Isnin, 31 Oktober 2016

Program Job Fair Di UTC Seluruh Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016

Program Job Fair Di UTC Seluruh Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 | Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JobsMalaysia, dengan kerjasama Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan menganjurkan program JOB FAIR @ UTC yang akan berlangsung serentak di 9 lokasi UTC seluruh Malaysia.


Bagi anda yang sedang mencari pekerjaan, dinasihatkan membawa dokumen lengkap yang berkaitan beserta dengan resume untuk memohon secara terus di kaunter-kaunter temuduga terbuka majikan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam Program Job Fair ini.

Program Job Fair ini berlangsung pada ketetapan berikut:


Nama Program: Program Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016
Tarikh              : 5 November 2016 (Sabtu)
 Masa                : 10.00 pagi hingga 8.00 malam

Tempat :  
  1. UTC Alor Setar, Kedah
  2. UTC Ipoh, Perak
  3. UTC Pudu, Kuala Lumpur
  4. UTC Bandar Melaka, Melaka
  5. UTC Johor Bahru, Johor
  6. UTC Kuantan, Pahang
  7. UTC Kota Bharu, Kelantan
  8. UTC Kuching, Sarawak; dan
  9. UTC Kota Kinabalu, Sabah
M=Majikan
K=Kekosongan Jawatan

Majlis Perasmian Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016


Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat  : UTC Kuantan, Pahang
Perasmi : YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
                 Menteri Sumber Manusia

Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat JobsMalaysia di seluruh Malaysia dan UTC sebagai Hub Perkhidmatan Pekerjaan (Employment Hub) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada seluruh masyarakat, selaras dengan konsep NBOS.

Untuk persediaan temuduga, anda boleh merujuk panduan Lulus Temuduga ini - Klik sini

Maklumat lanjut, sila rujuk https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/.

Semoga berjaya...

Baca selanjutnya

Insuran Perjalanan Terbaik Di Malaysia

Insuran Perjalanan Terbaik Di Malaysia | Ramai yang masih tertanya-tanya, apakah Insuran Perjalanan (Travel Insurance) ni? sebut nama insuran pun pasti sudah terbayang perlindungan ketika melancong ke negara luar kan..

sumber: insuranterbang.blogspot.com

Insuran Perjalanan, sama seperti semua polisi insuran yang lain. Insuran ini selalunya akan menyelesaikan masalah-masalah dalam perjalanan anda dan membantu dalam masa kecemasan. Insuran Perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Harga yang dibayar untuk membeli polisi insuran dikira berdasarkan umur anda, tempoh perjalanan dan tempat perjalanan.

Walaubagaimanapun, skop perlindungan sesetengah syarikat insuran menawarkan manfaat berbeza yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk anda yang sering melancong. Insuran Perjalanan ini boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian, dan sebarang gangguan semasa perjalanan anda.

Antara perlindungan yang boleh diterima untuk Polisi Insuran Perjalanan ini adalah:
  1. Kemalangan diri
  2. Belanja perubatan dan yang berkaitan
  3. Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
  4. Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
  5. Kehilangan pasport
  6. Liabiliti diri
  7. Kelewatan bagasi
  8. Kelewatan perjalanan
  9. Rampasan kenderaan
  10. Penghantaran pulang jenazah


22 Syarikat Yang Menawarkan Polisi Insurans Perjalanan Di Malaysia

Berikut adalah syarikat yang menawarkan insurans perjalanan(travel insurance) yang popular di Malaysia. 
  1. ACE Jerneh
  2. AIG
  3. AXA Affin
  4. Allianz
  5. Berjaya Sompo
  6. Citibank
  7. Etiqa
  8. Expidea
  9. HSBC
  10. Kurnia 
  11. Lonpac
  12. Liberty Inssurance
  13. MSIG
  14. Mach by Hong Leong Bank
  15. Maybank
  16. Overseas Assurance Corporation
  17. QBE
  18. RHB
  19. Takaful Ikhlas
  20. Tokio Marine
  21. Tune Insurance
  22. Zurich
Mempunyai Polisi Insuran Perjalanan yang terbaik adalah satu ketenangan ketika mengembara dan melancong di negara-negara lain. Bak kata orang, 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'. Lebih baik bersedia sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku nanti.

Kaki Travel sana sini wajib ada Polisi Insuran Perjalanan ini. Rata-rata kadar bayaran bermula dari RM3 sehari (individu)/RM398 setahun (individu) dan RM820 setahun (seisi keluarga). Oleh itu, pemilihan dan perbandingan Polisi Insuran Perjalanan amatlah penting. Perkara paling utama yang perlu dilihat adalah fasal pengecualian yang tidak dilindungi oleh Polisi Insuran Perjalanan tersebut.

Untuk perbandingan Polisi Insuran Perjalanan(Travel Insurance Policy) terbaik di Malaysia, anda boleh melihat kada bayaran dan perlindungan di laman web perbandingan ini - Klik Sini

Baca selanjutnya

Khamis, 27 Oktober 2016

Awek Orang Pun Nak Kacau Ke Bodoh !

Pernah suatu ketika dulu, saya dan rakan saya ke pekan untuk membeli barang keperluan asrama. Tiba-tiba seorang lelaki berbadan sado lalu dengan kami dan saya terlanggar bahu dia, disebabkan ruang sempit terlalu ramai orang dikawasan itu.

"Minta maaf bang, saya tidak sengaja" saya meminta maaf sebab memang tak sengaja terlanggar dia. Lelaki itu cuma jeling saya dengan muka bengis macam nak belasah saya saja. Sesudah itu, saya tundukkan kepala, duit RM50 tercicir dari poket jaket lelaki tadi.

