6 Cara Membuat Simpanan Pendidikan Untuk Anak

Kos untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik pada masa sekarang ini bukan lagi tanda tanya bagi kita. Kesinambungan pendidikan amat bergantung kepada kemampuan kita membiayai pendidikan anak kita. Oleh itu, perancangan dari awal sangat membantu meringankan perbelanjaan tersebut.

<img src="simpananpendidikan.jpg" alt="Simpanan Pendidikan Anak">

Bermula daripada bayi anda dilahirkan, sehingga dia berumur 18 tahun itulah masa anda untuk menabung sebelum membayar bil university yang tinggi. Sekarang pun dah pening, apatah lagi jika 18 tahun yang akan datang?

Disini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa Cara Membuat Simpanan Pendidikan untuk anak anda. Antaranya adalah:

Junior Savings Account

Membuka akaun junior untuk anak anda adalah satu langkah yang terbaik untuk Simpanan Pendidikan. Ini boleh memupuk disiplin menyimpan kita sehingga anak kita berumur 18 tahun nanti.
Kos untuk membuka akaun Junior ini adalah bergantung kepada pihak Bank mana anda membuka akaun. Setahu saya dalam RM100 sehingga RM300 minimum.Kalau ada duit lebih bukalah akaun mengikut kemampuan anda. Dibayar dengan interest yang agak tinggi berbanding akaun dewasa.

Boleh rujuk sini untuk membuat perbandingan Junior Savings Account.  - Klik Sini

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Pasti ramai yang tahu SkimSimpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang asaskan daripada Perbadanan TabungPendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau lebih dikenali sebagai badan yang memberikan pinjaman pengajian tinggi. 

Peminjam PTPTN diwajibkan membuka akaun SSPN sebagai syarat pinjaman, selain itu anda juga boleh membuka akaun SSPN untuk simpanan pendidikan anak anda dan hanya boleh dikeluarkan apabila anak anda menjejak kaki di Universiti.

Polisi Insuran Pendidikan Anak (Child Education Policy)

Polisi Insuran Pendidikan Anak bukanlah pilihan yang selalu orang buat. Tetapi polisi insuran ini memang wujud dan faedahnya boleh membantu masa depan anak anda dengan baik.

Polisi Insuran ini sebenarnya sama dengan Insuran Nyawa tetapi akan ada tempoh matang dan boleh dikeluarkan apabila anak anda mencecah umur masuk ke kolej atau university.

Anda boleh membaca lebih lanjut berkenaan Polisi Insuran Pendidikan Anak disini 

Akaun Deposit Tetap (Fix Deposits)

Akaun Deposit Tetap juga cara yang terbaik untuk simpanan anak anda. Interest simpanan ini akan bertambah sama macam umur anak anda. Dengan interest yang agak tinggi berbanding simpanan biasa, nescaya simpanan ini akan bertambah banyak sehingga anak anda mulai menjajkkan kaki di Universiti nanti.

Interest tahunan boleh mencecah sehingga 4 %. Untuk tahu lebih banyak pilihan Fix Deposits antara bank-bank di Malaysia bolehlah baca sini. - Klik Sini

Akaun SSPN-i Plus - PTPTN

Banyak kelebihan dan manfaat menabung dengan SSPN-i Plus ni, antaranya adalah pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga  RM12,000.00 setahun dan Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00

Perlindungan takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal tanpa melalui sebarang saringan kesihatan. - Baca sini

Cara membuka akaun SSPN-i Plus - Buka Akaun Disini

Memupuk Budaya Menabung

Memupuk budaya suka menabung adalah amalan yang paling baik. Rasanya pilihan terakhir ini adalah intipati kepada semua pilihan diatas, tak ada niat menabung tak akan ada Junior Savings Account, SSPN, Polisi Insuran Pendidikan Anak, ataupun Fix Deposits Account.

Mula memupuk suka menabung/menyimpan untuk kegunaan pendidikan anak anda dimasa hadapan.

Semoga bermanfaat!

1 Komentar untuk "6 Cara Membuat Simpanan Pendidikan Untuk Anak"

betul tue. anak2 perlu dipupuk sifat menabung dr kecil lgi.thanks for info :)

Back To Top