Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online | Bagi memudahkan pencarum EPF/KWSP menyemak penyata bulanan atau tahunan, melihat sejarah pengeluaran, dan membuat e-pengeluaran. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan pendaftaran i-Akaun online KWSP.

Kemudahan Yang Terdapat Pada i-Akaun

Pastinya kemudahan i-akaun ini semata-mata untuk memudahkan urusan anda dengan KWSP. Antara kemudahan yang boleh dinikmati adalah:

1. Memohon E-Pengeluaran
2. Menyemak Penyata KWSP Tahun Terkini dan Sebelumnya
3. Menyemak Status Pengeluaran dan Sejarah Pengeluaran
4. Mengira Anggaran Jumlah Layak Untuk Pengeluaran, Simpanan dan Pelaburan
5. Mengemaskini Profil Termasuk Alamat Surat-Menyurat
6. Menyemak Log Aktiviti i-Akaun
7. Menyemak Aktiviti Transaksi KWSP Terkini


Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Secara Online

Perkara paling penting sebelum mendaftar i-Akaun KWSP adalah mendapatkan KOD PENGAKTIFAN. Kod pengaktifan ini digunakan untuk pendaftaran kali pertama sahaja. Terdapat tiga(3) cara untuk medapatkan kod pengaktifan ini.

1. Menerusi Kiosk KWSP (dimana-mana cawangan KWSP/UTC)
2. Menerusi kaunter KWSP dicawangan seluruh negara
3. Menghubungi pusat panggilan pelanggan di nombor 03-89226000 dan kod pengaktifan akan di SMS ke telefon bimbit anda

Setelah mendapat Kod Pengaktifan tersebut, anda boleh melakukan proses pendaftaran 'kali pertama'. Ikuti langkah-langkah dibawah:

- Layari laman web http://www.kwsp.gov.my

1. Pilih log in ke i-Akaun Ahli

2. Klik Pengaktifan i-Akaun (Log in kali pertama)

3. Pilih 'Setuju' dan 'Seterusnya'

4. Isikan No. Mykad/IC
5. Isikan Kod Pengaktifan (6 digit - dapatkan melalui 3 cara diatas)

6. Cipta ID Pengguna (Username)
7. Cipta Kata Laluan (Password)
8. Pilih Soalan Rahsia (No1-3 - Soalan berbeza-beza)
9.  Pilih Jawapan Rahsia (No1-3 - Soalan berbeza-beza)

10. Pilih Imej Online
11. Pilih Frasa Rahsia dan klik Seterusnya

12. Skrin pengaktifan BERJAYA akan dipaparkan, anda sudah selesai dan boleh log in i-Akaun anda

Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan i-Akaun - Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online



Perkhidmatan secara atas talian (online) ini bukan saja menjimatkan masa malah memudahkan urusan membuat salinan penyata tahunan terkini untuk urusan-urusan...

1. Membuat pinjaman peribadi
2. Permohonan kad kredit
3. Pinjaman kenderaan
4. Pelaburan 
5. Pengeluaran Deposit Pinjaman Perumahan

Dan, banyak lagi..

Selepas ini, saya akan kongsikan bagaimana proses pengeluaran wang simpanan KWSP untuk skim pencen. Penjawat Awam yang mengambil skim pencen pastinya tertanya-tanya bagaimana proses permohonan pengeluaran mereka. Akan diterangkan pada artikel akan datang.

1 Komentar untuk "Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online "

oh..senang jugak nak dptkan kod pengaktifan, boleh melalui call je!
Gd info Elih.

Back To Top