Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Dalam entry kali ini, saya ingin membantu anda membuka Akaun SSPN-i Plus secara online tanpa melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Pembukaan akaun secara online mudah dan boleh menjimatkan masa, perjalanan, dan tenaga anda.

Saya akan terangkan kepada anda langkah-langkah beserta gambar untuk lebih teliti. Ini adalah langkah yang saya pohon untuk anak saya sendiri.

Cara-caranya adalah seperti dibawah:

1. Log in di laman web rasmi SSPN-i Plus - Klik Sini


2. Kemudian, pilih Pembukaan Akaun .


3. Lengkapkan Maklumat Akaun.


4. Kemudian, anda boleh pilih Pakej Simpanan ( rujuk Pakej Simpanan yang ditawarkan disini)

Saya buka akaun SSPN-i Plus untuk anak dengan Pakej Simpanan 'Topas' iaitu simpanan RM90 dan Takaful RM10 = RM100.



5. Selepas memilih Pakej Simpanan, maklumat Pakej Simpanan  akan terpapar.


 6. Lengkapkan Maklumat Peribadi ( seperti gambar diatas)


 7. Pada bahagian Bayaran, anda boleh memilih berapa bulan simpanan permulaan untuk buka akaun SSPN-i Plus ini. Kalau nak buka dengan simpanan 1 bulan dahulu, letakkan 1 pada ruangan Bayaran(Bilangan Bulan)

Saya letakkan 1 untuk pembukaan Akaun SSPN-i Plus anak saya. 


8. Sebelum anda lakukan pembayaran, AKAD pendiposit dengan "PTPTN" perlu dibaca.


9.  Kemudian, kalau dah baca AKAD tadi...klik pada petak (seperti diatas) tanda anda bersetuju.


10.  Selepas AKAD, klik seterusnya dan satu pop up(seperti gambar diatas) akan terpapar, KLIK ok.


11. Langkah seterusnya adalah Pembayaran, klik pada butang BAYARAN.


12. Paparan seperti diatas akan keluar, pilih antara Credit Crad atau Online Banking kemudian, klik pada butang PROCEED.

Saya pilih online banking sebab tak ada kredit kad huhu..


13. Pilih perbankan mana yang akan gunakan untuk melakukan bayaran.

Saya pilih Maybank2u.com



 14. Paparan ini akan keluar ( Log in akaun maybak2u anda), klik continue.


15. Jika amaun bayaran betul, Continue with transaction. ( request TAC dan Confirm bayaran)


16. Paparan 'Transaction Status" akan tertera "Approved".


17. Maklumat bayaran akan tertera " TRANSAKSI PEMBAYARAN BERJAYA".


18. Print "RESIT RASMI.


19. Print juga "SUMMARY OF TAKAFUL COVERAGE".


20. Dan, saya sudah pun selesai membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak saya. Tunggu 2 hari bekerja untuk transaksi dikemaskini dalam sistem SSPN-i Plus.

Mudah kan?

Jika masih nak tahu Manfaat Menyimpan Dengan SSPN-i Plus - Baca Sini


Cara Untuk Menambah Simpanan Bulanan SSPN-i Plus 

Cara untuk menyimpan dan menambah simpanan dalam Akaun SSPN-i Plus adalah dengan:


Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuka akaun SSPN-i Plus. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan saya atau komen di bawah. Saya sedia membantu anda.

0 Komentar untuk "Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online "

Back To Top