Panduan Kerjaya Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Panduan Kerjaya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) | Umum kita mengetahui bahawa kerjaya sebagai anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini.
Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda. 

Bagaimana Menyertai Anggota PDRM?

Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 4 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel, Sarjan dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. 

 
Inspektor (Lelaki/Wanita)
Sarjan (Lelaki/Wanita)
Konstabel (Lelaki/Wanita)
Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
Konstabel Orang Asli (Lelaki)

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat Anggota

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), www.spa.gov.my atau SPA8i.


Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. 

Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8345 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)

Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur

Calon-calon yang berjaya temuduga boleh melayari www.rmp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah membantu anda sedikit memahami tentang kerjaya dan perjalanan kerjaya anda sebagai anggota PDRM nanti. Selamat berbakti kepada negara dan masyarakat. 

0 Komentar untuk "Panduan Kerjaya Polis DiRaja Malaysia (PDRM)"

Back To Top