Rabu, 31 Ogos 2016

Untunglah! Beli Pampers Online Delivery FREE

Untunglah! Beli Pampers Online Delivery FREE

Beli Pampers Online Delivery FREE | Bila buka laman web Lazada.com.my ni saya akan mencari yang "Standard Delivery : FREE". Bukan apa, kalau harga barang yang hendak dibeli tu lebih kurang sama dengan harga pasaran, lebih baik beli dekat pasaraya saja kan? tambah dengan kos delivery dan hampir 2kali ganda harga pasaran tu..

Bercakap mengenai barang keperluan anak, saya tidak menyerahkan 100 peratus tanggungjawab membeli tu dengan isteri. Kadang-kadang, saya sangat memilih dan membandingkan harga jualan online dengan harga pasaran di pasaraya. Tidaklah membazir sangat kalau harga lebih rendah..

Barang keperluan asas paling penting untuk anak adalah pampers, selepas review produk Lazada yang lepas, saya selalu tengok harga pampers di Lazada, manalah tau kot2 ada kos delivery FREE..haha...
Nampaknya, impian tu jadi kenyataan..beli pampers online di Lazada kos penghantaran percuma seluruh Malaysia...sekali lagi saya ulang, kos penghantaran PERCUMA! FREE!

Untunglah! Beli Pampers Online Kos Delivery FREE


Untunglah! yang dah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata tu boleh beli awal..yang dah ada anak macam saya ni lagilah untung haha..nak juga kos delivery FREE kikiki..korang tengoklah sendiri harga pampers yang dijual di Lazada ni..lebih murah daripada harga pasaran pasaraya.. memang berbaloi beli pampers di Lazada ni...


Nampak tak? saya dekat sarawak pun boleh dapat penghantaran FREE!


Yang ini pula pampers PETPET, sama juga ada kos penghantaran percuma..

Ada banyak lagi pilihan pampers/lampin pakai buang di Lazada ni. Terpulanglah kepada anda nak beli mana satu mengikut kesesuaian dan keselesaan anak anda. Orang Sabah & Sarawak boleh beli online saja sekarang ni, delivery FREE  dan harga lebih murah lagi bah! Jom shopping...

Gunakan coupon diskaun dibawah untuk pembelian nanti..beli pampers online disini

Selasa, 30 Ogos 2016

Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u

Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u

Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u | Menyimpan dan berpeluang memenangi Cabutan Wow, dimana lebih 300 hadiah bernilai RM1,500,000 jika anda menyimpan untuk anak anda serendah RM30 sebulan. 

Nampak macam biasa tapi skim simpanan baru SSPN-i Plus ini berbeza dengan SSPN-i sebelum ini. Banyak kelebihannya berbanding skim simpanan yang lain, antara soalan-soalan lazim yang seringkali diajukan berkenaan SSPN-i Plus dan SSPN-i - Baca Sini


Hadiah Cabutan Wow 2016/17


Siapa yang tak nak hadiah percuma kereta Honda Jazz, Toyota Vios, Motosikal Kawasaki, Proton Perdana dan RM2000 tak payahlah buka akaun SSPN-i Plus! Tapi kepada sesiapa yang nak masa depan pendidikan anak CERAH! habuan cabutan wow adalah bonus jika terpilih sebagai pemenang...

Hadiah Cabutan Wow Untuk Tempoh 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017
Jika anda mula menyimpan sekarang, anda akan berpeluang atau layak untuk cabutan suku tahun pertama bulan september 2016 ini.

Cabutan Wow Suku Tahun

Cabutan Wow Tahunan


Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u


Kemudahan simpanan SSPN-i Plus ada banyak saluran, kali ini saya kongsikan dengan anda bagaimana menyimpan secara online menggunakan Maybank2u. Caranya mudah sahaja, ikuti langkah-demi langkah saya terangkan dibawah:

Langkah 1 : Log in akaun Maybank2u - Log In
Langkah 2 :  Pilih 'Account & Banking'


Langkah 3 : Klik 'Bill Payment' dan pilih samada 'Make A One-Off Payment' atau 'Make A Payment to A Favourite Payee' (perlu daftar sebagai favourite payee dulu)

Langkah 4 :  Pilih 'Education & Education Loans', klik continue

Langkah 5 : Pilih 'PTPTN - SSPN-i Plus' dan continue

Langkah 6 : Masukkan maklumat 'No Akaun SSPN-i Plus', 'No Tel' (pastikan Amount betul mengikut pakej yang telah diambil), dan continue..