"Bang, bang...!" saya memanggil dengan kuat. "Apahal? mau minta tumbuk kah?" sambil awek sebelah dia pegang tangan dan menarik-narik, katanya "sudah lah tu bang, budak sekolah lagi tu?" ...dan kedua pasangan ni terus blahh dari situ..

Duit RM50 tu apa saya buat? beli Kentucky Fried Chicken (KFC) jugak macam bro Safuan Safri ini..haha..


Lelaki yang hensem tak akan marah-marah orang depan awek dia percayalah..kecuali ada benda nak ditunjukkan, atau saja minta perhatian dengan awek dia..

Dalam situasi bro Safuan Safri ni, rasanya elok panggil lelaki tu je untuk serahkan duit tu..situasi macam saya diatas, kalau panggil awek dia tu confirm saya kena belasah...tapi tak apalah, kira rezeki lah tu bro, haha..

Pengajaran dia, kalau orang panggil janganlah bersangka buruk sangat. Seeloknya jawab kenapa? disebabkan sombong dan ego diri sendiri yang rugi..


Baca selanjutnya

15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia

15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia | Kereta adalah satu aset penting dalam kehidupan kita. Tanpa kereta, kita akan sukar bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk  menjalankan sebarang urusan kerja dan pelbagai tujuan lain.

15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia

Selesai saja menamatkan pengajian di IPTA/IPTS, anda pasti akan memasang impian mempunyai kerjaya dan memiliki sebuah kereta idaman anda, bukan? ini memang hakikat yang kita tidak boleh nafikan lagi. Kereta merupakan keperluan dalam kehidupan kita.


15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia

Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan Pinjaman Kereta (Car Loans) yang anda harus tahu. Setiap bank mempunyai faedah pinjaman yang berbeza-beza, perkara ini perlu dimabil perhatian sebelum memohon pinjaman kereta nanti.

Berikut adalah senarai 15 Bank Yang Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia setakat ini:

1. AmBank
2. Alliance Bank
3. Affin Bank
4. Al-Rahji Bank
5. BSN
6. Bank Rakyat
7. Bank Muamalat
8. Bank Islam
9. CIMB Bank
10. Hong Leong Bank
11. Kuwait Finance House
12. Maybank
13. RHB Bank
14. Mach By Hong Leong Bank
15. Public Bank

Dan, tambahan satu lagi agensi yang boleh memberikan pinjaman kereta iaitu Malaysian Building Society Berhad (MBSB).

Panduan & Cara Buat Loan Kereta Di Bank

Saya yakin anda yang ingin membeli kereta akan tertanya-tanya dan ingin tahu cara buat loan kereta di bank kan? Mula-mula, anda hendaklah memilih dahulu kereta yang anda nak beli dan pastikan sesuai dengan gaji dan kemampuan anda.

Selepas itu, anda perlu sediakan dokumen wajib buat loan kereta yang diperlukan oleh pihak bank. Dokumen untuk memohon loan kereta adalah seperti :

1. Salinan Kad Pengenalan (KP)
2. Salinan Lesen Memandu
3. Salinan Slip Gaji Selama 3 Bulan Terkini
4. Penyata Akauan (Bank Statement) Terkini

Kriteria Dan Syarat Kelulusan Pinjaman Kereta

Kebiasaanya, pegawai bank yang bertugas untuk permohonan loan kereta anda akan melakukan beberapa semakan terhadap nama anda. Dokumen yang berkaitan juga harus disediakan termasuk Guarantor atau Penjamin.

1. Tidak tersenarai blacklist atau bankrup.
2. Dokumen lengkap seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Slip Gaji dan Bank Statement.
3. Bayaran ansuran kereta hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji bersih bualanan anda.
4. Anda wajib mempunyai guarantir sekiranya anda tidak mempunyai Lesen Memandu atau jika bayaran ansuran kereta melebihi 1/3 daripada gaji bersih anda. Guarantor seboleh-bolehnya ibubapa, ahli keluarga atau suami/isteri anda. Guarantor juga harus mempunyai pendapatan tetap.

Contoh Pengiraan 1/3 Gaji LULUS Loan Kereta (Tanpa Guarantor):
Bayaran Ansuran Bulanan Kereta - RM700
RM700 X 3 = RM2100 -layak
Gaji anda = RM2500

Minimum gaji anda seharusnya RM2100 dan keatas untuk membolehkan pinjaman kereta anda diluluskan tanpa guarantor.

Contoh Pengiraan 1/3 Gaji LULUS Loan Kereta(Dengan Guarantor):
Ansuran Bulanan Kereta: RM700
Gaji Anda: RM1700
Gaji Guarantor: RM1500
Jumlah Gaji Guarantor+Gaji anda: RM3200
Maka, RM3200/3 = RM1066.67

Sekiranya ansuran bulanan melebihi 1/3 gaji maka, guarantor diperlukan. Dalam pengiraan diatas, anda masih layak membeli kereta yang beransuran bulanan sehingga RM1000.

Contoh Pengiraan Loan Kereta (ansuran bulanan):
B - Bayaran ansuran bulanan
P - Jumlah pinjaman
i  - Kadar faedah tahunan (%)
L - Tempoh pinjaman dalam kiraan tahun

Rumus pengiraannya adalah,

B = P X ( 1 + (i/100*9)) / L /12

Jika,

Elih membuat pinjaman kereta sebanyak RM100,000 (P) dengan kadar faedah sebanyak 3.5%(i) setahun. Tempoh pembayaran balik pinjaman kereta yang diambil adalah 9 tahun (L). Berapakah ansuran bulanan yang harus dibayar oleh Elih setiap bulan?

