Banyak Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus



Menyedari banyak manfaat dan faedah menyimpan duit didalam Akaun SSPN-i Plus, rasa bersalah jika saya tidak mengongsikan dengan anda alternatif terbaik untuk simpanan pendidikan anak-anak kita. Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang manfaat dan faedah SSPN-i Plus, baca dahulu serba sedikit latar belakang SSPN-i Plus.

Apakah SSPN-i Plus
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

SSPN-i Plus adalah skim simpanan yang direka khas untuk tujuan perancangan kewangan bagi pendidikan tinggi. Simpanan dalam SSPN-i Plus adalah produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar dan mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Kesedaran Ibubapa Agak Rendah
Masih ada ibubapa yang ragu-ragu dengan simpanan SSPN-i Plus ini. Mungkin kerana kurang pendedahan atau tak tahu manfaat dan faedah yang diperolehi. Kenapa masa nak memohon pinjaman PTPTN baru tergesa-gesa untuk membuka Akaun SSPN-i Plus sedangkan cara memohon amatlah mudah sekali. 

Saya berharap selepas membaca artikel saya ini, anda yang belum membuka akaun dengan SSPN-i Plus faham apa manfaat yang tidak ada dengan simpanan lain. Berikut adalah keistimewaan SSPN-i Plus yang patut anda tahu.


Keistimewaan SSPN-i Plus yang WAJIB anda tahu:
  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga  RM12,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 50.00 sebulan.
  • Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  • Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
Pakej Simpanan Yang Ditawarkan SSPN-i Plus
Untuk lebih memahami Pakej yang ditawarkan SSPN-i Plus. Lihat gambar dibawah ini beserta dengan manfaat perlidungan takaful sehingga RM1 000 000.00.







Manfaat yang sangat..sangat...sangat menguntungkan! berbaloi dan mampu bayar....

SSPN-i Plus Pilihan Yang Bijak
Menabung, Untung, Dilindungi, Dibiayai dan Pelepasan Cukai ! complete! bagi saya pakej SSPN-i Plus ini sangat sesuai untuk semua.

Kelayakan Untuk Membuka Akaun SSPN-i Plus

Pendeposit
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.
Penerima Manfaat
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
  • Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.
Lain-lain
  • Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
  • Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.
Kategori Had Umur Bagi Tujuan Pembukaan Akaun

Kategori 1:
Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat yang berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.

Kategori 2:
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat dimana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.

Kategori 3 (Akaun Individu):

Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.

Cara Pembukaan Akaun SSPN-i Plus
Adakah anda berpuas hati dengan penerangan saya? atau masih ragu-ragu dengan SSPN-i Plus? Jika dah faham, berikut adalah cara untuk membuka akaun SSPN-i Plus.

Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut:
  • Secara online - Klik Sini
  • Ejen Online PTPTN - Klik Sini
  • Eksekutif Pemasaran PTPTN
  • Kaunter PTPTN
Rujuk sini - Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Tiada dokumen sokongan diperlukan.

*Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Akaun Berkanun/Sijil Anak Angkat hendaklah dikemukakan.

P/s: Sebarang pertanyaan boleh ajukan di ruangan komen dibawah. 

0 Komentar untuk "Banyak Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus"

Back To Top