Sikap Pekerja Kurier Pos Laju Malaysia Ini Wajar Dicontohi

Seringkali kita mendengar luahan segelintir individu bercakap mengenai situasi kerja mereka di pejabat. Kerja berlambak, tak cukup tidur, stress dengan perangai boss yang cerewet dan macam-macam lagi karenah yang biasa kita dengar.


Perlu sedar, apabila kita bekerja dengan sesebuah organisasi, kita memikul tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. Jika bekerja dengan penuh amanah dan keikhlasan demi menyara keluarga tercinta nescaya rezeki dan kehidupan akan dipermudahkan-Nya.

Menyingkap kejadian kemalangan yang menimpa seorang pekerja kurier Pos Laju Malaysia, saya amat respect dengan sikap yang ditunjukkan Saudara Nazli ni. Demi tanggungjawab nak bagi barang sampai tepat pada masanya tetapi bahaya pula yang menimpa ketika dalam perjalanan.
Apa saja yang berlaku, saya akan pastikan barang pelanggan sampai ke tangan mereka tidak kira saya kemalangan atau pun terpaksa bekerja sehingga waktu malam - Mohd Nazli Mohd Idris
Saudara Nazli dilaporkan dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang di Jalan Tasek, Simpang Ampat SPS. Lihatlah sikap terpuji beliau yang tetap memeluk erat 'amanah' yang dibawanya walau dalam keadaan cedera.


Mampukah kita se'amanah' beliau? semoga Saudara Nazli sembuh seperti sediakala dan boleh menjalankan tugas semula.


Kita semua pembeli barangan online, Saudara Nazli ini adalah salah seorang Hero kita. Kalau bukan mereka barang yang kita beli tak akan sampai depan pagar tu. Terbaik bro..respect baq hang!

Facebook - Nazli Hakim
Harian Metro - Respect Baq Hang

2 Komentar untuk "Sikap Pekerja Kurier Pos Laju Malaysia Ini Wajar Dicontohi"

memang hebt tuan blog..sda follow ya

Asalam..teman blog selamat hari raya ya...maafkan jika pernah menyakiti hati..

Back To Top