Jom Datang Beramai-Ramai Ke Program Kembara Kerjaya SABAH 2016



Jabatan Tenaga Kerja Sabah akan menganjurkan Program Kembara Kerjaya Sabah 2016 yang akan diadakan pada 31 Julai 2016  hingga 06 Ogos 2016.  Program ini merupakan tahun kedua penganjurannya.  

Program yang berkonsepkan Konvoi Kenderaan Pacuan Empat Roda ini akan menjelajah ke 7 buah daerah di Negeri Sabah  iaitu Bandaraya Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Ranau, Keningau dan berakhir di Daerah Beaufort. Program ini akan berlangsung selama 7 hari bermula perasmiannya di Oceanus Shopping Mall Kota Kinabalu  dan penutupnya Dewan Masyarakat Pa’ Musa, Beaufort. 

Program Kembara Kerjaya Sabah 2016 merupakan Program NBOS melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah serta Majikan.

Karnival Yang Akan Dijalankan

Karnival yang akan dijalankan dalam program kembara kerjaya Sabah 2016 ini adalah:
  • Karnival Pekerjaan
  • Temuduga Terbuka Jawatan Kosong
  • Taklimat e-Usahawan/Orang-e
  • Penempatan Kerjaya OKU
  • Pameran Kerjaya
  • Taklimat & Ceramah Kerjaya
  • Taklimat PSMB
  • Taklimat Sedia
Bagi mana-mana individu yang mahu menghadiri temuduga terbuka jawatan kosong, panduan lulus temuduga ini mungkin berguna untuk anda.
Baca - Panduan Lulus Temuduga Dengan Cemerlang
Pelbagai agensi dan majikan akan menyertai Program Kembara Kerjaya ini, untuk pengetahuan anda ada 241 agensi kerajaan di Malaysia - Direktori Lengkap 241 Agensi Kerajaan Di Malaysia.

Orang-Orang Sabah! Datanglah beramai-ramai di Program Kembara Kerjaya ini, saya ucapkan Semoga Berjaya!

1 Komentar untuk "Jom Datang Beramai-Ramai Ke Program Kembara Kerjaya SABAH 2016"

molek bnar join program ni..

smga mdapat sambutan..

Back To Top