Jambatan Kaca Ini Bukan Untuk Si Penakut


Mereka yang takut berada di tempat tinggi mungkin perlu berfikir dua kali sebelum berjalan di jambatan gantung di Taman Shiniuzhai di wilayah Hunan, China ini. Ini kerana jambatan yang tergantung pada ketinggian 183 meter ini mempunyai lantai cermin dan pasti membuatkan lutut anda menggigil ketika melaluinya.

Laluan sepanjang hampir 300 meter itu diiktiraf sebagai jambatan gantung kaca paling panjang di dunia dan seramai 11 jurutera terbabit dalam projek membina jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak bukit berkenaan.

video

Video diatas menunjukkan pelbagai gelagat pelancong yang gayat dengan ketinggian jambatan kaca terpanjang didunia ini. Bila tengok betul-betul, seakan-akan terasa gayat tu haha..

Jambatan kaca ini boleh memuaatkan 800 pengunjung dalam satu masa? ramai tu..tak dapat dibayangkan macam mana perasaan takut bila berada diatas jambatan kaca ini..huh! 

1 Komentar untuk "Jambatan Kaca Ini Bukan Untuk Si Penakut"

Kalau saya nie, konfem takkan lalu jambatan nie.. gayat oiii

Back To Top