Langkah 7 : Jika semua maklumat dah isi, silakan 'Request TAC' dan 'Confirm'. SELESAI!

Mudah kan? paling penting, pastikan akaun Maybank2u anda ada duit okay hehe..kalau tak memang tak jadi cara ini..
Klik Sini Untuk Buka Akaun SSPN-i Pus

Pilihan ditangan anda, masa depan anak anda terletak ditangan anda sendiri sebagai ibubapa. Mari semai budaya suka menabung anak dari kecil lagi..


Advertisement

Isnin, 29 Ogos 2016

Terima Komisen Pertama Affiliate Tim Infokerjaya

Terima Komisen Pertama Affiliate Tim Infokerjaya

Terima Komisen Pertama Affiliate Tim Infokerjaya | Selain menyertai program affiliate klikjer.com, saya juga melibatkan diri untuk niche kerjaya pula. Kali ini, dengan program affiliate ebook Tim Infokerjaya.

Tim Infokerjaya merupakan laman yang menyediakan rujukan-rujukan kerjaya berbentuk Ebook Digital dalam format pdf. Kebanyakkan produk yang dijual disini amat berguna untuk rujukan Temuduga, Panduan Peperiksaan, dan sebagainya.

Syukur, kali ini dapat komisen dari Affiliate Tim Infokerjaya hasil pembelian Produk : U29 Pakej Super bernilai RM60. Maka, komisen yang saya dapat berjumlah RM30, iaitu 50 peratus daripada harga jualan produk.


Siapa yang tak seronok? seronok weiii..rasa nak beli Dinner Plate kepci saja haha..blogger part-time macam saya pun boleh jana pendapatan sampingan walaupun sedikit tapi amat berbaloi dengan usaha dan sekurang-kurangnya dah menjumpai cara untuk menghasilkan artikel memancing calon peperiksaan atau calon temuduga agar mendapatkan produk tersebut.

Daftar Affiliate Tim Infokerjaya Sekarang - Daftar Sini


Senarai Ebook Berguna Untuk Pencari Pekerjaan dan Calon Temuduga

+ Ebook Rujukan Utama - Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41
+ Ebook Exam Online Separa Perubatan
+ Ebook Rahsia Membuat Resume Kerja
+ Ebook Direktori Lengkap 241 Agensi Kerajaan Di Malaysia
+ Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan

Dan, ada banyak lagi...

Terpulanglah kepada anda nak promote yang mana satu. Kalau nak menjana pendapatan sampingan macam saya, daftar percuma sahaja disini.

Daftar Affiliate Tim Infokerjaya Sekarang - Daftar Sini

Advertisement

Sabtu, 27 Ogos 2016

Panduan Jana Pendapatan Dengan Bisnes Aiskrim

Panduan Jana Pendapatan Dengan Bisnes Aiskrim

Panduan Jana Pendapatan Dengan Bisnes Aiskrim | Perasan tak, orang Kemboja datang Malaysia apa yang diorang jual? Orang Pakistan, keliling kampung dan taman apa yang diorang jual? Orang Bangla naik motor pusing-pusing pekan apa yang diorang jual?

Betul! Diorang jual aiskrim. Kenapa dalam banyak-banyak produk, mereka memilih untuk jual aiskrim? Kenapa mereka tak jual burger ke, pisang goreng ke, atau jual nasi lemak?

Mereka jual aiskrim kerana aiskrim memiliki ciri-ciri produk perniagaan yang :
  • Sesuai untuk orang yang tak pernah berniaga.
  • Sesuai untuk orang yang malu nak berniaga, malu nak bercakap dan malu nak menjual.
  • Sesuai untuk orang yang nak bisnes mudah.
  • Sesuai utk orang yg tiada skill dan pengalaman.
Dan beberapa ciri lain.

