7 Cara Melindungi Diri Daripada Nyamuk Pembawa Virus Zika

7 Cara Melindungi Diri Daripada Nyamuk Pembawa Virus Zika | Nyamuk boleh membawa dan menyebarkan penyakit. Penyakit seperti denggi dan malaria adalah penyakit yang selalu kita dengar. Namun, baru-baru ini virus bawaan nyamuk yang merbahaya kini sudah memasuki negara kita. Kes pertama berlaku kepada rakyat Malaysia yang mengunjungi Singapura dan keduanya seorang lelaki yang berasal dari negeri Sabah.

Apakah Itu Zika?

Zika ialah penyakit yang disebabkan oleh virus Zika. Virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes, iaitu nyamuk yang juga menyebarkan denggi dan chikungunya. Walau bagaimanapun, tidak seperti denggi dan chikungunya yang hanya boleh tersebar melalui nyamuk, Zika juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks tanpa perlindungan dengan seseorang yang telah dijangkiti. Maka seorang suami yang menghidap Zika boleh menjangkitkan penyakit ini kepada isterinya. 


Pakar-pakar juga percaya ada kemungkinan besar Zika boleh dijangkiti melalui pemindahan darah, namun lebih banyak kajian diperlukan. Zika tidak boleh tersebar melalui sentuhan biasa dengan orang yang telah dijangkiti.

Apakah Simptom-Simptom Virus Zika?

Zika boleh mengambil sehingga 12 hari untuk muncul selepas seseorang itu terkena gigitan. Simptom-simptomnya adalah ringan, tetapi boleh termasuk yang berikut: 


+Ruam
+Gatal-gatal
+Demam 
+Konjunktivitis (mata merah)
+Sakit di belakang mata
+Sakit kepala
+Sakit-sakit otot
+Sakit belakang pinggang
+Sakit sendi atau keradangan

Simptom-simptom ini berlangsung selama dua hingga tujuh hari.  Jika anda sedang hamil dan anda nampak ada bintik-bintik merah pada badan anda, jumpalah doktor. Ujian darah akan memberitahu doktor sama ada itu adalah Zika ataupun penyakit lain. 

Rawatan Virus Zika?

Tiada rawatan untuk Zika, tetapi mengambil paracetamol dan meminum banyak air boleh membantu meredakan simptom-simptomnya. Ibuprofen tidak digalakkan, dan dalam sebarang kes ia tidak dipercayai selamat digunakan semasa hamil. Secara umumnya, kebanyakan pesakit Zika akan sembuh sendiri.

Minum banyak air dan banyakkan berehat. Tanyalah doktor anda mengenai ubat anti keradangan tanpa steroid untuk melegakan kesakitan dan antihistamin untuk melegakan kegatalan. Jangan sesekali ambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

7 Cara Melindungi Diri Daripada Nyamuk Pembawa Virus Zika

Setakat ini, tiada vaksin untuk Zika. Kaedah pencegahan utama ialah dengan menghapuskan nyamuk dan tempat-tempat pembiakannya terutamanya pada musim tengkujuh. 

Berikut adalah cara yang terbaik untuk melindungi diri dan keluarga anda daripada gigitan nyamuk:

1. Pastikan Luar Dan Dalam Rumah Bersih

Umum kita ketahui, nyamuk membiak ditempat air bertakung seperti tayar, pasu, bekas tin, botol atau plastik. Jika dah tahu, bersihkan kawasan rumah dengan teliti, jangan biarkan nyamuk membiak dikawasan rumah anda. Sama juga didalam rumah, pastikan pasu bunga dan botol ditutup atau diletakkan cecair serai wangi.

2. Sentiasa Berpakaian Menutup Badan

Pastikan tubuh anda dan anak anda sentiasa berpakaian cerah dan bukan warna hitam kerana warna hitam/gelap menjadi tarikan kepada nyamuk untuk datang. Biar pakaian cerah dan tebal sedikit.

3. Elakkan Pewangi Berlebihan

Kalau boleh, elakkan menggunakan pewangi, lotion, sabun herba atau apa-apa wangian lain kerana bau-bauan tersebut boleh menarik perhatian nyamuk datang kepada anda. Kecuali wangian daripada serai dan lavender, elok tanam serai dalam pasu dan letakkan didalam rumah.