B = 100,000 X (1+(3.5/100*9)/9/12
B = 100,000 X (1+0.315)/9/12
B = 131,500/9/12
B = RM1217.59 (Ansuran Bulanan

Anda faham? nak buat loan kereta ni sekarang memang mudah. Apatahlagi, sudah anda permohonan secara online di laman web Boleh Compare ini.

Sekiranya dokumen yang saya terangkan diatas telah lengkap, anda bolehlah berhubung dengan Salesman/Salesperson kereta anda dan memaklumkan bahawa anda sudah memohon pinjaman dan minta dia hantar dokumen anda ke bank untuk proses kelulusan atau anda datang sendiri ke bank.

Cara Memohon Loan Kereta Secara Online

Permohonan secara online ini dijamin 100% selamat. Ini kerana tiada sebarang dokumen yang diupload secara online, apa yang anda perlu buat adalah hanya isi maklumat berkaitan nama, nombor telefon, maklumat gaji dan sebagainya.


Dengan Boleh Compare, kalkulator pengiraan pinjaman kereta, pilihan sebanyak 15 bank di Malaysia, interest rate, dan anggaran ansuran bulan terus dipaparkan dalam satu halaman sahaja. Menariknya, permohonan online menggunakan laman web ini menjimatkan masa anda kehulu kehilir mencari bank yang terbaik.

Untuk permohonan secara online, klik sahaja button APPLY NOW seperti yang saya tunjukkan diatas dan isikan maklumat yang diminta. Tunggu sehingga 3 hari bekerja dan pegawai bank akan menghubungi anda untuk mengemukakan dokumen yang dikehendaki.

Sila semak email anda selepas permohonan, dokumen yang dikehendaki ada dinyatakan disana bagi memudahkan anda menyediakan dengan lengkap.

Mohon Pinjaman Kereta Secara Online Sekarang - APPLY NOW



Semoga mempermudahkan urusan anda...

Baca selanjutnya

Isnin, 24 Oktober 2016

Cara Masukkan File PDF Dalam Postingan Blog

Cara Masukkan File PDF Dalam Postingan Blog | Menghasilkan artikel yang kemas dan lengkap beserta ayat menggunakan kunci keyword yang mesra seo akan mempercepatkan ranking sesebuah artikel diindex oleh enjin carian. Artikel yang lengkap dengan informasi pastinya memberi faedah kepada pengunjung blog anda.

Kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana memasukkan fail PDF kedalam postingan blog agar mudah dibaca oleh pengunjung tanpa printscreen dan menyalin semula ayat dari file PDF tersebut. 

Cara Masukkan File PDF Dalam Postingan Blog

Untuk memasukkan file PDF yang anda kehendaki, ikuti langkah demi langkah yang saya terangkan dibawah ini. Sebelum mula, pastikan anda sudah memuat-turun file PDF tersebut kedalam komputer dan paling penting anda sudah mempunyai akaun Gmail google.

Langkah 1 : Log in ke https://www.google.com/drive/

Langkah 2: Pilih NEW dan klik File Upload (pilih file PDF dari komputer anda)

Langkah 3: Right Click pada file PDF yang telah diupload dan klik Preview kemudian Open New Window

Langkah 4: Klik pada button disebelah gambar profile anda (1), dan pilih Embed Item

Langkah 5: Copy kod HTML seperti dibawah

Langkah 6: Log in ke akaun Blogger anda --> Create New Post -->Pastekan kod HTML diatas kedalam postingan (klik HTML kemudian Paste). Klik semula Compose, dan lihat file PDF akan muncul pada postingan blog anda.

Untuk melihat artikel yang saya pernah publish dan meng'upload'kan file PDF, baca artikel dibawah...


Mudah kan? Ianya sangat memudahkan pengunjung blog anda untuk membaca infomasi yang hendak disampaikan. Cara ini juga boleh digunakan untuk memasukkan file PDF, Powerpoint, dan juga Excel. Ikuti langkah yang sama.

Semoga membantu...

Baca selanjutnya

Ahad, 23 Oktober 2016

Kalendar Cuti Umum & Cuti Persekolahan Malaysia Bagi Tahun 2017

Kalendar Cuti Umum & Cuti Persekolahan Malaysia Bagi Tahun 2017 | Tahun 2016 hampir dipenghujungnya, bagi anda yang bekerja di perantauan Kalendar Cuti Umum, Cuti Negeri dan Cuti Persekolahan Malaysia Tahun 2017 ini akan menjadi panduan untuk menetapkan tarikh bercuti.

Mungkin ada juga diantara anda yang mahu membeli tiket penerbangan balik kampung halaman pada hari kelepasan umum Malaysia ini nanti. Biasalah, perancangan awal itu lebih baik memandangkan tiket agak murah jika dibeli dengan awal. Untuk pembelian tiket pun lebih mudah dengan adanya Airpaz.

Berikut adalah Kalendar Cuti Umum, Cuti Negeri & Cuti Persekolahan Malaysia Bagi Tahun 2017. Anda boleh memuat-turun kalendar ini dalam bentuk pdf dan print untuk rujukan anda nanti.


Untuk melihat secara terperinci Cuti Hari Kelepasan Am Bagi Kerajaan Persekutuan Malaysia 2017. Anda boleh memuat-turun jadual tersebut pada link dibawah.
Muat-turun sini - Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Tahun 2017 
Manakala, bagi Cuti Penggal Persekolahan Tahun 2017 boleh dimuat-turun melalui link dibawah ini.
Muat-turun sini - Cuti Penggal Persekolahan Tahun 2017


Planner Tahun 2017

Sebagai langkah penjimatan membeli Planner di kedai buku, disini saya kongsikan dengan anda planner tahunan dan bulanan untuk tahun 2017. Semoga dengan adanya planner 2017 ini, urusan dan perancangan cuti dan kerja anda berjalan dengan lancar.


