Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016

Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV 2016 | Bagi yang belum mengetahui status nama samada berjaya atau tidak menerima dekoder percuma MYTV, semakan secara atas talian(online) boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah. MYTV Broadcasting ini adalah unit dekoder percuma yang akan diberikan kepada 2 juta rakyat Malaysia yang dipilih secara rawak. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya?


Siaran Digital Percuma Untuk Anda


Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas, tanpa gangguan dan tanpa sebarang bayaran bulanan.


Apakah itu DTT?


Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.
Nak Pilih Pelan Internet Terbaik? – Inilah Pelan Internet Terbaik Untuk Anda
Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.


Cara Pemasangan Dan Ejen Pemasangan


Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

Baca cara pemasangan Dekoder Mytv - Klik Sini

           

Cara Semak Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV


Untuk semakan nama penerima dekoder MYTV ini, terdapat 3 cara iaitu:-

Cara Semak 1: Semakan SMS Penerima Unit Dekoder Percuma MYTV


Taip MYTV<jarak>DEKODER<jarak>NoKP & SMS ke 15888

Contoh: MYTV DEKODER 861203015555 --> 15888

Cara Semak 2: Hubungi talian khidmat pelanggan/carelines 1300 80 6988

Cara Semak 3: Semakan Online Di Laman Web MYTVBROADCASTING.MY. Ikuti langkah2 dibawah.

Langkah 1: Layari laman web rasmi http://mytvbroadcasting.my
Langkah 2: Masukkan No Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan (seperti dibawah)


Langkah 3: Lihat keputusan carian, samada berjaya ataupun tidak

Saya? Memang sudah dijangka tidak berjaya..sebab tahun ini tidak lulus permohonan BR1M. Dikatakan, MYTV ini disediakan untuk mereka yang telah mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016. 


Emak saya? Berjaya..lepas ni bolehlah terminate Astro tu, lagipun channel yang disediakan juga agak banyak. Jimatlah jugak nak bayar bil Astro setiap bulan. Planning pasang sendiri lagi bagus, nak upah ejen pemasangan perlu membayar yuran pemasangan sebanyak RM50.



Saluran Yang Ditawarkan

Antara saluran yang ditawarkan MYTV adalah TV1, TV2, TV3 suku, NTV7, TV9, TV Aljazerah, TVi, Bernama News, dan TV8. 


Anda dah semak nama anda tak? Kalau belum, sila semak disini Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV 2016

Semoga membantu!

{ 12 comments.. read them below or add one }

Nao Mei Nao Mei 28 September 2016 6:32 PTG
Tak lepas juga..hahah
Cik akak semak emak cik akak tadi..berjaya pula dah..hihi..rekorder bagus...tak perlu nak bayar bulanan macam astro
Nona Qiyah Nona Qiyah 28 September 2016 10:04 PTG
Hahhaa, tak dapat..tp h tu dpt BRIM, okayy baii, hahaha

Tq INFO
Oyong Ilham Oyong Ilham 30 September 2016 9:40 PTG
bolehlah ni kalau ada pemasangan yang gratis atau percuma ..........
Unknown Unknown 14 Oktober 2016 1:06 PTG
Mcm mana nk check sya nk check xdpt bka
Elih Japahar Elih Japahar 14 Oktober 2016 1:40 PTG
Betul, mak sy pun dapat jugak...bayar pemasangan je lah
Elih Japahar Elih Japahar 14 Oktober 2016 1:41 PTG
Ada juga yg dapat BR1M tapi tak dapat dekoder ni..nanti fasa 3 dapat jugak kot hehe
Elih Japahar Elih Japahar 14 Oktober 2016 1:42 PTG
Pemsangan boleh dibuat sendiri, tapi kalau guna ejen/kontraktor kena bayar lah
Elih Japahar Elih Japahar 14 Oktober 2016 1:43 PTG
http://mytvbroadcasting.my/ cuba link ini...cuba tadi dapat :D
arniemums arniemums 23 Oktober 2016 7:32 PTG
dah check mak saya layak jadi apa tindakan selepas itu perlu saya buat
arniemums arniemums 23 Oktober 2016 7:33 PTG
sudah semak dan emak saya layak
jadi apa tindakan saya seterusnya?
Dedaun Comel | Buat duit online Dedaun Comel | Buat duit online 19 Januari 2017 4:52 PTG
Oh macam tu rupanya.. Ingatkan susah sangat nak semak.. :)