MyOnline Passport - Cara Memperbaharui Passport Secara Online

Cara Memperbaharui (Renew) Passport Secara Online | Tarikh berkuatkuasa permohonan pembaharuan Passport Malaysia adalah 1 September 2016. Belum terlambat lagi rasanya kalau saya kongsikan cara-cara pembaharuan (renew) Passport secara atas talian (online). Permohonan pembaharuan passport ini sahaja yang dilakukan secara online, manakala passport boleh dituntut di kaunter Jabatan Imigresen yang berhampiran atau yang anda pilih nanti. Dengan adanya perkhidmatan atas talian ini, segalanya mudah dan menjimatkan masa, betul tak?

Apakah MyOnline Passport atau MyIMMS?

MyOnline Passport  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).


Tempoh Pengeluaran Passport

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat. Manakala, untuk serahan, permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Terma Dan Syarat Memperbaharui Passport Dengan MyOnline Passport /MyIMMS


Terdapat beberapa terma dan syarat untuk proses pembaharuan MyOnline Passport yang mudah difahami. Baca dengan teliti, antaranya adalah:
  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut: (Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200 dan Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100)
  6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  8. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
  9. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
Keperluan Tambahan:
  1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

Sekirnya terma dan syarat sudah difahami dan dipatuhi, dokumen berikut perlu anda sediakan sebelum melakukan permohonan online ini:

+ Kad Pengenalan
+ Kad Passport Lama
+ Gambar Berukuran Passport dalam bentuk sofcopy (spesifikasi gambar - rujuk sini)

Sekarang, anda sudah boleh memohon pembaharuan passport melalui MyOnline Passport melalui link ini --> https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

Mudah kan? semoga membantu....


4 Komentar untuk "MyOnline Passport - Cara Memperbaharui Passport Secara Online"

Sekarang semuanya di hujung jari sahaja.

Maaf saya nak bertanya. Kalau saya renew passport secara online, tapi saya tak boleh nak ambil pada haari yang ditetapkan, boleh ke ibu bapa saya yang tolong ambilkan? Saya dah lebih 18 tahun. Terima kasih.

Back To Top