Sekian, dan semoga kalendar dan planner ini membantu anda nanti.

Baca selanjutnya

Jumaat, 21 Oktober 2016

Teks Penuh Intipati Dan Ucapan Pembentangan Bajet 2017

Teks Penuh Initipati Dan Ucapan Pembentangan Bajet 2017 | Ucapan Pembentangan Bajet Tahun 2017 baru sahaja selesai sebentar tadi. Banyak penambahbaikan, peruntukkan, dan perbelanjaan yang menjurus kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2017


Bagi memudahkan anda yang mahu memuat turun teks ucapan pembentangan penuh Bajet 2017 yang disampaikan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Disini saya kongsikan dengan anda, teks ucapan penuh pembentangan Bajet 2017.



Intipati Bajet Tahun 2017


Manakala, untuk melihat Intipati Bajet 2017 anda boleh membaca atau memuat turun pdf tersebut dibawah ini.



Semoga dengan inisiatif kerajaan ini dapat meringankan bebanan rakyat Malaysia khususnya. Dalam Intipati Bajet 2017 ada dinyatakan kenaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagi yang layak, tahniah kepada yang tak dapat jangan risau, ada rezeki lain untuk kita nanti ehehee..



Semoga membantu!..

Baca selanjutnya

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016. Bonus 2017?

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016 | Jika dilihat berdasarkan sejarah pemberian bonus penjawat awam, pemberian bonus setiap tahun ini bermula ketika Tun Mahathir  Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Nilai RM400 pada tahun 1993 amat jauh berbeza dengan nilai wang pada masa sekarang ini. Namun, sejarah membuktikan bahawa tidak ada perubahan besar pada pemberian bonus kepada penjawat awam di Malaysia.

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016

Kali ini, kita sama-sama melihat sejarah pemberian bonus kakitangan kerajaan sejak Pembentangan Bajet 1993 sehingga 2016.

Tahun      Jumlah Pembayaran Bonus

1993  Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994  Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1995  Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1996  Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1997  Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998  Bantuan Khas Kewangan RM400
1999  Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
2000  Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001  Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
2002  Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
2003  Bonus satu bulan gaji kakitangan awam

Pada tahun 2003 ini, penyerahan kuasa sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir  Bin Mohamad kepada Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Sambil disaksikan oleh Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang sedang menunggu gilirannya pula.
Bermulalah kekuasaan dibawah Perdana Menteri kita yang ke-5, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Pada tahun 2006, penjawat awam pertama kali dalam sejarah mendapat 2 bulan gaji bonus pada tahun berkenaan.

Tahun     Jumlah Pembayaran Bonus 

2004  Bonus 1 setengah bulan gaji (Gaji RM1000) dan minimum RM1500 (Gaji >RM1000)
2005  Bonus 1 setengah bulan gaji (Gaji RM1000) dan minimum RM1500 (Gaji >RM1000)
2006  Bonus 2 bulan gaji (Gaji <RM750 dan minimum RM1500 (Gaji >RM750)
2007  Tiada Bonus penjawat awam (Kenaikan Gaji dan Cola) 
2008  Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1000)

Pada tahun 2008, peralihan kuasa diantara Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak berlaku.
Dan, sehingga sekarang ini masih dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Tahun   Jumlah Pembayaran Bonus Atau Bantuan Khas 

2009  Bantuan Khas Kewangan RM500
2010  Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011  Bonus 1 bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012  Bonus 1 setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan - minima RM1500)
2013  Bantuan Khas Kewangan RM500
2014  Bayaran khas RM500
2015  Bayaran khas RM500
2016  Bayaran khas RM500
2017  Bayaran Khas RM500 dan RM250 (pesara kerajaan)

Pembentangan Bajet 2017dijangka akan bersiaran langsung pada pukul 4 petang hari ini, 21 Oktober 2016. Teks Ucapan  Bajet 2017 akan dikemaskini dan boleh dimuat turun melalui laman web rasmi berikut :

1. Kementerian Kewangan Malaysia -  http://www.treasury.gov.my/ 
2. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia - http://www.customs.gov.my/
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - http://www.hasil.gov.my/
4. Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my/
5. Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my/

Sejurus selepas Ucapan Bajet 2017 selepas dibentangkan di Dewan Parlimen Malaysia nanti.

Kita semua mengharapkan agar bajet kali ini banyak membantu dan  mensejahterakan rakyat Malaysia sesuai dengan tema pembentangan bajet 2017 kali ini.

Baca selanjutnya

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017 | Bajet 2017 akan dibentangkan pada 21 Oktober 2016 ini. Tema "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" adalah menjadi fokus bajet belanjawan kali ini. Apakah fokus kerajaan untuk kesejahteraan rakyat? semua ini kita akan dengar semasa perbentangan Bajet 2017 nanti.

Pastinya pengumuman bonus akan mengembirakan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia. Namun, ramai juga penjawat awam yang tidak mengharapkan bonus tetapi meminta kerajaan menyelaraskan gaji dan elaun kakitangan kerajaan memandangkan kos hidup masa kini semakin meningkat. Ada juga kakitangan awam yang merasakan mereka berhak mendapat bonus dan bukannya saguhati. Macam-macam pandangan yang diutarakan..

