MamyPoko Pants Diaper Pilihan Terbaik Untuk Ian

Pemilihan diapers atau kita panggil lampin pakai buang untuk keselesaan anak adalah perkara penting bagi setiap ibubapa. Bukan hanya tengok harga murah, terus beli okay! pastikan harga yang berpatutan dan banyak kelebihan untuk anak kita barulah beli.

Cara Mengetahui Diapers Sesuai Atau Tidak


Sejak anak anda dilahirkan setiap tingkah laku dan sikap anak kita dah tahu. Menangis tanpa sebab adalah petanda bagi ketidakselesaan dia, maklumlah anak yang belum pandai bercakap menangis saja lah cara nak bagitau dengan kita bila dia nak sesuatu.

Anak yang merasa tidak selesa dengan diapers selepas dia buang air kecil akan cuba mengaru-garu atau menarik-narik diapers dia. Aku sendiri dah cuba pelbagai jenis jenama diapers ni, mula-mula nak cuba, aku beli pek yang kecil saja. Kalau anak selesa, barulah beli yang pek besar.

Ian Yang Super-Active


Anak lelaki  aku memang aktif, penggunaan diapers yang sesuai amat penting bagi dia. Berlari kehulu kehilir akan buat dia berpeluh banyak, maka cepatlah dia minum air, buang air kecil pun agak kerap.

Ian baru 17 bulan pun nak main boling dah haha...

Kami suami isteri dah cuba pelbagai jenis diapers yang ada dipasaran, akhirnya aku jumpa diapers yang sangat sesuai dengan Ian.

MamyPoko Pampers Pilihan Terbaik


Ian memang susah untuk dipakaikan lampin, bagi baring pun tak senang duduk dia. Cara paling mudah untuk pakaikan diapers dengan guna jenis 'pants', masukkan saja dekat kedua belah kaki dia dan tarik..sama macam pakaikan seluar jugak..

Sejak pakai diapers ni, makin aktif pulak dia nak bermain. Tidur pun agak selesa, tak merengek lagi dengan kerap bila terbuang air kecil dalam lampin dia...

Ian dan MamyPoko Pants baru dia..
Yang ni diapers MamyPoko Pants Extra Soft baru Ian, bukan main suka dia dengan diapers baru dia ni haha..banyak jugalah kelebihan MamyPoko ni, boleh tengok spesifikasi MamyPoko dengan lebih lanjut di laman  MamyPoko.com , antaranya adalah:
  1. Lembut dan ketat yang selesa untuk mengelakkan kebocoran.
  2. Lembut dan ketat yang selesa dibahagian pinggang dan belakang yang membolehkan pergerakkan bebas.
  3. Penyerapan tahan sehingga 12 jam. (yang ni bergantung dengan kekerapan bayi buang air kecil)
  4. Breathable Cover Sheet - untuk mudah kering.
  5. Petanda kelembapan - Mudah nak tahu bila perlu tukar diapers
Nampak bergaya dengan MamyPoko Pants :)
Selesai saja mandi, Ian terus merasmikan diapers MamyPoko Pants dia yang baru. Pek yang mempunyai 38 keping diapers ni boleh bertahan untuk hampir 2 minggu, maksudnya minggu depan kena beli lagi.


Dapatkan pamper MamyPoko sekarang! - Beli sini

Gunakan coupon diskaun dibawah ini untuk pembelian nanti...

0 Komentar untuk "MamyPoko Pants Diaper Pilihan Terbaik Untuk Ian"

Back To Top