Perbandingan SSPN-i Plus Dengan Produk Kewangan Lain

Perbandingan SSPN-i Plus Dengan Produk Kewangan Lain | Di Malaysia, terdapat banyak produk kewangan yang boleh menjamin masa depan pendidikan anak-anak kita. Apa yang pasti, setiap simpanan mempunyai perbezaan serta kelebihan masing-masing.


Produk SSPN-i Plus ini boleh dikatakan masih baru. Memang masih ramai yang belum menyedari kehadiran SSPN-i Plus walaupun sudah memasuki tahun kedua produk ini dilancarkan. Sebelum ini, saya ada menerangkan Kelebihan Dan Manfaat Menabung Dengan SSPN-i Plus, saya harap anda yang berminat untuk mengetahui membaca kelebihan dan manfaat SSPN-i Plus ini.
Baca - Manfaat Dan Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus


Perbandingan Produk SSPN-i Plus Dengan Produk Kewangan Lain

Kenapa perlu dibandingkan dengan produk kewangan lain? saya rasa memang perlu, beli pampers untuk anak pun kita perlu tahu sesuai untuk anak ataupun tidak, selesa ke tidak dengan dia, harga berpatutan atau tidak. Dalam menyimpan juga kita perlu tahu kelebihan dan manfaat yang kita akan dapat nanti. 

Jadual perbandingan dibawah akan menerangkan seterang-terangnya persoalan yang bermain didalam fikiran anda. Mengapa SSPN-i Plus lebih baik daripada simpanan yang lain? tengok perbandingan ini..


Saya percaya, perkara penting yang kita tidak boleh terlepas peluang manfaat SSPN-i Plus adalah Pelepasan Cukai, Cabutan Hadiah Lumayan dan Perlindungan Takaful
Baca - Cabutan Wow! SSPN-i Plus Bagi 2016/17
Pelepasan cukai untuk diri sendiri, cabutan hadiah untuk keluarga dan perlindungan takaful untuk manfaat anak jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku dengan kita (pendeposit).
Baca - Hanya RM 1, Perlindungan Sehingga RM40,000
Selain SSPN-i Plus, Sijil Simpanan Premium BSN juga ada cabutan hadiah yang sangat lumayan. Saya juga akan terangkan perbezaan SSPN-i Plus dengan SSP BSN yang mungkin ada yang tidak tahu.

Dan, saya tetap kata produk SSPN-i Plus masih yang terbaik untuk dijadikan pilihan simpanan pendidikan anak-anak kita. Namun, itu terpulanglah kepada anda untuk memilih. Saya akui saya mengambil Pakej Topaz untuk anak lelaki saya dan dalam masa yang sama saya juga membeli Sijil Simpanan Premium - BSN.


Pilihan ditangan anda, jadilah ibubapa yang bijak! bila dah buat keputusan, baca cara-cara membuka akaun dan penambahan deposit bulanan SSPN-i Plus dibawah:


P/s: Cabutan pertama suku tahun pertama 2016/17 akan dijalankan pada 31 September 2016, hadiah utama kereta Honda Jazz 1.5L tau..jangan lepaskan peluang menjadi salah seorang pemenang bertuah. Buka akaun untuk anak anda sekarang!

Tag : SSPN-i Plus
0 Komentar untuk "Perbandingan SSPN-i Plus Dengan Produk Kewangan Lain"

Back To Top