Sumber: Klikjer.com
Aiskrim juga adalah produk yang:

1. Sangat menguntungkan
2. Mudah nak buat
3. Barang mentah boleh dibeli hanya di kedai runcit
4. Margin supernova

Bayangkan, orang Bangla cakap bahasa Melayu pun tak lancar niaga aiskrim 2 tahun dah boleh buka kilang aiskrim sendiri. Orang Kemboja niaga aiskrim saja dah boleh buat rumah banglo. Orang Pakistan, dulu jual aiskrim naik basikal sekarang dah ada pajero. Sekarang orang Siam masuk Malaysia kaya raya jual AISKRIM KELAPA. 

Kita memang asal Malaysia, lahir di sini siap IC biru lagi. Tapi asyik merungut dan mengeluh tak cukup duit. Diorang senyap-senyap buat duit.

Nak tahu rahsia macam mana diorang buat duit dengan bisnes aiskrim je? Klik banner dibawah ni!


Okay, tunggu! baca ini dahulu...

Testimoni 1
===========
Assalamualaikum semua , saya merupakan salah seorang yang belajar aiskrim bersama chef Afiq , Alhamdulillah syukur dengan berkat doa&limpah rahmatNYA stiap minggu AISKRIM katering saya penuh dengan tempahan .TQVm Chef AFIQ - Zainal Kinto

Testimoni 2
===========
Alhamdulilah! saya bersyukur sangat ni bang, 2bulan sebelum puasa ni saya dapat menjana hampir 10k buat aiskrim utk kerja kawin SABTU & AHAD jer! - Ustad Sham

Testimoni 3
============
Saya asalnya peniaga sate. Setiap minggu saya jual beribu-ribu cucuk sate. Tapi tak juga kaya. Bisnes saya nampak saja macam maju. Tapi tuhan sahaja yg tahu. Sehari jualan Rm1000, tapi lepas tolak duit bahan mentah, arang dan pekerja tinggal Rm100 saja. Akhirnya saya letih dan kecewa. Alhamdulillah kursus ini benar-benar membuka mata saya. Saya dah tahu punca kenapa saya masih tak kaya.. - Azhar

Kenapa Bisnes Ini Bagus?

+ Modal rendah dan berbaloi
+ Keuntungan yang tinggi (1200%)
+ Indipendent bisnes (bukan francais)
+ Tidak terikat dengan jenama (bleh buat jenama sendiri)
+ Boleh buat secara part time/full time
+ Kerja senang SEMUDAH ABC
+ Dan banyak lagi!

Bahan-bahan Membuat Aiskrim!

Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat aiskrim. Kos untuk membeli bahan-bahan ini dan membuat 1 adunan aiskrim adalah lebih kurang RM20 sahaja.

Sumber: klikjer.com
Tetapi setelah adunan siap dibuat, ianya mampu menghasilkan lebih kurang 200 scoop aiskrim. Setiap 1 scoop aiskrim boleh dijual dengan harga RM1. Dari modal RM20 tu booleh beranak jadi RM200!

Itulah kelebihan berniaga aiskrim... Berminat nak tahu selok-belok bisnes aiskrim? Klik sahaja link dibawah!


Semoga membantu !

Advertisement

Jumaat, 26 Ogos 2016

Terima Komisen Affiliate Klikjer Ogos 2016

Terima Komisen Affiliate Klikjer Ogos 2016

Terima Komisen Kedua Affiliate Klikjer.com Ogos 2016 | Benda macam ni lah mengembirakan hati seorang blogger picisan macam saya. Saya mula menyertai affiliate klikjer.com ni sejak 2 bulan lepas, yaa 2 bulan yang lepas, dan sudah mendapat komisen yang kedua setakat hari ini (26 Ogos 2016).
Baca - Terima Komisen Pertama Affiliate Klikjer.com Julai 2016
Saya tidak pernah menggunakan sebarang jampi, bomoh atau pun pengiklanan berbayar untuk mempromosikan ebook didalam klikjer.com. Saya hanya menggunakan penulisan artikel berkaitan produk digital yang ada didalam laman klikjer. Mungkin jumlah komisen RM42 ni agak kecil tapiiii siapalah yang nak bagi duit sebanyak ini kan? minta dengan kawan, hujung bulan kena bayar tau haha..



