15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia

15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia | Kereta adalah satu aset penting dalam kehidupan kita. Tanpa kereta, kita akan sukar bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk  menjalankan sebarang urusan kerja dan pelbagai tujuan lain.


Selesai saja menamatkan pengajian di IPTA/IPTS, anda pasti akan memasang impian mempunyai kerjaya dan memiliki sebuah kereta idaman anda, bukan? ini memang hakikat yang kita tidak boleh nafikan lagi. Kereta merupakan keperluan dalam kehidupan kita.

15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia

Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan Pinjaman Kereta (Car Loans) yang anda harus tahu. Setiap bank mempunyai faedah pinjaman yang berbeza-beza, perkara ini perlu dimabil perhatian sebelum memohon pinjaman kereta nanti.

Berikut adalah senarai 15 Bank Yang Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia setakat ini:

1. AmBank
2. Alliance Bank
3. Affin Bank
4. Al-Rahji Bank
5. BSN
6. Bank Rakyat
7. Bank Muamalat
8. Bank Islam
9. CIMB Bank
10. Hong Leong Bank
11. Kuwait Finance House
12. Maybank
13. RHB Bank
14. Mach By Hong Leong Bank
15. Public Bank

Dan, tambahan satu lagi agensi yang boleh memberikan pinjaman kereta iaitu Malaysian Building Society Berhad (MBSB).

Panduan & Cara Buat Loan Kereta Di Bank

Saya yakin anda yang ingin membeli kereta akan tertanya-tanya dan ingin tahu cara buat loan kereta di bank kan? Mula-mula, anda hendaklah memilih dahulu kereta yang anda nak beli dan pastikan sesuai dengan gaji dan kemampuan anda.

Selepas itu, anda perlu sediakan dokumen wajib buat loan kereta yang diperlukan oleh pihak bank. Dokumen untuk memohon loan kereta adalah seperti :

1. Salinan Kad Pengenalan (KP)
2. Salinan Lesen Memandu
3. Salinan Slip Gaji Selama 3 Bulan Terkini
4. Penyata Akauan (Bank Statement) Terkini

Kriteria Dan Syarat Kelulusan Pinjaman Kereta

Kebiasaanya, pegawai bank yang bertugas untuk permohonan loan kereta anda akan melakukan beberapa semakan terhadap nama anda. Dokumen yang berkaitan juga harus disediakan termasuk Guarantor atau Penjamin.

1. Tidak tersenarai blacklist atau bankrup.
2. Dokumen lengkap seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Slip Gaji dan Bank Statement.
3. Bayaran ansuran kereta hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji bersih bualanan anda.
4. Anda wajib mempunyai guarantir sekiranya anda tidak mempunyai Lesen Memandu atau jika bayaran ansuran kereta melebihi 1/3 daripada gaji bersih anda. Guarantor seboleh-bolehnya ibubapa, ahli keluarga atau suami/isteri anda. Guarantor juga harus mempunyai pendapatan tetap.

Contoh Pengiraan 1/3 Gaji LULUS Loan Kereta (Tanpa Guarantor):
Bayaran Ansuran Bulanan Kereta - RM700
RM700 X 3 = RM2100 -layak
Gaji anda = RM2500

Minimum gaji anda seharusnya RM2100 dan keatas untuk membolehkan pinjaman kereta anda diluluskan tanpa guarantor.

Contoh Pengiraan 1/3 Gaji LULUS Loan Kereta(Dengan Guarantor):
Ansuran Bulanan Kereta: RM700
Gaji Anda: RM1700
Gaji Guarantor: RM1500
Jumlah Gaji Guarantor+Gaji anda: RM3200
Maka, RM3200/3 = RM1066.67

Sekiranya ansuran bulanan melebihi 1/3 gaji maka, guarantor diperlukan. Dalam pengiraan diatas, anda masih layak membeli kereta yang beransuran bulanan sehingga RM1000.

Contoh Pengiraan Loan Kereta (ansuran bulanan):
B - Bayaran ansuran bulanan
P - Jumlah pinjaman
i  - Kadar faedah tahunan (%)
L - Tempoh pinjaman dalam kiraan tahun

Rumus pengiraannya adalah,

B = P X ( 1 + (i/100*9)) / L /12

Jika,

Elih membuat pinjaman kereta sebanyak RM100,000 (P) dengan kadar faedah sebanyak 3.5%(i) setahun. Tempoh pembayaran balik pinjaman kereta yang diambil adalah 9 tahun (L). Berapakah ansuran bulanan yang harus dibayar oleh Elih setiap bulan?

B = 100,000 X (1+(3.5/100*9)/9/12
B = 100,000 X (1+0.315)/9/12
B = 131,500/9/12
B = RM1217.59 (Ansuran Bulanan

Anda faham? nak buat loan kereta ni sekarang memang mudah. Apatahlagi, sudah anda permohonan secara online di laman web ringgitplus.com ini.

Sekiranya dokumen yang saya terangkan diatas telah lengkap, anda bolehlah berhubung dengan Salesman/Salesperson kereta anda dan memaklumkan bahawa anda sudah memohon pinjaman dan minta dia hantar dokumen anda ke bank untuk proses kelulusan atau anda datang sendiri ke bank.

Cara Memohon Loan Kereta Secara Online

Permohonan secara online ini dijamin 100% selamat. Ini kerana tiada sebarang dokumen yang diupload secara online, apa yang anda perlu buat adalah hanya isi maklumat berkaitan nama, nombor telefon, maklumat gaji dan sebagainya.


Dengan ringgitplus.com, kalkulator pengiraan pinjaman kereta, pilihan sebanyak 15 bank di Malaysia, interest rate, dan anggaran ansuran bulan terus dipaparkan dalam satu halaman sahaja. Menariknya, permohonan online menggunakan laman web ini menjimatkan masa anda kehulu kehilir mencari bank yang terbaik.

Untuk permohonan secara online, klik sahaja button APPLY NOW seperti yang saya tunjukkan diatas dan isikan maklumat yang diminta. Tunggu sehingga 3 hari bekerja dan pegawai bank akan menghubungi anda untuk mengemukakan dokumen yang dikehendaki.

Sila semak email anda selepas permohonan, dokumen yang dikehendaki ada dinyatakan disana bagi memudahkan anda menyediakan dengan lengkap.

Mohon Pinjaman Kereta Secara Online Sekarang - APPLY NOW

Semoga mempermudahkan urusan anda...

5 Komentar untuk "15 Bank Menawarkan Pinjaman Kereta Terbaik Di Malaysia"

Thank you for the sharing.. sangat bergunaaa

Saya nak beli kereta tunai dan kalau pinjaman pun dalam masa yang singkat

Nice blog…saya singgah sini…nanti singgah saya punya blog lak http://zielazie.blogspot.my

Back To Top