Kenali Pengasas Produk Kecantikan Sarawak - Organic Skin By IGs

Pengasas Produk Kecantikan Sarawak - Organic Skin By IGs | Kali ini, Hero Borneo Team (HBT) berpeluang membongkar dan mendedahkan kejayaan seorang wanita anak kelahiran Sarawak yang semakin mendapat tempat dikalangan wanita dengan produk kecantikan yang diasaskan olehnya sendiri.

Pengasas produk kecantikan yang kami maksudkan ialah Puan Farah Ein dengan memperkenalkan Produk Kecantikan Jenama Organic Skin By IGs. Syarikat yang ditubuhkan oleh Puan Farah Ein ini bukan saja mendapat tempat dikalangan wanita di Sarawak malah di Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam juga. Tidak hairanlah, produk kecantikan ini sudah mempunyai 14 ejen dan stokis di seluruh negara. 
Puan Farah Ein adalah seorang yang suka berdikari. Sikapnya yang tidak suka membebankan ibubapa menjadi pendorong baginya untuk menceburi bidang perniagaan. Tambahnya lagi, beliau pernah bekerja makan gaji dan menjalankan perniagaan secara offline dan online seperti dropship dan menjual produk orang lain.

Minat Yang Mendalam Bidang Kecantikkan

Mengimbau kembali detik bermulanya idea untuk perniagaan, beliau berkata minat yang mendalam dalam bidang kecantikan menjadi pendorong untuk nekad memulakan perniagaan Sabun Homemade dengan hanya bermodalkan RM700.

Beliau berkata, usahanya hampir menemui kegagalan apabila produk Sabun Homemade yang dijualnya tidak terjual. Disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk memberikan sabun tersebut secara percuma kepada keluarga dan kenalan rapatnya.

Tidak menyangka, pemberian 'percuma' itu adalah satu langkah permulaan bagi terhasilnya 6 produk kecantikkan yang dijual syarikatnya sekarang ini. Itulah hebatnya bagaimana modal RM700 berjaya menghasilkan modal pusingan yang mencecah RM10,000. 

Produk Kecantikan - Organic Skin By IGs

Antara produk terkini keluaran syarikat beliau iaitu IGs ialah Organic Skin produk yang sangat menakjubkan. Bahan utama produk ini adalah Apple Stem Cell yang terbukti boleh membuatkan awet muda.Selain itu ada Avocado dan Lemon. Ramuan ini memang bagus untuk kulit berjerawat.merawat kulit kusam,tona muka tidak sekata, berjeragat dan meredakan kesan Sunburn kerana ada SPF yang terbaik.


Perkara yang perlu pengguna mesti ambil tahu tentang produk Organic Skin By IGs ialah merawat kulit dari dalam.Kesannya amat cepat dan ketara jika digunakan secara tetap.Malah Puan Farah sendiri mengakui produk keluaran syarikat beliau tidak mengandungi Merkuri dan Hidrokinon.Biasanya bahan-bahan kimia ini digunakan sebagai agen pengelupasan dan pemutihan segera yang selalu didapati pada produk kecantikan yang murah.Kepada yang ingin membeli produk Organic Skin By IGs tidak perlu risau dan boleh guna tanpa ragu-ragu, malah ianya juga mendapat pengiktirafan halal.

Produk Hot Selling

Terdapat 3 produk  yang menjadi hot selling dan terlaris di pasaran ketika ini. Produk tersebut adalah:

1. Produk Organic Skin By IGs - Untuk kulit muka berjerawat, merawat kulit kusam, tona muka tidak sekata, berjeragat dan meredakan kesan Sunburn.
2. Produk Magic Effect -  Alas solekan agar tahan lama, menutup jerawat dan parut.
3. Produk Cream Foundation - Alas solekan ringan untuk muka

Testimoni daripada pelanggan yang menggunakan produk kecantikkan ini kebanyakkannya memberikan maklumbalas positif. Terbukti produk ini boleh mengubah imej dan penampilan seorang wanita sesuai dengan Tagline Organic Skin By IGs iaitu "Cerah, Sihat dan Berseri". 


