Panduan Memulakan Bisnes Jual Air Tepi Jalan

Panduan Memulakan Bisnes Jual Air Tepi Jalan | Makin hari makin ramai peniaga jual air tepi jalan dan di tempat letak kereta sekarang ni. Persaingan makin sengit antara peniaga jual air balang. Namun, saya perhatikan pelanggan tidak berkurang, malah semakin bertambah. 

Mungkin kerana air minuman memang menjadi keperluan manusia sebab tu, jual air menag tidak pernah tidak laku dijual. Tambahan lagi, resipi peniaga memang berlainan setiap kali menjual. Dah kautim barangkali kan..haha.. 


Kali ini, saya nak berkongsi dengan anda panduan ringkas untuk memulakan bisnes jual air balang tepi jalan. Dari segi modal, peralatan menjual dan keuntungan akan diterangkan dibawah.


BERAPA MODAL NAK START BISNES AIR BALANG?


Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..
- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM800. Tak sampai pun seribu ringgit!


BERAPA PULA MODAL HARIAN?


Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang.

Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.


POTENSI JUALAN & UNTUNG?


Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

Amacam? Berminat?


Kalau berminat nak tahu lebih details selok belok pasal bisnes air balang ni! Boleh klik link dibawah!





0 Komentar untuk "Panduan Memulakan Bisnes Jual Air Tepi Jalan"

Back To Top