Hanya RM1 Sehari, Perlindungan Sehingga RM40,000

Saya bukan pakar perbandingan insuran, bukan juga agen insuran. Tapi saya orang biasa yang mahukan simpanan masa depan anak yang banyak kelebihannya. Apa yang saya mahu adalah simpanan yang ada dividen dan dijamin kerajaan.

Ya, ada banyak pilihan simpanan pada masa kini. Antaranya adalah:
  • Simpanan Akaun 
  • Simpanan Akaun Pelaburan
  • Simpanan Tabung Haji
  • Unit Trust/Amanah
Dan, yang terbaru adalah.....
  • Simpanan SSPN-i Plus
Apakah perbezaan antara pilihan simpanan ini?

Nampak tak perbezaannya? yang bestnya SSPN-i Plus ini jika anda mendaftar sekarang dan mula menyimpan, saringan kesihatan TIDAK DIPERLUKAN. Secara automatik, anda layak claim insuran takaful ini jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Simpanan Vs Insuran Takaful

Sebagai seorang bapa kepada anak saya, masa depan dia adalah tanggungjawab besar bagi saya. Dan, pendidikan dia adalah perkara paling penting yang perlu difikirkan sejak hari pertama anak saya dilahirkan.


Bagi menjamin masa depan anak saya, saya perlu menyimpan sebanyak mungkin bagi memudahkan saya menanggung kos pengajian apabila anak saya masuk U nanti. Menunggu sehingga anak berumur 18 tahun agak lama lagi memandangkan anak saya baru berumur 1 tahun 4 bulan.

Jika berlaku apa-apa dengan saya dalam tempoh itu, sedangkan isteri saya adalah suri rumah dan tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara/menanggung keluarga, bagaimana dengan kehidupan mereka? Insuran adalah jawapannya! Simpanan + Insuran ! ini yang saya perlukan...

Betulkah Hanya RM1 Sehari, Perlidungan Insuran RM40,000?

Betul, dan saya akan terangkan bagaimana simpanan serendah RM1 sehari ini boleh dilindungi insuran sehingga RM40,000.


Dengan SSPN-i Plus "Pakej Intan", anda boleh membuka akaun dengan Simpanan Bulanan tetap berjumlah RM30. ( komitmen simpanan bulanan serendah RM30 sahaja)


Anda faham tak gambar jadual anggaran simpanan diatas? kalau faham bagus....tak payah explain lagi haha..

Bagaimana Cara Menyimpan Secara Konsisten Dalam Akaun SSPN-i Plus?

Caranya mudah saja. Berikut adalah saluran penambahan deposit SSPN-i Plus:


Jomlah Menabung Dengan SSPN-i Plus!

Perkara yang baik haruslah diwar-warkan! saya dah buka akaun SSPN-i Plus untuk anak lelaki saya dengan Pemotongan Gaji, senang dan tak perlu risau jika terlupa masukkan duit sebab duit automatik masuk setiap bulan.

 Jadilah pelabur bijak untuk masa depan anak-anak kita.


Tag : SSPN-i Plus
0 Komentar untuk "Hanya RM1 Sehari, Perlindungan Sehingga RM40,000"

Back To Top