Pelepasan Khas Cuti Pada 8 Julai 2016 Diluluskan

Berita yang dinanti-nantikan penjawat awam di negara ini sudahpun terjawab. Namun, kegembiraan ini bukan kepastian, haha..ada syaratnya..


Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.
Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan  daripada penjawat awam itu khususnya oleh Cuepacs dalam sidang media yang dilaporkan sinar harian.

Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing.

Selamat Bercuti !

Tag : Info Semasa
2 Komentar untuk "Pelepasan Khas Cuti Pada 8 Julai 2016 Diluluskan"

Back To Top