Macam tak percaya! tetapi itulah realitinya, saya berjaya mendapat jualan berkat usaha ikhlas mahu menjana pendapatan sampingan melalui blog. Duit hasil komisen ini saya bagitau dengan isteri, akan dimasukkan terus ke akaun SSPN-i Plus anak kami..
Baca - Kelebihan dan Manfaat Menabung Dengan SSPN-i Plus
Ada seorang rakan blogger tanya...
"daripada teknik penulisan tuan ni, macam bukan blogger baru 2 bulan..penulisan pun menggunakan teknik SEO dalam artikel"
Betul, saya akan ceritakan semua kisah blogging saya pada entry yang akan datang. Sekarang ni, korang nak duit komisen kah tidak? kalau nak, daftar sebagai affiliate klikjer.com sekarang...pendaftaran percuma saja..klik sini

Jom buat duit !

Khamis, 25 Ogos 2016

Peluang Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Peluang Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Kerjaya Penyelia Keselamatan Tapak Bina | Kerjaya dalam bidang industri pembinaan memang luas di Negara kita ni, graduan lepasan Diploma politeknik, institut kemahiran, atau pusat latihan  adalah calon terbaik untuk menceburi kerjaya sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina.
Penyelia Keselamatan Tapak Bina/ Site Safety Supervisor
Tahukah anda bahawa, setiap tapak pembinaan di Malaysia yang mempunyai kos dibawah 20 juta hendaklah melantik seorang Penyelia Keselamatan Tapak Bina atau lebih dikenali sebagai SSS (Site Safety Supervisor) manakala bagi kos pembinaan 20 juta keatas hendaklah melantik seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) dan seorang Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS).
Arahan mewajibkan melantik SSS
Ini adalah sejajar dengan arahan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) 1996 (BOWEC).

Kelayakan Untuk Memohon Kerjaya Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS)

Seseorang yang ingin mendaftar sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) hendaklah mempunyai kelayakan seperti dibawah:
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat mengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat mengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;
  • Warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh Jabatan.
Antara Iklan Jawatan Kosong SSS - Gaji Bermula Dari RM2000/Sebulan

Apakah Tugas Penyelia Keselamatan Tapak bina (SSS)?

Jangan keliru, Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) berbeza dengan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO). Sebelum adanya, system MyKKP oleh pihak JKKP/DOSH Malaysia SHO juga dipanggil pemegang ‘Green Book’ manakala, SSS disebut sebagai pemegang ‘Yellow Book’. 

Panggilan ini adalah mengikut warna kulit buku kuasa mereka sebagai SHO atau SSS yang diberikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesiahatan Pekerjaan Malaysia.

Tugas Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS):
  1. Memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina,
  2. Membetulkan mana-mana amalan tidak selamat,
  3. Memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya dipatuhi; dan
  4. Berhubung terus dengan Penyelia Keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Pusat Latihan Penyelia Keselamatan Tapak Bina Di Malaysia

Untuk mendapatkan kursus Penyelia Keselamatan Tapak Bina, saya kongsikan dengan anda beberapa pusat latihan yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia.

Pusat Pengajar Latihan Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang terkini di Malaysia:
  1. NIOSH (National Institute Of Occupational Safety And Health) seluruh Malaysia.
  2. Skill Solutions Sdn Bhd - Selangor
  3. People & Skills Sdn Bhd - Sarawak
  4. Master Builder Association Malaysia (MBAM) - Kuala Lumpur
  5. KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd - Selangor
  6. NOSH Global Sdn Bhd - Pulau Pinang
  7. Zon Safety Technology Sdn Bhd - Pahang
 

Untuk senarai penuh pusat pengajar yang kompeten di Malaysia - Klik Sini

Cara Memohon dan Pendaftaran Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Bermula pada Ogos 2015 lagi, pemohonan sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) sepenuhnya secara online menerusi laman web Mykkp.dosh.gov.my. Rujuk panduan dibawah untuk proses pendaftaran dan pembaharuan Sijil.


Cara Pendaftaran MyKKP - Klik Sini 
Cara Pembaharuan MyKKP- Klik Sini


Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih! kalau ada usaha untuk memajukan kerjaya dan merebut peluang yang ada pastinya dibentangkan jalan kearah kejayaan. Sekiranya ada pertanyaan, saya sedia menjawap dan membantu anda.

