Pengalaman Beli Domain Sendiri Di NetKL

Setelah hampir sebulan di alam maya berblogging, akhirnya blog ini memiliki domain sendiri. Ini bermakna blog ini bertukar alamat daripada zumazad.blogspot.my kepada elihjapahar.com. Barulah rasa yakin dan profesional sikit nak berkongsi info dengan anda dialam maya yang tersangat luas ini.

Dengan berbekalkan ilmu pencarian di google, saya berjaya menemui banyak laman web menjual Domain dengan harga yang hampir sama sahaja. Ada pun yang paling murah tetapi ianya laman web daripada luar negara. Kita patut pilih syarikat tempatan dalam negara kita Malaysia.



Saya membeli Domain saya dengan NetKL dengan harga RM45(setahun) + CDS Blogger Plan RM3, jumlah RM48 sahaja. Bukan kata syarikat lain tak bagus cuma syarikat ini amat disyorkan oleh seorang sahabat blogger. Dan, terbukti NetKL memang mudah untuk berurusan dan proses pemasangan domain di blogspot anda sangat pantas. 




NetKL beroperasi 24/7 dan anda tak perlu risau jika beli hujung minggu, saya baru sahaja ber'dot'com untuk pertama kali pada hari ini. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati berurusan dengan NetKL.



Untuk membeli domain, anda perlu menyemak jika masih available ataupun tidak. Jika ada, bolehlah ambil kontrak domain untuk setahun atau berapa tahun mengikut kemampuan anda.

Kenapa Perlu Domain Sendiri?

Bagi saya mudah!
  • Saya nak blog ini dijenamakan nama saya sendiri 
  • Lebih yakin berblogging dengan domain sendiri
  • Lebih menampilkan keprofesionalan blog untuk meyakinkan pembaca
  • Menambah semangat blogging bila ada domain berbayar
Kesimpulan

Mempunyai domain sendiri banyak kelebihannya. Jika anda mahu serius dalam dunia blogging, tidak rugi jika melabur sedikit untuk kejayaan dimasa akan datang. Saya tahu ada banyak lagi syarikat yang ada diluar sana, tapi saya syorkan anda beli domain dengan NetKL.

Link ini akan bawa anda ke laman web NetKL, anda bolehlah survey nama domain sesuai manalah tahu ada keinginan untuk membeli domain sendiri.


Tag : Domain Murah
4 Komentar untuk "Pengalaman Beli Domain Sendiri Di NetKL"

Alhamdulillah. Sy dh nak masuk tahun ketiga guna domain dengan NetKL ni. Mudah dan Seng berurusan.

Terima kasih atas perkongsian, testimoni yang pasti ramai blogger akan percaya...

wah..bila lagi cik akak..hahaha...masih guna blogspot nie...

Blogspot pun ramai dah yg kenal blog cik akak kan...tak pa, pelan2 fikirkan hehe

Back To Top