Cara Menambah Simpanan Akaun SSPN-i Plus Online

Sebelum ini, saya sudah menerangkan kelebihan dan manfaat menyimpan dengan akaun SSPN-i Plus. Bagi yang belum membuka akaun SSPN-i Plus, saya juga menerangkan langkah-langkah untuk membuka Akaun SSPN-i Plus secara online tanpa pergi ke mana-mana cawangan bank dan kaunter PTPTN.

Kali ini, saya akan tunjukkan cara menambah simpanan dalam Akaun SSPN-i Plus dengan beberapa langkah mudah.

Ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Log in di Laman Web SSPN-i Plus - Klik Sini
  2. Klik pada Penambahan Deposit
  3. Masukkan Nombor IC/KP Pendeposit 
  4. Kemudian, klik pada Icon Bayar
  5. Masukkan bilangan mengikut bulan ( 1 untuk 1 bulan penambahan deposit - Mengikut pakej yang pilih) dan klik Pembayaran
  6. Pilih cara pembayaran, Kad Kredit ataupun Online Banking, bank mana dan klik Proceed.
  7. Lakukan pembayaran seterusnya sehingga resit pembayaran keluar dan diluluskan.
  8. Selesai.
Mudah kan? 

Pembayaran Melalui Potongan Gaji
Untuk pembayaran secara konsisten bolehlah lakukan pembayaran melalui potongan gaji dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji dan hendaklah dihantar di kaunter PTPTN yang terdekat dengan anda.

Auto Debit
Lakukan transaksi auto debit melalui Maybank dan RHB Bank.

Perbankan Internet Maybank2u
Sama seperti transaksi menyimpan duit di Akaun ASB. SSPN-i Plus pun guna cara yang sama.

Altenatif lain...


Bagi yang belum membuka Akaun SSPN-i Plus untuk anak, atau diri anda sendiri - Buka Akaun SSPN-i Plus disini


0 Komentar untuk "Cara Menambah Simpanan Akaun SSPN-i Plus Online"

Back To Top