Karnival Pekerjaan JobsMalaysia Urban Launchpad For Youth

Karnival Pekerjaan JobsMalaysia Urban Launchpad For Youth

Karnival Pekerjaan JobsMalaysia | Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Program Temuduga Terbuka sempena “Urban Launchpad For Youth”.

Program Temuduga Terbuka ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Ogos 2016 (Sabtu)
Bertempat : International Youth Centre [IYC] Cheras Kuala Lumpur
Jam : 9.00 Pagi – 5.00 Petang



Anjuran : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

 

Dengan Kerjasama : JobsMalaysia dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC)

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

Karnival Pekerjaan : 03-2026 2058 (En. Zul) Atau 03-8320 2715 (En. Zham)

Latihan Softskill & Penginapan : 03-9171 9205 En. Marzuki

Persediaan Menghadiri Temuduga Ini?

Sesiapa yang akan menghadiri temuduga ini bolehlah persiapkan diri dengan beberapa tip dan panduan membuat resume dan panduan LULUS temuduga kerja kerajaan di bawah.





Semoga berjaya !

Selasa, 23 Ogos 2016

Komisen Tinggi Dengan Program Affiliate

Komisen Tinggi Dengan Program Affiliate

Menjana pendapatan sampingan melalui blog adalah impian bagi setiap blogger. Termasuklah aku yang baru berkecimpung secara part-time sejak April 2016. Kecemburuan melihat kejayaan blogger-blogger hebat yang ada di Malaysia ini yang mampu menjana pendapatan sehingga 4 hingga 5 angka  sebulan menjadi inspirasi bagi aku untuk memulakan penulisan sendiri.

affiliate komisen tinggi

Ada banyak cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog ni, antaranya adalah menyertai program affiliate jual ebook, affiliate jualan barangan online melalui PPL/PPC/PPS, produk review, pengiklanan dan macam-macam lagi. 

Buat masa ini, aku cuma menyertai beberapa program affiliate yang memberi pulangan yang sangat lumayan, antaranya adalah:
  • Klikjer.com - Komisen sehingga 70% daripada harga jualan ebook
  • Tim Infokerjaya - Komisen sehingga 55% daripada harga jualan ebook
  • InvolveAsia - Komisen sehingga 12% bagi setiap jualan
  • SSPN-i Plus - Komisen RNA (15%) dan Komisen EPO(25%) bagi setiap pembukaan akaun 
  • Lazada - Komisen 9% sehingga 10% bagi setiap jualan
  • Rahsia Mudah Hamil - Komisen sehingga 50% daripada harga jualan
  • F.I.S.H - Formula Income Seumur Hidup
Ada banyak lagi program affiliate sebenarnya, tapi aku nak fokus dengan 6 program ni dulu. Lagipun, komisen pun dah mula bertambah sedikit demi sedikit. Setakat ini, program affiliate klikjer.com paling tinggi komisen yang diberikan, ebook yang dijual juga sangat relevan dengan permintaan buat masa ini.

Komisen dah mula bertambah, ada masa nanti aku akan share hasil yang aku dapat setakat ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih program affiliate yang memberi komisen tinggi untuk menambah pendapatan sampingan.

Semoga membantu.

Sabtu, 20 Ogos 2016

Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016 | Bagi mana-mana individu yang telah memohon latihan separa perubatan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau lebih mesra dipanggil SPA8, sukacita dimaklumkan bahawa SPA akan mengadakan Peperiksaan Atas Talian (Online) yang akan dijalankan 29 Ogos 2016 ini.


Adakah anda salah seorang calon peperiksaan ini? Semak disini - http://e-semakan.spa.gov.my/

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk Peperiksaan ONLINE SEPARA PERUBATAN?

Setiap tahun pengambilan bagi jawatan ini dibuat sebanyak 2 kali. Calon yang berjaya dalam peperiksaan dan temuduga ini akan menjalani latihan separa perubatan dan akan menerima elaun sepanjang latihan.