Perancangan Masa Depan

Memandangkan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan mendapat banyak persaingan terutama produk dari Semenanjung Malaysia maka strategi pemasaran mesti dilakukan sebijak yang boleh Puan Farah Ein memaklumkan kami di HBT bahawa beliau suka pergi ke pelbagai event atau pameran produk kecantikan oleh pihak terbabit untuk memperkenalkan jenamanya produk keluaran syarikatnya



Malah wanita hebat ini turut membuat promosi dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram.Perancangan masa hadapan untuk menggunakan sistem Adword dari Google. Salah satu cara beliau menambah ilmu bisnes adalah dengan menghadiri kursus dan seminar yang biasanya percuma di Sarawak.Talk, kursus tersebut biasanya akan ada perkongsian ilmu oleh mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan , dan hasil dari menghadiri kursus dan seminar itu membolehkan beliau mendapat ilmu untuk terus bersemangat menjalankan perniagaan Organic Skin By IGs.

Puan Farah Ein memberitahu rancangan impian  dan masa hadapan adalah untuk melihat jenama produk kecantikan keluaran anak Sarawak dikenali ke seluruh dunia.kami di HBT mendoakan impian beliau dimakhbulkan agar beliau menjadi wanita Sarawak yang menjadi jutawan dalam produk kecantikan sebagaimana Datuk Vida Qu Puteh dan Datuk Alif Terlajak laris.

Sebelum mengakhiri sesi temurahmah bersama kami,Puan Farah Ein ada berpesan kepada anak-anak muda jangan leka dengan dunia dan fikir tentang masa depan.


Peluang Menjana Pendapatan Sebagai Ejen dan Stokis

Ada sesiapa pembaca blog ini yang berminat dengan produk Organic Skin By IGs  dan ingin menjadi agen ?  kerana dengan cara ini Puan Farah boleh membantu mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan mahupun utama.Kata Puan Farah lagi tanamkan niat berbisnes untuk berjaya dan menjadi kaya adalah satu bonus

Berminat ? Anda boleh hubungi pengasas sendiri iaitu Puan Farah Ein atau ke alamat stokis yang dinyatakan dibawah :

Alamat Stokis HQ  :

NF INGLOWING ENTERPRISE
NO 10 TAMAN MEI LEE JALAN STAKAN KOTA SENTOSA 93250 KUCHING SARAWAK
HQ NO : 082626181
0138249924

Stokist Dan Agent Rasmi :

SABAH DAN SARAWAK (BORNEO)

SITI NAZIRA (SAMARAHAN)
0178966390

NUR AZMAHANI (KUCHING)
0138102305

SHABURAZIZAH (KUCHING)
0109774721

ZYLA ROZILA (MIRI & BRUNEI )
01125028365

FATIMAH MAT (SAMARAHAN)
0172223258

CAHAYA SUBUH (KUCHING)
0165724227

DAYANG (SAMARAHAN)
01116098716

HASINAH ABDULLAH ( KUCHING )
0149993817

MADZ AWADAH (KUCHING & BAU )
0135733825

FIEYZAH WAN (KUCHING)
01125012561

SABAH (BELUM ADA)

SEMENANJUNG MALAYSIA (MALAYA) :

KIELA (0174934779) KEDAH / PERAK

HANIE (0128687561) TERENGGANU / KEDAH

SHAZLEEN (0138826928)  KUALA LUMPUR

P/S: Berminat untuk mendapat review produk boleh hubungi kami di email - heroborneoteam@gmail.com atau pm kami di Fanpage Hero Borneo Team.

6 Komentar untuk "Kenali Pengasas Produk Kecantikan Sarawak - Organic Skin By IGs"

semoga bisnes puan Farah semakin maju tuan..aamiin

Semoga perniagaan tersebut terus maju dan mampu menyaingi produk yang lain..

Ye, sedang usaha untuk lebih berjaya lagi...

Back To Top