4. Bersihkan Sisa Makanan Selepas Makan dan Memasak

Adakah orang yang suka letak pinggan mangkuk atas sinki selepas makan, lepas tu esok baru cuci? elakkan penangguhan cuci pinggan mangkuk atau kuali kerana anda sedang memberi peluang nyamuk bertelur ataupun hinggap ditempat makanan anda.

5. Pasang Jaring/Net Pada Tingkap Rumah

Pasang jaring atau window screen pada tingkap atau pintu untuk mengelakkan nyamuk masuk. Digalakkan untuk penggunaan penghawa dingin bagi mencegah tingkap selalu dibuka, dan nyamuk masuk.

6. Gunakan Bed Net/Kelambu

Cara ini memang selalu digunakan jika berada di kampung. Anda yang tinggal dibandar pun boleh menggunakan cara ini, paling selamat daripada serangan nyamuk sepanjang malam. 

7. Gunakan Alat Penghalau Nyamuk

Alat penghalau nyamuk terdiri daripada 2 jenis, iaitu alat elektonik dan lotion/gel. Terdapat banyak alat penghalau/pembunuh nyamuk dipasaran dan lotion dijual di farmasi. Belilah ikut kemampuan anda, jangan berkira soal keselamatan dan kesihatan anda sekeluarga.


Adakah Benar Zika Boleh Menyebabkan Kecacatan Pada Bayi Dalam Kandungan?

Ya. Virus Zika boleh meningkatkan risiko bayi dalam kandungan dilahirkan dengan kepala yang kecil (mikrosefali) atau kecacatan semasa lahir yang lain. Risiko mikrosefali didapati paling tinggi apabila jangkitan virus Zika berlaku dalam trimester pertama atau trimester kedua kehamilan, tetapi kita tidak pasti sama ada peringkat-peringkat kehamilan yang lain adalah betul-betul bebas daripada kecacatan yang dikaitkan dengan penyakit ini.

Sumber: newsweek.com
Walau bagaimanapun, tidak semua wanita hamil yang menghidap Zika akan melahirkan bayi dengan mikrosefali. Para saintis masih lagi membuat kajian mengapa sesetengah bayi terjejas dan sesetengah yang lain tidak. 

Di Brazil, iaitu negara yang telah mengalami penyebaran serius penyakit ini, wanita-wanita yang menghidap Zika dan mereka yang tinggal di kawasan di mana terdapat banyak kes Zika berlaku sedang dipantau rapi oleh doktor-doktor. Imbasan ultrasound sepanjang kehamilan digunakan untuk memantau saiz kepala bayi.

Contoh Alat Perlindugan Diri dan Penghalau Nyamuk

Selain mendapatkan alat-alat perlindungan dan penghalau nyamuk ini di pasaraya atau kedai-kedai lain. Anda juga boleh mendapatkannya secara pembelian online di laman Lazada.com.my dengan harga yang agak berpatutan..antaranya adalah:-


Semoga perkongsian ringkas ini, sedikit sebanyak membantu anda melindungi diri dan keluarga daripada gigitan nyamuk merbahaya pembawa Virus Zika.

Sumber bacaan - babycenter.com.my
Sumber gambar - www.newsweek.com

4 Komentar untuk "7 Cara Melindungi Diri Daripada Nyamuk Pembawa Virus Zika"

risau juga dengan Zika ini...kalau Zulaika yang kacau sik hal la..suka lagi ada

Setiap malam Reen akan pastikan yang Reen dah pasang alat penghalau nyamuk sebelum bobom.. Kalau x, tak lena. Depan rumah ni ada satu longkang kecik.. Dan banyak anak2 nyamuk sbnrnya.

Nak bergotong-royong dengan jiran2 untuk bersihkan longkang agak susah.. Sebab ada yang extended rumah mereka dan menutupi longkang tersebut. Hurmmmm..

info yg bagus ni.. bahaya juga virus zika ni.. dekat sini ari tu pun dh ada laporan sorg meninggal dunia.. seriau juga dengor nye dekat lak tu tempat tu dgn sy ni..

Back To Top