6 Cara Untuk Uji Page Loading Speed Blog Anda

6 Cara Untuk Uji Page Loading Speed Blog Anda | Salah satu halangan utama pengunjung blog kita  untuk membaca artikel yang kita post adalah kecepatan sesuatu blog itu dibuka atau website speed loading.


Faktor ini boleh menyebabkan pengunjung blog kita boleh 'pergi' begitu saja tanpa menunggu blog dibuka sepenuhnya, kalau saya sendiri boleh lagi tunggu 1 minit kot tapi orang lain belum tentu lagi..sebabnya bukan semua orang memiliki kelajuan internet macam anda..

Sentiasa ingat bahawa pengunjung kita mahu membaca artikel dan infomasi yang anda tuliskan, halangan untuk membaca boleh menyebabkan pengunjung 'klik' simbol 'X' di tepi skrin sebelah kanan tu. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, mari uji speed loading website anda disini dan buat improvement segera.

Berikut adalah 7 cara mudah untuk menguji 'speed loading' blog anda. Cadangan penambahbaikan, akan diterangkan oleh laman web ini setelah hasil pengujian selesai di analisis.

1. Pingdom

Pingdom membantu anda menganalisis speed loading blog dengan grade prestasi sekali. Panduan untuk menghasilkan blog yang laju mudah dengan pingdom.

Masukkan URL Blog anda - https://tools.pingdom.com

2. GTmetrix

Dengan menggunakan Google Page Speed dan Yslow, GTmetrix menganalisis page loading speed blog anda dengan cara penambahbaikan sekali memudahkan anda perbaiki mana yang bermasalah.

Masukkan URL Blog anda - https://gtmetrix.com

3. Web Page Test

Menguji page loading speed dengan Web Page Test membolehkan anda memilih lokasi pengujian diserata dunia. Pilihan terbaik!

Masukkan URL Blog anda - https://www.webpagetest.org

4. Web Tool Hub

Webtoolhub membolehkan blog anda diuji dengan pelbagai kelajuan internet dan memaparkan download time blog anda.

Masukkan URL Blog anda - http://www.webtoolhub.com/

5. Monitis

Monitis menguji page loading speed blog anda dari United States, Europe dan Asia/Pasific.

Masukkan URL Blog anda - http://www.monitis.com/

6. Seochat

Seochat ini hampir sama dengan Web Tool Hub cuma yang membezakan adalah advance test terhadap external css, javascripts dan image dalam blog anda.

Masukkan URL Blog anda - http://tools.seochat.com/

Daripada analisis page loading speed yang saya lakukan terhadap blog ini, nampaknya masih banyak yang perlu diperbaiki. Walaupun dulu pernah ada blog dan melalui semua ini tapi bila dah buat blog yang baru yang berusia 2 bulan nampak complicated sangat, pening tengok HTML kod yang tak pandai settle2 errornya.

Misi pertama saya adalah menyelesaikan  "render-blocking javascript' yang mendapat grade F dan E selepas diuji tadi. Ada yang pernah buat tutorial selesaikan masalah ni tak? 

11 Komentar untuk "6 Cara Untuk Uji Page Loading Speed Blog Anda"

mnarik..byk rupanya web yg menyediakan kemudahan speed loading..

tq for the info. sy dh try semua. hehe

Ada banyak rupanya..pernah test sekali je...nanti nk try lgi lah

cuba try tukar dns guna cloudflare.. :)

Betul, ada banyak lagi cuma ini yang pernah dicuba setakat ni..

saya dah test.. hee~ tetiba rasa blog kosong sangat.. haa.. mula larasa nak menambah benda bebukan.. hahaha~ thanx untuk tambahan ilmu..

Boleh check laju lepas ni, barulah org senang hati nk masuk blog kita kalau laju kan, thank you share :D

Back To Top