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) telah mengutarakan permohonan tuntutan bonus sebanyak 2 bulan gaji.
Baca artikel - CEUPACS Kekal Tuntutan Bonus 2 Bulan
Selain itu, CEUPACS juga mengharapkan Bajet 2017 memberikan inisiatif lebih baik untuk penjawat awam nanti. - Bajet 2017.
Baca artikel - CEUPACS Gesa Inisiatif Lebih Baik Untuk Penjawat Awam


Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017


Seperti kebiasaannya bagi tahun-tahun sebelumnya, kerajaan Malaysia akan melakukan pembayaran bonus 2017 bagi kakitangan awam pada awal bulan Januari. Manakala, sekitar minggu ketiga adalah arikh pembayaran gaji 2017 bagi bulan Januari 2017.

Jadi, bilakah tarikh pemberian bonus penjawat awam untuk tahun 2017?

Tarikh: Awal Bulan Januari 2017 (akan dikemaskini kemudian) - 3 Januari 2017
Bayaran Bonus Penjawat Awam: Dijangka Bonus/Bantuan Khas RM500
Bayaran Pesara Kerajaan/Pencen: Dijangka Bonus/Bantuan Khas RM250

Rujuk Surat  Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2016 - Klik sini

Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dikemaskini selepas pengumuman dan pekeliling telah dikeluarkan. Selagi tiada pekeliling rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) tarikh bayaran bonus 2017 akan berjalan seperti tarikh yang telah ditetapkan sebelumnya.


Siaran Langsung Ucapan Bajet 2017 - Baca sini
P/S: Diharapkan dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban kos sara hidup kakitangan kerajaan. Walau apa pun keputusan kerajaan nanti, bersama-sama kita nantikan.

Baca selanjutnya

Khamis, 20 Oktober 2016

Ucapan Bajet 2017

Bajet 2017 yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen pada hari jumaat, 21 Oktober 2016. Ucapan Bajet 2017 ini akan disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia.
Bajet 2017 ini merupakan bajet dibawah Rancangan Malaysia Ke-11. Dan, Bajet 2017 kali ini memfokuskan Memperkukuhkan Pertumbuhan, Memperluas Keterangkuman, dan Memastikan Kemapanan Fiskal dan bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat".

Siaran Langsung Perbentangan Bajet Belanjawan Malaysia 2017
Untuk memastikan anda tidak terlepas Ucapan Bajet 2017 ini, berikut adalah jadual perbentangan ini akan Live Streaming di 7 saluran televisen pada masa dan tempat yang sama.

Tajuk: UCAPAN BAJET 2017
Tarikh: 21 OKTOBER 2016 (JUMAAT)
Masa: 4:00 PETANG
Siaran Langsung: RTM1, RTM2,TV3, BERNAMA TV, NTV7, TV9, ASTRO DAN AL-JAZERAH

Teks Ucapan  Bajet 2017 akan dikemaskini dan boleh dimuat turun melalui laman web rasmi berikut :

1. Kementerian Kewangan Malaysia -  http://www.treasury.gov.my/
2. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia - http://www.customs.gov.my/
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - http://www.hasil.gov.my/
4. Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my/
5. Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my/

P/S: Kita mengharapkan Bajet 2017 lebih mensejahterakan rakyat Malaysia. Bonus penjawat awam?? dapat atau tidak, kita sama-sama dengarkan nanti, mungkinkah 'pemberian khas' atau 'bantuan khas' RM500 lagi? ermm..

Baca selanjutnya

Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018 | Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Walaubagaimanapun mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. 

Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kini, pelajar juga boleh memohon sendiri melalui permohonan melalui internet (PMI) bagi memudahkan proses permohonan. Walaubagaimanapun, pembelian nombor PIN di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) masih diamanahkan kepada guru yang dipertanggungjawabkan mengurus PMI sekolah berkenaan.

Sekolah Yang Boleh Menggunakan PMI (kecuali jika bermasalah)

A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
G. Sekolah Berprestasi Tinggi.

Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

Untuk memohon Program Matrikulasi secara onlien, pelajar haruslah mempunyai nombor PIN terlebih dahulu. Terdapat 2 cara untuk mendapatkan nombor PIN tersebut iaitu:

Cara 1: Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.    

Cara 2: Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja). Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.

Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.

Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN.

Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500
(Contoh Resit BSN) 

Pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:

          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM 
          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PIN 5 Digit.

Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 30 November 2016 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.

Panduan Mengisi Borang Permohonan Online? - Klik Sini
Permohonan Melalui Internet (PMI) - Mohon Sini

Tempat Pengajian

Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2016



Semoga berjaya!..

Baca selanjutnya

Jumaat, 14 Oktober 2016

10 Keistimewaan SSPN-i Plus

10 Keistimewaan SSPN-i Plus | Sebagai Ejen Pemasaran Online (EPO) SSPN-i Plus, saya akan terangkan sekali lagi, dan mungkin berulang-ulang kali tentang kelebihan dan keistimewaan menabung dengan SSPN-i Plus ini. 

Saya percaya, ramai ibubapa yang sudah memahami konsep simpanan pendidikan dan perlindungan takaful SSPN-i Plus ini. Menariknya, simpanan pendidikan anak atau diri sendiri ini melindungi kita(pendeposit) dan anak-anak.

Keistimewaan SSPN-i Plus

Disamping melindungi Pendeposit, SSPN-i Plus juga mempunyai 10 keistimewaan yang HARUS anda tahu. 

