so partner dia seorang lagi siap datang dari KL untuk membantu.

Memandangkan syarikat tu dari KL so cawangan akan dibuka di Kuching tidak lama lagi. Saya sengaja bagi hint2 dekat dia kalau-kalau dia nak minta jasa baik saya untuk review dan promote bisnes Photo Booth dia tu. Facebook, twitter, dan blog memang saya ada. Tapi, dia kata Instagram adalah medium paling banyak dia dapat job tu. Facebook?? fan page ada tapi nak buat iklan memang agak mahal kos per klik sekarang ni.


Berniaga Di Instagram?


Pada mulanya, saya agak terkejut dengan feedback rakan saya ni. Selalunya, orang berebut-rebut untuk mempelajari ilmu pengiklanan di Facebook tapi tak ramai pulak yang nak hadir kursus untuk pemasaran menggunakan Instagram.

Tahukah anda! pada masa kini terdapat 400 juta pengguna Instagram dan 57 % daripada pengguna instagram ini akan log in setiap hari. Secara purata, kadar engagement bagi setiap post di Instagram adalah 57kali lebih tinggi daripada Facebook dan 120kali lebih tinggi dari Twitter.

Manakala, kajian daripada aplikasi Buffer pula mengeluarkan statistik data yang mana 2.81% pengguna Instagram akan memberikan respon (like, komen dan tag) berbanding Facebook hanya 0.25% dan Twitter 0.21%.

<img src="Instagramkaboomsurvey.jpg" alt="Panduan Jual Beli Instagram">


Ini bermakna, orang lebih suka komen, like dan tag di Instagram 10kali ganda berbanding Facebook dan Twitter. Jika anda ada 100 fans di Facebook, anda akan dapat 2 atau 3 like sahaja. Manakala, jika anda ada 100 folower di Instagram, anda akan dapat 10 hingga 15 like, atau komen.

Dah tahu statistik ni, kenapa tak gunakan untuk perniagaan? 

<img src="Instagramkaboomelih.jpg" alt="Jual Beli Instagram">

Contoh akaun Instagram saya diatas ni, belum sesuai dijadikan platform untuk buat duit sebab followers masih seidkit. Dan, memang untuk kegunaan peribadi sahaja. 

Tetapi, cuba lihat beberapa testimoni pemilik akaun Instagram dibawah ini. Jika menggunakan teknik menambah follower dengan betul, pastinya akan memberikan impak yang luar biasa.

<img src="Instagramkaboomtestimoni.jpg" alt="Testimoni Jual Beli Instagram">

<img src="Instagramkaboomtestimoni2.jpg" alt="Testimoni Jual Beli Instagram">

<img src="Instagramkaboomtestimonihebat.jpg" alt="Testimoni Jual Beli Instagram">

Apakah rahsia mereka? 

Rahsia sepatutnya tak boleh bagitau orang kan? jangan risau ini bukan rahsia lagi kerana saudara Nigel Ong sudah menghasilkan ebook panduan untuk menaikkan follower dan jualan di Instagram. Ramai yang kata, dia ni hebat...buat sale sampai tahap 'hanphone kejang' sebab query yang terlampau banyak. Dah lah hebat, tak kedekut ilmu pula tu..


Instagram Kaboom!


Ebook Panduan Tingkatkan Follower Dan Letupkan Jualan di Instagram ini memang dah terbukti berkesan. Dengan adanya panduan ini, perkongsian daripada pengalaman saudara Nigel Ong amat berguna bagi pemula bisnes yang mahu membuat perniagaan secara online. Jika anda sudah membuka fan page di Facebook, buka pulak satu lagi akaun Instagram dan ikuti tip panduan yang diterangkan dalam ebook IG Kaboom ini.

<img src="Instagramkaboom.jpg" alt="Panduan Jual Beli Instagram">


Tingkatkan follower Instagram anda dan mula letupkan jualan - Dapatkan IG Kaboom ini sekarang!

Saya juga bercadang untuk buat satu lagi akaun Instagram / IG untuk permulaan bisnes. Tunggu je masa yang sesuai..

Baca selanjutnya