Peluang Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Kerjaya Penyelia Keselamatan Tapak Bina | Kerjaya dalam bidang industri pembinaan memang luas di Negara kita ni, graduan lepasan Diploma politeknik, institut kemahiran, atau pusat latihan  adalah calon terbaik untuk menceburi kerjaya sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina.
Penyelia Keselamatan Tapak Bina/ Site Safety Supervisor
Tahukah anda bahawa, setiap tapak pembinaan di Malaysia yang mempunyai kos dibawah 20 juta hendaklah melantik seorang Penyelia Keselamatan Tapak Bina atau lebih dikenali sebagai SSS (Site Safety Supervisor) manakala bagi kos pembinaan 20 juta keatas hendaklah melantik seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) dan seorang Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS).
Arahan mewajibkan melantik SSS
Ini adalah sejajar dengan arahan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) 1996 (BOWEC).

Kelayakan Untuk Memohon Kerjaya Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS)

Seseorang yang ingin mendaftar sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) hendaklah mempunyai kelayakan seperti dibawah:
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat mengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat mengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;
  • Warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh Jabatan.
Antara Iklan Jawatan Kosong SSS - Gaji Bermula Dari RM2000/Sebulan

Apakah Tugas Penyelia Keselamatan Tapak bina (SSS)?

Jangan keliru, Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) berbeza dengan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO). Sebelum adanya, system MyKKP oleh pihak JKKP/DOSH Malaysia SHO juga dipanggil pemegang ‘Green Book’ manakala, SSS disebut sebagai pemegang ‘Yellow Book’. 

Panggilan ini adalah mengikut warna kulit buku kuasa mereka sebagai SHO atau SSS yang diberikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesiahatan Pekerjaan Malaysia.

Tugas Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS):
  1. Memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina,
  2. Membetulkan mana-mana amalan tidak selamat,
  3. Memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya dipatuhi; dan
  4. Berhubung terus dengan Penyelia Keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Pusat Latihan Penyelia Keselamatan Tapak Bina Di Malaysia

Untuk mendapatkan kursus Penyelia Keselamatan Tapak Bina, saya kongsikan dengan anda beberapa pusat latihan yang diiktiraf oleh JKKP Malaysia.

Pusat Pengajar Latihan Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang terkini di Malaysia:
  1. NIOSH (National Institute Of Occupational Safety And Health) seluruh Malaysia.
  2. Skill Solutions Sdn Bhd - Selangor
  3. People & Skills Sdn Bhd - Sarawak
  4. Master Builder Association Malaysia (MBAM) - Kuala Lumpur
  5. KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd - Selangor
  6. NOSH Global Sdn Bhd - Pulau Pinang
  7. Zon Safety Technology Sdn Bhd - Pahang
 

Untuk senarai penuh pusat pengajar yang kompeten di Malaysia - Klik Sini

Cara Memohon dan Pendaftaran Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Bermula pada Ogos 2015 lagi, pemohonan sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) sepenuhnya secara online menerusi laman web Mykkp.dosh.gov.my. Rujuk panduan dibawah untuk proses pendaftaran dan pembaharuan Sijil.


Cara Pendaftaran MyKKP - Klik Sini 
Cara Pembaharuan MyKKP- Klik Sini


Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih! kalau ada usaha untuk memajukan kerjaya dan merebut peluang yang ada pastinya dibentangkan jalan kearah kejayaan. Sekiranya ada pertanyaan, saya sedia menjawap dan membantu anda.

1 Komentar untuk "Peluang Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina"

Betul tu, sekarang semua company yang besar pun dah mengambil penyelia keselamatan yang ada sijil SSS diiktiraf oleh DOSH.

Back To Top