10 Faktor Kenapa Masih Gagal Dalam Bisnes

10 Faktor Kenapa Masih Gagal Dalam Bisnes | Sejak menyertai Hero Borneo Team (HBT) , saya banyak membaca mengenai strategi perniagaan. Memandangkan salah satu tugasan kami adalah mem'viral'kan produk dan perniagaan pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan kami. Mungkin salah satunya boleh dicuba untuk perancangan selepas pencen atau berhenti kerja nanti. 
Terdapat banyak jenis perniagaan yang berpotensi untuk dikomersialkan di negara kita ini. Banyak perniagaan yang boleh dibuat secara sambilan mahupun sepenuh masa seperti Bisnes Air Balang, Bisnes Jual Burger, Bisnes Aiskrim, Menternak Kambing, Bisnes Fotografi, Menjadi Penulis Novel/Ebook, Menjual Barangan Borong dan banyak lagi.

Jika tidak menjalankan perniagaan, kita juga boleh menambah pendapatan dengan Pelaburan Emas, Menceburi Pelaburan Saham, Rumah Lelong, Pelaburan Unit Trust, dan Pelaburan ASB. Semua ini memerlukan pengetahuan, dan usaha barulah seseorang itu akan berjaya. Salah satu rahsia kejayaan adalah Bersedekah, barulah Rezeki itu datang dengan iringan Doa dengan sokongan keluarga dan Orang Tersayang.

Walaupun banyak pilihan perniagaan yang terbuka luas, namun ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak berjaya dalam dunia bisnes. Tapi, kenapa masih ramai yang GAGAL dalam bisnes...Ilmu sudah ada. Tapi masih tak menjadi. Kalau menjadi pun, kadang-kadang saja. Sale masih juga tidak konsisten. Ada hari banyak sale. Ada hari, langsung tiada sale.

Kenapa jadi macam ni?

Hari ini saya mahu kongsikan 10 Faktor Kenapa Masih GAGAL Dalam Bisnes. Semoga ia menjadi peringatan kepada semua, termasuklah diri saya...

(1) Ego dan Rasa Selesa 
Rasa selesa dengan keadaan sekarang. Contoh: Rasa selesa dengan gaji RM3,500. Kenapa nak cari lebih. Sedangkan hakikatnya, sampai tengah bulan sahaja, poket dah kering.

(2) Takut 
Takut untuk memulakan sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa. Takut untuk mencuba, membuat perubahan, takut persepsi orang lain, takut gagal, dan macam-macam takut lagi. Entah apa yang ditakutkan tak tahulah...

(3) Rasa Tak Layak
Berperasaan tidak layak untuk jadi kaya dan lebih berjaya. Rasa lebih layak dengan keadaannya seadanya...

(4) Suka Bertangguh 
Nanti dulu, rileks dulu, esoklah, minggu depanlah, bulan depanlah, tunggu modal cukup dululah. Nak fast result, tapi tak mahu fast action!

(5) Suka Beralasan
Aku sibuklah, tiada masa. Bisnes ni tak sesuailah. Bisnes tu tak sesuailah. Aku tak retilah. Tak ada modal lagi sekarang ni. Macam-macam sahaja alasan...

(6) Mudah Terpengaruh Dengan Perkara Negatif 
Mudah dengar kata orang tentang sesuatu sedangkan belum tengok lagi macamana. Orang kata negarif sahaja, terus down. Hilang semangat, semangat yang menghilang. Terus hilang fokus. Sebab apa? Tidak mencari persekitaran yang positif dan berkawan dengan orang-orang yang
positif. Jadi, UBAH SEKARANG!

(7) Tiada Kesungguhan
Tidak fokus dan bersungguh-sungguh dengan apa yang mahu dicapai. Sekadar cakap-cakap sahaja. Hanya buat sambil lewa, macamana nak berjaya?

(8) Suka Menyalahkan Orang Lain
Menyalahkan orang lain kerana tidak berjaya. Macam-macam sebab timbul. Tidak dapat bantuanlah,
kena sailanglah, maklumat tak cukuplah. Sedangkan tak study nature bisnes tu betul-betul.

(9) Tiada Keyakinan Diri
Aku tak yakinlah bisnes ni boleh pergi jauh. Susahlah nak cari customer. Nanti kalau kena reject atau
orang taknak, macamana? Belum mula lagi dah kata gagal. Macamana nak berjaya!

(10) Tiada Matlamat Jelas
Buat sesuatu bisnes ala kadar sahaja. Ada masa, buat. Tiada target dan matlamat untuk dicapai apabila berbisnes. Bila gagal, mula menyalahkan orang, keadaan. Itu sebab bisnes tidak maju atau langsung tidak mula.

Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Kenali diri dan penghalang anda untuk berjaya. Kalau nak buat sesuatu, buatlah sungguh-sungguh sampai jadi. Bila tak jadi, barulah kita fikirkan semula mana yang sesuai untuk kita.

Tujuan buat bisnes (samada part time @ full time) sebab nak tambah income. Nak naik taraf ekonomi keluarga. Nak bantu keluarga. Tapi, kalau selalu beralasan dan tidak fokus, memang ke lautlah...

Kalau anda perlukan perangsang untuk tingkatkan motivasi dalam bisnes, mungkin bahan bacaan ini boleh membantu:


Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda..

Sumber rujukan: Ebook Spiritual Marketing

4 Komentar untuk "10 Faktor Kenapa Masih Gagal Dalam Bisnes"

Nak.bagi abg cik.akak baca jap...haha

sy ni belajar perniagaan tapi tak buat bisnes pun haha kerja kerani je. belum berani nak libatkan diri dengan dunia bisnes ni :)

faktor keyakinan diri banyak mempengaruhi....tak yakin maka lambat berjaya

Back To Top