Sekiranya anda berjaya sesi peperiksaan dan temuduga separa perubatan, peluang kerjaya Separa Perubatan yang akan anda jalani terbahagi kepada 2 iaitu bertaraf diploma dan taraf sijil.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Juru X-Ray
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Latihan Jururawat
Latihan Juruterapi Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Sebagai persediaan sebelum menjalani Peperiksaan Online Separa Perubatan, anda haruslah mengetahui sedikit sebanyak Contoh Soalan Psikometrik(Seksyen A), Contoh Soalan Pengetahuan Am(Seksyen B). 

Rujukan pantas ini mungkin boleh membantu anda...

Untuk 29 OGOS Exam Online Separa Perubatan, ini yang anda perlukan..



Sudah ramai yang berjaya dalam peperiksaan separa perubatan setelah mendapatkan Rujukan Pantas Separa Perubatan ini..




Kini giliran anda pula untuk LULUS Peperiksaan Separa Perubatan kali ini. Semoga dengan perkongsian ini boleh membantu anda untuk bersedia menjalani peperiksaan online nanti.


Bila dah lulus peperiksaan nanti, jangan lupa dapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan pula..ini akan banyak membantu anda nanti...Good Luck!

Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus

Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus

Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus | Selepas membuka akaun dan membuat bayaran bulanan didalam akaun SSPN-i Plus, pastinya penyata bulanan dan tahunan kita akan tengok. Saya pun baru masuk ke-2 menyimpan untuk anak lelaki saya, untuk menyemak penyata bulanan amatlah mudah.
Baca - Kelebihan dan Manfaat Menabung Dengan SSPN-i Plus
Baca - Cara Membuka Akaun SSPN-i Plus Secara Atas Talian (Online)
Saya kongsikan dengan anda Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus langkah demi langkah agar anda tidak keliru nanti. Ikuti langkah-langkah dibawah:

Langkah 1: Layari laman web rasmi PTPTN - Klik Sini
Langkah 2: Pilih Icon "Semakan Penyata SSPN-i/SSPN-i Plus"


Langkah 3: Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pendeposit (Ibubapa/Penjaga)


Langkah 4: Pilih Penyata Akaun SSPN-i Plus/ SSPN-i - pilih SSPN-i Plus


Langkah 5: Jika belum mendaftar, sila "Daftar Pengguna Baru" kemudian, Log In.


Langkah 6: Pilih "Penyata" atau "Penyata Hasil".


Langkah 7: Selesai ! dah boleh lihat Penyata Bulanan akaun SSPN-i Plus anak anda.



Penyata penambahan deposit untuk bulan lepas hanya boleh dilihat pada bulan berikutnya. Pastikan penambahan berjaya dengan melihat penyata bulanan anda.
Baca - Cara Penambahan Deposit Akaun SSPN-i Plus Secara Atas Talian (Online)
 

Semoga perkongsian ini membantu anda menyemak penyata akaun SSPN-i Plus dengan mudah. Selamat menabung!

Anak Lebih Awesome Dengan Baju Baru Custom Made TeezBee

Anak Lebih Awesome Dengan Baju Baru Custom Made TeezBee

Anak Lebih Awesome Dengan Baju Baru Custom Made TeezBee | Baju sudah lama sampai, cuma masa untuk update blog agak terhad. Maklumlah, kerja makan gaji memang tiada masa menghadap blog waktu siang. Dah malam pun belum tentu ada masa nak buka blog bila anak asik bawa bermain.


Kali ini, saya nak kongsikan baju baru anak lelaki saya hasil design PERCUMA daripada laman web TeezBee. Walaupun baju agak ketat dengan saiz M, namun kualiti kain, jahitan dan kualiti tulisan memang saya berpuas hati. Umur baru 17 bulan tapi badan anak saya ni boleh muat baju 2 tahun-3 tahun. Lain kali kena beli saiz L pulak..
Nampak ketat sikit baju ni..
Untuk ambil gambar macam ni memang susah, habis earphone tu dia cabut haha..

Nak design baju untuk anak anda? Design Baju Percuma di TeezBee - Klik Sini

Tak sampai 5 minit duduk, dah mula berlari-lari... 

Maafkan daddy ye Ian, lain kali beli baju besar sikit.buat masa ni pakailah dulu sementara masih muat..