7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi Untung RM50K Sebulan

7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi Untung RM50K Sebulan | Bercakap mengenai Bisnes Fotografi, saya teringat masa melangsungkan perkahwinan 4 tahun yang lalu. Detik-detik manis seperti itu perlu dirakam dan dialbumkan untuk tatapan anak-anak dan saudara mara suatu masa kita dah tua nanti. 
Credit - www.cenaco.it
Lihat betapa perlunya seorang jurugambar pada saat-saat seperti itu. Gambar dan kehidupan kita memang tidak akan dapat dipisahkan. Bermula dari pertunangan, perkahwinan, album keluarga, majlis sambutan hari lahir, majlis keraian, gambar potrait staff, event dan juga produk. Semua ini memerlukan seorang fotografi yang berwibawa.

Bisnes Fotografi Susah Dan Mahal?

Ramai orang masih mempercayai bahawa bisnes fotografi ialah untuk mereka yang sangat mahir dalam seni fotografi dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma atau ijazah berkaitan bidang ini. Mitos ini ada sedikit kebenarannya tetapi kurang tepat secara keseluruhan. Sesiapa sahaja yang pernah menyimpan hasrat untuk menjalankan bisnes fotografi, pasti akan terfikir tentang beberapa cabaran iaitu:

1. Perlu ada modal yang besar
2. Perlu ada diploma atau ijazah fotografi
3. Perlu ada pejabat dan studio
4. Perlu ada set kamera DSLR yang canggih dan mahal
5. Perlu ada ramai kenalan dalam industri fotografi

Kesemua mitos ini adalah tidak benar sama sekali. Jika anda tahu apakah sebenar rahsia untuk memulakan bisnes fotografi, anda akan terkejut dan kemudian berasa lega mengapa ramai orang tidak mengetahuinya.

Bisnes Fotografi Sangat Mudah Dimulakan!

Ramai sebenarnya yang minat mengambil gambar, tetapi mungkin tidak berhasrat menjadikan minat itu sebagai bisnes. Mungkin anda juga memiliki satu set kamera DSLR ataupun mungkin anda sedang menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera.

Tetapi alang-alang anda berminat dengan fotografi, apa salahnya jika anda menjadikannya sebagai satu peluang bisnes di samping menimba banyak pengalaman baru untuk menjadi lebih pro. Fotografi ialah satu bisnes yang sangat menguntungkan sekiranya anda tahu rahsia-rahsia yang tidak diketahui ramai.

Mengapa bisnes fotografi sangat mudah?

1. Permintaan pasaran yang luas
Hampir setiap minggu ada saja majlis pertunangan, perkahwinan dan event yang diadakan bergantung dengan kawasan anda tinggal. Pendek kata, bukan anda yang perlu mencari klien tetapi klien itu yang akan mencari anda sendiri. Ini bermakna, bisnes fotografi mudah untuk mendapatkan pelanggan, cuma persaingan dengan jurufotografi lain saja perlu diambil perhatian.

2. Sangat menguntungkan
Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia:

Engagement – RM600 – RM1,000
Wedding (basic) – RM800 – 1,200
Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
Birthday party (basic) – RM600
Birthday party (standard) – RM1,200
Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
Product (per item) – RM100 – RM300
Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
Event (half-day) – RM400
Event (full-day) – RM800
Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
Staff profile (per staff) – RM50 – RM100

Sebagai contoh - keuntungan Fotografi untuk Majlis Konvokesyen
Seorang siswazah anda caj RM200 untuk graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan frame + glass.

Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera, strobe set, backdrop, cetakan dan framing anda masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!

Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya anda bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, anda berpeluang untuk menceburinya sekiranya anda tahu langkah-langkah yang betul untuk bermula dan mengembangkannya.

3. Masa bekerja yang fleksibel
Kerja sehari kenyang sebulan! Itu untuk fotografi pekahwinan. Jika anda dapat projek fotografi majlis konvokesyen, bukan setakat kaya sepanjang tahun, malah anda boleh beli kereta baru secara tunai. Tidak pun anda boleh beli rumah kos sederhana yang baru!

Berbeza dengan kerja bergaji anda perlu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kerja membosankan, kena marah dengan bos, minyak kereta yang mahal dan bermacam-macam lagi cabaran hidup. Tapi gaji masih tak cukup untuk menampung keperluan hidup anda.

4. Tidak memerlukan modal yang besar
Dengan RM1,200 sahaja anda boleh dapatkan set kamera DSLR (jenis beginner) termasuk manual speedlite. Dua benda ini sahaja sudah cukup untuk anda lakukan beberapa kerja fotografi seperti wedding, engagement, event, birthday party dan lain-lain.

5. Kekurangan Juru Fotografi
Permintaan semakin meningkat tetapi penawaran masih tidak berubah. Itulah realiti industri fotografi di Malaysia, tak cukup jurufoto. Pada hari ini, adalah amat sukar untuk seseorang mendapatkan khidmat fotografi tanpa membuat tempahan 2 atau 3 bulan lebih awal.

6. Bisnes untuk sesiapa saja yang mempunyai minat
Masih bersekolah? Lepasan SPM? Belajar di IPT? Menganggur? Bekerja? – tiada perbezaan langsung kerana sesiapa sahaja yang ada minat dengan fotografi boleh melakukannya.


7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi Untung RM50K Sebulan

Saya bukan seorang Fotografer tetapi saya banyak membaca dan mengenali jurufoto yang berjaya. Dan, sejujurnya saya cemburu dengan kejayaan dan hasil kerja mereka. Siapa tak cemburu? kita kerja sebulan dapatlah gaji RM3000 sebulan, mereka sehari saja dah dapat RM7000. Memang menguntungkan!
Credit To - Elih Qaboox
Sebagai contoh terdekat, seorang sahabat saya bernama Elih Qaboox. Pasti anda terkejut dengan nama beliau yang sama dengan nama saya kan? Inilah keistimewaan apabila mempunyai nama yang unik dan mungkin kami berdua sahaja yang mempunyai nama ini di Malaysia. Beliau bernaung dibawah Bayo Pictures Sdn Bhd sebagai Jurufotografi terkenal di daerah Kudat, Sabah.

Selain mengambil gambar perkahwinan, pertunangan, dan event yang selalu diadakan oleh Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), beliau juga aktif menjadi jurugambar atau kameraman untuk Telenovel tempatan dibawah syarikatnya. Sentuhan beliau memang hebat!

Jadi, dimana 7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi yang boleh menjana keuntungan sehingga RM50,000 sebulan itu? Ebook Bisnes Fotografi ini, menerangkan bermula A sehingga Z tentang bisnes fotografi yang anda minati itu, ilmu yang dikongsikan didalam Ebook ini pasti memberikan anda panduan dan semangat memulakan bisnes fotografi dengan jayanya.



Untuk mendapatkan Ebook ini, klik banner diatas atau klik sini - Ebook Bisnes Fotografi

Sebelum anda membaca Ebook panduan Bisnes Fotografi ini, nikmatilah pemandangan matahari terbenam (sunset) terlebih dahulu. Tenangkan diri kerana tak lama lagi anda bakal sibuk mengetik gambar untuk bisnes anda.
Credit To - Ady Sinty 
Semoga berjaya dalam karier anda..

0 Komentar untuk "7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi Untung RM50K Sebulan"

Back To Top