Sesi Pemilihan Perajurit Muda Lelaki/Wanita Tentera Darat Ogos 2016

Advertisemen
Sesi Pemilihan Perajurit Muda Lelaki/Wanita Tentera Darat Ogos 2016 | Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri Sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang akan dimaklumkan berasingan.
Baca - Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah
Mana-mana calon yang Berjaya akan menjalani latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asa Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.


Kelayakan Akademik/Gaji dan Elaun & Lain-Lain Kelayakan – Rujuk Gambar (klik untuk besarkan)

Dokumen & Sijil Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan salinan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM
  • Slip Peperiksaan SPM(Bagi calon yang menduduki SPM 2015 Sahaja)
  • Sijil SKM Tahap 2 dan keatas
  • Diploma dan Transkrip
  • Diploma Kejururawatan
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau sijil kematian bagi ibubapa yang te;ah meninggal dunia
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftara Kelahiran Anak
  • Sekeping gambar terkini ukuran passport
  • Sila bawa bersama ball pen hitam
  • Sampul surat Pos Ekspress (RM3.00) – Saiz sampul 220mm X 110mm

Pusat-Pusat Pemilihan 

Pusat-pusat pemilihan dibahagikan kepada 5 zon iaitu:

ZON UTARA - KANGAR, ALOR SETAR, KULIM, PULAU PINANG & IPOH


ZON TENGAH & SELATAN - K.LUMPUR, JOHOR BHARU, KLUANG, MELAKA & SEREMBAN

ZON TIMUR - TEMERLOH, KUANTAN, K.TERENGGANU & KOTA BHARU

ZON SABAH - SANDAKAN, KOTA KINABALU, KOTA BELUD & TAWAU

ZON SARAWAK - MIRI, KUCHING, SRI AMAN & SIBU

Ini bermakna, Sesi Pemilihan Perajurit Muda Lelaki/Wanita Tentera Darat Ogos 2016 akan berlangsung bermula 11 Ogos sehingga 18 Ogos 2016 serentak di semua zon yang telah ditetapkan diatas. Sebarang pertanyaan sila hubungi:


Anda dikehendaki datang dengan berpakaian kemas, berseluar slack, berkasut dan berstokin. Masa pendaftaran adalah pukul 8.00 pagi.
Tip Temuduga - [+] Rahsia Bijak Temuduga
Sila war-warkan kepada semua rakan-rakan, saudara mara dan sesiapa saja yang berminat dengan kerjaya di Tentera Darat Malaysia.

Semoga berjaya!

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger