5 Tips Memilih Dan Memohon Kad Kredit

Katakan anda menerima berita kurang baik dari kampung, dan perlu pulang untuk hal kecemasan? malangnya, duit tidak mencukupi untuk membeli tiket disaat-saat genting seperti ini..maka, saya syorkan setiap individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu Kad Kredit untuk hal-hal kecemasan sahaja.

Dengan pelbagai kad kredit yang ditawarkan di pasaran, adalah penting untuk anda memilih kad kredit yang memenuhi keperluan anda. Dan, sekiranya anda sedang membaca artikel ini, saya anggap anda sedang mencari kad kredit yang terbaik untuk dimiliki.


Sebelum memilih Kad Kredit, apa yang harus anda buat adalah membandingkan kadar, fi dan caj serta ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap pengeluar kad kredit sebelum membuat keputusan. 

Berikut adalah beberapa 5 tip dalam memilih kad kredit atau menilai kad kredit yang ada pada anda:

5 Tips Dan Cara Memilih Kad Kredit  


1. Hadiah Promosi

Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Walau bagaimanapun, sebelum memohon, adalah penting untuk anda memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran tersebut. Telitilah syarat-syarat yang ditetapkan untuk hadiah promosi dan denda yang akan dikenakan jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi.
2. Kadar Caj Rendah Sementara

Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj-caj tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yang rendah dengan saiz fon yang besar dan mudah dibaca, kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput. Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dengan begitu jelas, iaitu dengan menggunakan saiz fon yang kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yang mengandungi banyak muka surat. Anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
3. Caj Kewangan Dan Yuran

Pengeluar kad yang berlainan akan mengenakan fi yang berbeza untuk kemudahan pendahuluan wang tunai, kebiasaanya antara 3% ke 5% daripada jumlah yang dikeluarkan dan caj kewangan (maksimum sebanyak 18% daripada jumlah yang dikeluarkan). Sentiasa pilih kad kredit yang mengenakan fi yang lebih rendah serta pastikan anda memahami terma dan syarat yang dikenakan untuk skim pemindahan baki yang ditawarkan sebelum menggunakannya.

4. Program Pemindahan Baki

Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan yuran di samping caj kewangan apabila anda menggunakan kad kredit untuk  pemindahan baki. Yuran bagi pendahuluan pemindahan baki dari 1 kad ke kad yang lain mungkin dalam lingkungan 0% hingga 7% daripada julah pindahan. Oleh itu, pilihlah kad kredit yang mengenakan yuran yang rendah bagi pemindahan baki.

5. Pulangan Tunai

Semua orang mahukan pulangan tunai ini, kebanyakkan pengeluar kad kredit ada menawarkan pulangan tunai/cashback sehingga 10% tapi ada juga yang tiada pulangan tunai langsung.

Dan, bagi membantu anda memilih Kad Kredit yang mempunyai ciri-ciri terbaik seperti 5 Tips Dan Cara Memilih Kad Kredit diatas, saya kongsikan dengan anda laman web perbandingan terbaik di Malaysia  iaitu Ringgitplus.Com

Dengan menggunakan Ringgitplus.Com sebagai 'orang tengah' antara anda dan bank. Ianya mudah untuk anda membandingkan kad kredit yang paling sesuai dengan kehendak anda. Kenapa ianya mudah? lihat screenshoot dibawah ni..


Screeshoot diatas ini hanya sebahagian daripada jenis kad kredit yang ada di ringgitplus.com, lihat nombor yang saya letakkan. Untuk membuat perbandingan, perkara itulah yang perlu diambil perhatian! Interest Rate, Balance Transfer, Cashback, dan Annual Fees..dan jika anda memohon kad kredit melalui ringgitplus.com bonus lumayan menanti anda (baca bahagian yang saya tandakan nombor 5 diatas)

Cara Memohon Kad Kredit Melalui Ringgitplus.Com


Langkah 1: Layari laman web perbandingan - www.ringgitplus.com
Langkah 2: Klik pada tab 'Card Credit' di atas sekali, sebelah kiri.
Langkah 3: Pilih kad kredit terbaik yang anda kehendaki.
Langkah 4: Klik 'Apply Now', button berwarna biru tu..
Langkah 5: Masukkan 'Nama' dan 'Nombor HP' anda.


Langkah 6: Masukkan 'Gaji' bulanan, 'Nombor IC/KP' dan 'Email'..kemudian, 'Confirm'


Langkah 7: Tunggu panggilan dan email daripada pihak bank untuk penghantaran dokumen berkaitan dan pengesahan. 

Selesai ! sekiranya permohanan anda diluluskan..kad kredit akan diposkan ke alamat rumah atau pejabat anda.

Ringgitplus.com bukan saja sesuai untuk pemilihan kad kredit tetapi sesuai juga untuk perbandingan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pembelian insuran, kaedah simpanan dan juga perkhidmatan internet. Segalanya terdapat di Ringgitplus.com.

Semoga membantu!

P/S: Nasihat saya, gunakanlah kad kredit dengan cara yang berhemah..swap ikut keperluan, bukan ikut nafsu..waktu swap kad tu memang best, tapi bila masa nak bayar hutang kad kredit memang pening, lambat bayar tambah pula caj late payment..btw, keputusan ditangan anda, saya kongsikan artikel ini untuk memudahkan pemilihan kad kredit anda...

2 Komentar untuk "5 Tips Memilih Dan Memohon Kad Kredit "

Saya belum pernah guna kad kredit.. Bukan keperluan kot

Tak berani oh nak ambil kad kredit.. Kang tak berbyr mati lak makkk nakkkk!!!

Back To Top