Design Baju Bayi Percuma Dengan TeezBee

Design Baju Bayi Percuma Dengan TeezBee | Serius! aku memang jatuh hati dengan perkhidmatan baju bayi di kedai online TeezBee ni. Bukan baju bayi saja, malah baju dewasa pun ada disini. Baju bayi yang cantik dan design yang sangat menarik mengikut kemahuan kita nak letak apa pun dekat baju tu.


TeezBee - Custom Baby/Kids Clothing


Jom aku explain serba ringkas mengenai TeezBee ni, TeezBee bertapak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, dan syarikat berdaftar dibawah TeezBee Sdn Bhd (1186604-H). Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam men'design' baju bayi dan kanak-kanak di Malaysia.

Dengan TeezBee, korang boleh pilih design yang korang suka samada Basic Design, Animal, Cartoon, Object, Number, Loved One, Young Adult, Typography atau Celebration series. Kalau nak design sendiri, pilih 'Design Your Own'.



Inilah pilihan baju-T untuk anak lelaki aku, Edrian..aku pilih warna kuning sebab aku memang suka warna terang kuning ni. 

Aku buat yang simple saja, perkataan yang aku custom hanya letak nama Ian di baju bahagian hadapan. Pemilihan saiz tak payah risau, TeezBee lengkap dengan panduan saiz dan cara menyukat saiz baju seperti dibawah ni.



Untuk melakukan pembelian, klik jer "Add To Cart". Harga yang tertera hanya untuk harga baju-T saja, pos penghantaran akan ditambah mengikut caj lokasi/alamat anda.

Pembayaran boleh dilakukan menggunakan Kredit Kad, Online Transfer (MOLPay), Paypal atau Cash Deposit Machine.




Perkongsian Gambar Baby Pelanggan TeezBee

Daripada perkongsian gambar moment melalui Fan Page, memang semua pelanggan TeezBee berpuas hati dengan hasil design custom baju baby mereka. Nampak comel je bila baju baby ada wajah terpampang disitu. 



Nampak tak? memang menarik baju-baju baby yang di design oleh TeezBee ni, aku memang tak sabar nak tunggu baju-T Ian sampai ni. Nanti boleh share gambar juga dekat Fan Page TeezBee. Terbaik TeezBee! harap boleh pos cepat baju-T Ian...hehe...

Nak custom baju baby korang jugak? layari laman web TeezBee disini - TeezBee | Custom Baby/Kids Clothing

2 Komentar untuk "Design Baju Bayi Percuma Dengan TeezBee"

kalau ada baju untuk mak ayah sekali, lagi cun ni.. design sedondon

Baju dewasa pun ada buat design kat Teezbee ni..Dkna boleh lah tengok2 dulu mana tau berminat kan..

Back To Top