Uncle Ini Membantu 8 Adik-Beradik Yang Ditinggal Bapa Bersama Ibu

Beberapa keping gambar yang menjadi viral di laman sosial facebook, Kuan Chee Heng, seorang ahli perniagaan bersama 8 adik-beradik dan ibu mereka sedang menikmati hidangan berbuka puasa. 

Beliau menerima pujian orang ramai tidak kira mereka yang beragama islam dan bukan islam. Penulisan beliau di akan facebook juga menggambarkan peribadi beliau yang suka membantu dan murah hati. 



Menurut beliau, terdapat 8 adik-beradik yang telah ditinggalkan ayah mereka bersama ibu.

"Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong, ketika jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan."

"Saya menjemput mereka semua untuk makan, bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan," tulisnya.

Apa yang dilakukan beliau ini sangat mengharukan kebanyakkan pengguna laman sosial facebook. Berikut komen-komen yang diberikan di akaun facebook Encik Kuan Chee Heng.


"Saya dikatakan Cina babi dan tidak harus boleh dipercayai. Saya terima segala tuduhan dari saudara Melayu yang mengatakan demikian. Saya tidak terkilan. Walaupun saya menerima JEMPUTAN SEBAGAI VIP untuk berbuka puasa dengan VVIP dan penduduk di Taman Midah semalam, saya mengambil keputusan untuk menziarahi keluarga ini". Katanya lagi..


Beliau menambah, ada orang menuduh Sharifah pandai beranak sampai 8 orang tetapi tak pandai mengurus padahal ditinggalkan suami tanpa berita. 


Sungguh indah hatimu Encik Kuan, semoga dengan kebaikan yang dilakukan uncle ni boleh kita lakukan kepada orang lain disekeliling kita yang memerlukan bantuan. Jangan suka melabel orang dengan panggilan-panggilan 'tertentu' kerana niat untuk memperkecilkan mereka. 

" Janganlah sekali kali kita melatah cepat dan bersangka buruk" - Kuan Chee Heng

0 Komentar untuk "Uncle Ini Membantu 8 Adik-Beradik Yang Ditinggal Bapa Bersama Ibu"

Back To Top