Antara 10 Keistimewaan SSPN-i Plus adalah:

1. Simpanan Dijamin Kerajaan Malaysia
2. Dividen Kompetetif
3. Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM12,000
4. Khairat Kematian Termasuk Pasangan dan Sehingga 3 Orang Anak
5. Elaun Kemasukan Hospital
6. Manfaat Takaful Bagi 36 Jenis Penyakit
7. Manfaat Perlindungan Takaful Sehingga RM1,000,000 (Pakej Berlian)
8. Tiada Pemerikaan Kesihatan
9. Komitmen Simpanan Bulanan Serendah RM30 Sebulan
10. Layak Memohon Pinjaman PTPTN

Rasanya dengan 10 keistimewaan saja pun dah memadai untuk membezakan kelebihan SSPN-i Plus dengan simpanan-simpanan lain. Nampak dengan jelas tujuan SSPN-i Plus ini adalah untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak kita.

Lebih menarik, SSPN-i Plus juga menyediakan Cabutan Wow 3 kali setahun. Untuk sesi 2016/17 saja pun sebanyak RM1,500,000 diperuntukkan untuk cabutan wow ini. Bernasib baik, anda mungkin salah seorang pemilik Honda Jazz, Proton Perdana, Apartment maupun RM2,000 tunai setiap cabutan.

Bacalah entry berkaitan dibawah untuk lebih memahami simpanan SSPN-i Plus..

Jadilah ibubapa yang bijak untuk masa depan anak-anak anda. Cara membuka akaun SSPN-i Plus ada saya terangkan pada entry diatas. Ikuti langkah demi langkah, dan jika ada kekeliruan sila komen dibawah atau hubungi saya.



Selamat menabung!

Baca selanjutnya

Khamis, 13 Oktober 2016

Coconut Shake Terbaik Di Matang Jaya, Kuching

Coconut Shake Terbaik Di Matang Jaya, Kuching | Hampir setiap hari saya akan membeli di gerai Coconut Shake ini. Hinggakan kalau saya sampai saja, abang baju hitam ni dah tau apa yang saya nak beli..

"Boss, Coconut Shake berapa cup?" selalunya saya pesan 3 cup untuk anak dan isteri di rumah. Kadang-kadang bila terlambat sikit hanya 1 cup saja yang saya sempat beli. Itupun cup kecil...huhu!

Coconut Shake memang sedap diminum, tambahan pula jika cuaca panas terik. Bukan Coconut Shake saja yang dijual, malah air oren, air kelapa segar, air bandung dan jelly kelapa.


Kebiasaannya, gerai ini dibuka pada waktu tengah hari. Dan, saya mula perasan abang ni dah tambah coldbox 2 lagi extra untuk Coconut Shake..wah! bisnes banyak laku bang?? kalau singgah beli air pada jam3-4 petang, lihatlah air dalam balang tu..dekat nak habis..

Dengan izin brader ni, saya sempat snap gambar depan gerai dia. Tak dapat nak sembang sebab parking betul-betul ditepi jalan raya, banyak kereta yang lalu tempat ni.

Lokasi Gerai Coconut Shake Matang Jaya


Sekiranya ada sesiapa orang Kuching, Sarawak yang berminat membeli Coconut Shake brader ni..silakan datang di Matang Jaya dan cari Everise Mall. Gerai ini berada di depan Everise Mall sahaja. Senang cari...banner besar tu hehe..


Panduan Bisnes Jual Coconut Shake/Air Balang



Dapatkan panduan Bisnes Jual Air Balang INI dan anda akan diberikan Resepi Terbaik Jus Kedondong Asam Boi, Coconut Shake, Jus Durian Belanda dan Air Soya secara PERCUMA.

Mulakan bisnes jual air sekarang dan jana pendapatan RM7K sebulan - Berminat dengan bisnes ini? Klik sini

P/S: Semoga bisnes brader ni lebih maju di masa akan datang, saya salah seorang pelanggan tetap anda..

Baca selanjutnya

Name Card Elih Japahar By Pixajoy

Name Card Elih Japahar By Pixajoy | Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Lea Azleeya kerana sudi kongsikan entry berkaitan Name Card FREE ini. Saya sebenarnya agak segan nak tunjuk Name Card ni, maklumlah blog baru 4 bulan. Masih terlalu awal agaknya saya mempunyai Name Card ni, tapi tak apa..simpan saja untuk digunakan pada masa akan datang, manalah tau rezeki dapat review produk/bisnes client kan..

Name Card Pixajoy Kualiti Terbaik 

Sebelum ini, saya pernah mempunyai name card untuk urusan kerja dengan harga RM35/100 keping di kedai printing. Tetapi berbeza kualiti dengan name card yang dihasilkan oleh Pixajoy ni, saya rasa sangat berpuas hati kerana terdapat 3 pilihan Card Paper iaitu:

1. Art Card 260 gsm with Gloss Lamination
2. Art Card 260 gsm with Matte Lamination
3. Fine Card Super White
Dan, name card saya adalah jenis Gloss Lamination. Card Paper yang agak tebal dan tidak mudah dilipat. Jika dimasukkan dalam dompet pun kad ini masih boleh bertahan lama.
 Hah, tengok tu? berkilat name card saya ni..rasa-rasa laku tak? haha..dengan siapa nak bagi kad ni pun tak tau lagi...

Produk Ditawarkan Pixajoy


Selain name card, Pixajoy juga menawarkan produk lain seperti Photobook, Sticker, Wall Art, dan Children Book.

Untuk pengetahuan anda, kos untuk membuat Name Card ini adalah RM0 (FREE). Saya hanya membayar untuk kos penghantaran sebanyak RM12 sahaja. Promosi name card masih ada dan mungkin anda juga berminat menggunakan perkhidmatan Pixajoy.

Untuk Tempahan:

http://www.pixajoy.com.my/

P/S: Jika anda memerlukan khidmat review produk/bisnes yang anda usahakan sekarang Hero Team Borneo (HBT) adalah alternatif terbaik untuk anda.

Terima kasih Pixajoy!

