Cabutan Wow SSPN-i Plus Bagi Suku Tahun Pertama 2016/17

Cabutan Wow  SSPN-i Plus Bagi Suku Tahun Pertama 2016/17 | SSPN-i Plus kini semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia ini kerana kesedaran tentang manfaat menabung dengan SSPN-I Plus adalah pilihan terbaik untuk melindungi dan menjamin masa depan pendidikan anak-anak.

Sambil menabung, kita juga berpeluang memenangi Cabutan Wow lebih 300 hadiah yang sangat lumayan. Bagi cabutan wow sesi 2016/2017, jumlah keseluruhan hadiah yang akan diberikan kepada ahli SSPN-I Plus sebanyak RM1,500,000.

Cabutan ini dibuat 3 kali setahun, cabutan suku tahun pertama adalah 1 julai sehingga 30 September 2016. Tengoklah hadiahnya..memang lumayan..

Hadiah Cabutan Wow Suku Tahun Pertama 1 Julai 2016 Hingga 30 Jun 2017

Ini adalah antara hadiah cabutan wow yang akan diadakan sepanjang tahun bermula 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017 nanti.



Hadiah Utama: Honda Jazz 1.5L (1 Pemenang)
Hadiah Saguhati : RM2,000 (20 Pemenang)

Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i  Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi.
2. Setiap RM50 layak mendapat satu  cabutan tanpa mengira pakej.
3. Penyertaan adalah automatik.
4. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan.
5. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (termasuk pasangan dan anak-anak) serta kakitanan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) tidak layak menyertai cabutan.
Bagi ibubapa yang belum memulakan simpanan pendidikan untuk anak, SSPN-i Plus adalah pilihan terbaik buat anda. Selain cabutan hadiah yang lumayan, terdapat banyak lagi kelebihan menyimpan dengan SSPN-i Plus.


Dah baca artikel ini? kalau belum, luangkan masa sedikit untuk memahami lebih lanjut tentang simpanan SSPN-i Plus..


Klik disini untuk pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i  Plus secara online. Semoga berjaya untuk cabutan suku tahun pertama hujung bulan September ini.

0 Komentar untuk "Cabutan Wow SSPN-i Plus Bagi Suku Tahun Pertama 2016/17"

Back To Top