Penyandar Kreatif Untuk Penunggang Motosikal

Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam untuk ke tempat kerja memang memenatkan. Bila sampai rumah, terus terlentang kerana terasa kebas dan sakit di bahagian pinggang. Kesakitan ini disebabkan masalah ergonomik duduk terlalu lama di atas motosikal.

Kini, dengan ciptaan Dr. K. Karmegam seorang pensyarah UPM juga seorang penyelidik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan kita rakyat Malaysia akan bakal menikmati keselesaan menunggang motosikal dengan terciptanya "Penyokong Ergonomik Lumbar bagi Penunggang Motosikal".


Pada tahun 2010 beliau merekacipta ‘Penyokong Ergonomik Lumbar bagi Penunggang Motosikal’, dan kemudian pada 2013 menambahbaiknya untuk kedua-dua – penunggang dan pembonceng. 


Beliau mengubahsuai penyandar kepala dalam kereta untuk dijadikan ‘Penyokong Ergonomik Lumbar’.  Tempat duduk motosikal kapcai ditebuk untuk dipasangkan dengan ‘head rest’ yang telah diubahsuai  ini yang boleh ditanggalkan jika tidak mahu digunakan.
Ujian awal ‘dummy testing’ melalui kaedah ‘motosikal statik’ dilakukan membabitkan 50 penungggang lelaki dan 50 penunggang wanita, dan menggunakan alat Electromyograph (EMG) bagi mengukur keselesaan otot penunggang. Keputusan awal menunjukkan penunggang motosikal berpuas hati dengan motosikal prototaip itu kerana ia memberikan keselesaan terhadap bahagian lumbar iaitu bahagian bawah belakang badan ketika menunggang serta mengurangkan kekerapan perubahan poster badan. Ia terbukti berjaya mengurangkan lebih daripada 50 peratus ketidakselesaan.
Semoga dengan kemunculan idea baru untuk keselasaan kita, dapatlah mengurangkan sakit pinggang kerana menunggang motosikal. Penyandar ini akan bakal dipasarkan tidak lama lagi.

0 Komentar untuk "Penyandar Kreatif Untuk Penunggang Motosikal"

Back To Top