Baca selanjutnya

Rabu, 12 Oktober 2016

57 Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di JPA Malaysia

57 Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di JPA Malaysia | Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menjalankan pengisian kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan akan ditempatkan di Jabatan Kerajaan di seluruh negara.

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan tersebut..

Jawatan Kosong: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Bilangan Kekosongan: 57 Kekosongan
Kelulusan/Kelayakan: SPM/SVM/SKM

Iklan Kekosongan Jawatan - Klik Sini

Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas) - Baca sini

Permohonan untuk jawatan kosong ini adalah sepanjang masa di www.spa.gov.my. Namun bagi anda yang sudah memohon untuk jawatan ini, anda tidak perlu memohon semula tetapi perlu memastikan tempoh sah permohonan anda masih valid.

Untuk permohonan baru, anda boleh memohon jawatan ini sehingga 23 Oktober 2016, jam11:59 tengah malam.

Persediaan Temuduga

Untuk mempersiapkan diri anda menghadiri temuduga nanti, saya syorkan anda mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Cemerlang ini sebagai rujukan dan panduan dalam mempelajari etika berpakaian, panduan menjawab soalan ketika di bilik temuduga dan terdapat 51 contoh template penulisan resume didalam ebook ini. 



Alaa..nak berjaya temuduga apa salahnya labur sikit modal tu kan? kalau berjaya nanti cerah masa depan keluarga awak nanti..

Semoga berjaya untuk dipanggil temuduga nanti..

Baca selanjutnya

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online | Bagi memudahkan pencarum EPF/KWSP menyemak penyata bulanan atau tahunan, melihat sejarah pengeluaran, dan membuat e-pengeluaran. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan pendaftaran i-Akaun online KWSP.

Kemudahan Yang Terdapat Pada i-Akaun

Pastinya kemudahan i-akaun ini semata-mata untuk memudahkan urusan anda dengan KWSP. Antara kemudahan yang boleh dinikmati adalah:

1. Memohon E-Pengeluaran
2. Menyemak Penyata KWSP Tahun Terkini dan Sebelumnya
3. Menyemak Status Pengeluaran dan Sejarah Pengeluaran
4. Mengira Anggaran Jumlah Layak Untuk Pengeluaran, Simpanan dan Pelaburan
5. Mengemaskini Profil Termasuk Alamat Surat-Menyurat
6. Menyemak Log Aktiviti i-Akaun
7. Menyemak Aktiviti Transaksi KWSP Terkini


Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Secara Online

Perkara paling penting sebelum mendaftar i-Akaun KWSP adalah mendapatkan KOD PENGAKTIFAN. Kod pengaktifan ini digunakan untuk pendaftaran kali pertama sahaja. Terdapat tiga(3) cara untuk medapatkan kod pengaktifan ini.

1. Menerusi Kiosk KWSP (dimana-mana cawangan KWSP/UTC)
2. Menerusi kaunter KWSP dicawangan seluruh negara
3. Menghubungi pusat panggilan pelanggan di nombor 03-89226000 dan kod pengaktifan akan di SMS ke telefon bimbit anda

Setelah mendapat Kod Pengaktifan tersebut, anda boleh melakukan proses pendaftaran 'kali pertama'. Ikuti langkah-langkah dibawah:

- Layari laman web http://www.kwsp.gov.my

1. Pilih log in ke i-Akaun Ahli

2. Klik Pengaktifan i-Akaun (Log in kali pertama)

3. Pilih 'Setuju' dan 'Seterusnya'

4. Isikan No. Mykad/IC
5. Isikan Kod Pengaktifan (6 digit - dapatkan melalui 3 cara diatas)

6. Cipta ID Pengguna (Username)
7. Cipta Kata Laluan (Password)
8. Pilih Soalan Rahsia (No1-3 - Soalan berbeza-beza)
9.  Pilih Jawapan Rahsia (No1-3 - Soalan berbeza-beza)

10. Pilih Imej Online
11. Pilih Frasa Rahsia dan klik Seterusnya

12. Skrin pengaktifan BERJAYA akan dipaparkan, anda sudah selesai dan boleh log in i-Akaun anda

Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan i-Akaun - Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online



Perkhidmatan secara atas talian (online) ini bukan saja menjimatkan masa malah memudahkan urusan membuat salinan penyata tahunan terkini untuk urusan-urusan...

1. Membuat pinjaman peribadi
2. Permohonan kad kredit
3. Pinjaman kenderaan
4. Pelaburan 
5. Pengeluaran Deposit Pinjaman Perumahan

Dan, banyak lagi..

Selepas ini, saya akan kongsikan bagaimana proses pengeluaran wang simpanan KWSP untuk skim pencen. Penjawat Awam yang mengambil skim pencen pastinya tertanya-tanya bagaimana proses permohonan pengeluaran mereka. Akan diterangkan pada artikel akan datang.

Baca selanjutnya

Isnin, 10 Oktober 2016

10 Faktor Kenapa Masih Gagal Dalam Bisnes

10 Faktor Kenapa Masih Gagal Dalam Bisnes | Sejak menyertai Hero Borneo Team (HBT) , saya banyak membaca mengenai strategi perniagaan. Memandangkan salah satu tugasan kami adalah mem'viral'kan produk dan perniagaan pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan kami. Mungkin salah satunya boleh dicuba untuk perancangan selepas pencen atau berhenti kerja nanti. 
Terdapat banyak jenis perniagaan yang berpotensi untuk dikomersialkan di negara kita ini. Banyak perniagaan yang boleh dibuat secara sambilan mahupun sepenuh masa seperti Bisnes Air Balang, Bisnes Jual Burger, Bisnes Aiskrim, Menternak Kambing, Bisnes Fotografi, Menjadi Penulis Novel/Ebook, Menjual Barangan Borong dan banyak lagi.

Jika tidak menjalankan perniagaan, kita juga boleh menambah pendapatan dengan Pelaburan Emas, Menceburi Pelaburan Saham, Rumah Lelong, Pelaburan Unit Trust, dan Pelaburan ASB. Semua ini memerlukan pengetahuan, dan usaha barulah seseorang itu akan berjaya. Salah satu rahsia kejayaan adalah Bersedekah, barulah Rezeki itu datang dengan iringan Doa dengan sokongan keluarga dan Orang Tersayang.

Walaupun banyak pilihan perniagaan yang terbuka luas, namun ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak berjaya dalam dunia bisnes. Tapi, kenapa masih ramai yang GAGAL dalam bisnes...Ilmu sudah ada. Tapi masih tak menjadi. Kalau menjadi pun, kadang-kadang saja. Sale masih juga tidak konsisten. Ada hari banyak sale. Ada hari, langsung tiada sale.

Kenapa jadi macam ni?

Hari ini saya mahu kongsikan 10 Faktor Kenapa Masih GAGAL Dalam Bisnes. Semoga ia menjadi peringatan kepada semua, termasuklah diri saya...

(1) Ego dan Rasa Selesa 
Rasa selesa dengan keadaan sekarang. Contoh: Rasa selesa dengan gaji RM3,500. Kenapa nak cari lebih. Sedangkan hakikatnya, sampai tengah bulan sahaja, poket dah kering.

(2) Takut 
Takut untuk memulakan sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa. Takut untuk mencuba, membuat perubahan, takut persepsi orang lain, takut gagal, dan macam-macam takut lagi. Entah apa yang ditakutkan tak tahulah...

(3) Rasa Tak Layak
Berperasaan tidak layak untuk jadi kaya dan lebih berjaya. Rasa lebih layak dengan keadaannya seadanya...

(4) Suka Bertangguh 
Nanti dulu, rileks dulu, esoklah, minggu depanlah, bulan depanlah, tunggu modal cukup dululah. Nak fast result, tapi tak mahu fast action!

(5) Suka Beralasan
Aku sibuklah, tiada masa. Bisnes ni tak sesuailah. Bisnes tu tak sesuailah. Aku tak retilah. Tak ada modal lagi sekarang ni. Macam-macam sahaja alasan...

(6) Mudah Terpengaruh Dengan Perkara Negatif 
Mudah dengar kata orang tentang sesuatu sedangkan belum tengok lagi macamana. Orang kata negarif sahaja, terus down. Hilang semangat, semangat yang menghilang. Terus hilang fokus. Sebab apa? Tidak mencari persekitaran yang positif dan berkawan dengan orang-orang yang
positif. Jadi, UBAH SEKARANG!

(7) Tiada Kesungguhan
Tidak fokus dan bersungguh-sungguh dengan apa yang mahu dicapai. Sekadar cakap-cakap sahaja. Hanya buat sambil lewa, macamana nak berjaya?

(8) Suka Menyalahkan Orang Lain
Menyalahkan orang lain kerana tidak berjaya. Macam-macam sebab timbul. Tidak dapat bantuanlah,
kena sailanglah, maklumat tak cukuplah. Sedangkan tak study nature bisnes tu betul-betul.

(9) Tiada Keyakinan Diri
Aku tak yakinlah bisnes ni boleh pergi jauh. Susahlah nak cari customer. Nanti kalau kena reject atau
orang taknak, macamana? Belum mula lagi dah kata gagal. Macamana nak berjaya!

(10) Tiada Matlamat Jelas
Buat sesuatu bisnes ala kadar sahaja. Ada masa, buat. Tiada target dan matlamat untuk dicapai apabila berbisnes. Bila gagal, mula menyalahkan orang, keadaan. Itu sebab bisnes tidak maju atau langsung tidak mula.

Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Kenali diri dan penghalang anda untuk berjaya. Kalau nak buat sesuatu, buatlah sungguh-sungguh sampai jadi. Bila tak jadi, barulah kita fikirkan semula mana yang sesuai untuk kita.

Tujuan buat bisnes (samada part time @ full time) sebab nak tambah income. Nak naik taraf ekonomi keluarga. Nak bantu keluarga. Tapi, kalau selalu beralasan dan tidak fokus, memang ke lautlah...

Kalau anda perlukan perangsang untuk tingkatkan motivasi dalam bisnes, mungkin bahan bacaan ini boleh membantu:


Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda..

Sumber rujukan: Ebook Spiritual Marketing

Baca selanjutnya

Ahad, 9 Oktober 2016

5 Gambar Pembentukan Awan Aneh Di Seluruh Sarawak

5 Gambar Pembentukan Awan Aneh Di Seluruh Sarawak | Dikatakan gambar ini diambil semalam (8/10/2016) di Sarawak. Kiriman pengguna facebook di Fan Page I Love Sarawak mengatakan fenomena awan aneh ini berlaku sebelum kejadian hujan lebat melanda kawasan sekitar Bandaraya Kuching.

Gambar dibawah ini pula, dihantar oleh pengguna facebook mengatakan kejadian awan berbentuk aneh juga berlaku di Miri dan Bintulu.

Kejadian awan tebal ini juga dikenali sebagai Cumulonimbus, awan ini juga berbahaya kepada kapal terbang jika melalui awan ini.

Untuk lebih gambar awan Cumulonimbus, klik sini

Hujan masih turun di Kuching, Sarawak sejak semalam, dongak ke langit pun nampak gelap saja..kita mendoakan agar tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Baca selanjutnya