Insuran Perjalanan Terbaik Di Malaysia

Insuran Perjalanan Terbaik Di Malaysia | Ramai yang masih tertanya-tanya, apakah Insuran Perjalanan (Travel Insurance) ni? sebut nama insuran pun pasti sudah terbayang perlindungan ketika melancong ke negara luar kan..

sumber:insuranterbang.blogspot.com

Insuran Perjalanan, sama seperti semua polisi insuran yang lain. Insuran ini selalunya akan menyelesaikan masalah-masalah dalam perjalanan anda dan membantu dalam masa kecemasan. Insuran Perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Harga yang dibayar untuk membeli polisi insuran dikira berdasarkan umur anda, tempoh perjalanan dan tempat perjalanan.

Walaubagaimanapun, skop perlindungan sesetengah syarikat insuran menawarkan manfaat berbeza yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk anda yang sering melancong. Insuran Perjalanan ini boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian, dan sebarang gangguan semasa perjalanan anda.

Antara perlindungan yang boleh diterima untuk Polisi Insuran Perjalanan ini adalah:
  1. Kemalangan diri
  2. Belanja perubatan dan yang berkaitan
  3. Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
  4. Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
  5. Kehilangan pasport
  6. Liabiliti diri
  7. Kelewatan bagasi
  8. Kelewatan perjalanan
  9. Rampasan kenderaan
  10. Penghantaran pulang jenazah

22 Syarikat Yang Menawarkan Polisi Insurans Perjalanan Di Malaysia


Berikut adalah syarikat yang menawarkan insurans perjalanan(travel insurance) yang popular di Malaysia. 
  1. ACE Jerneh
  2. AIG
  3. AXA Affin
  4. Allianz
  5. Berjaya Sompo
  6. Citibank
  7. Etiqa
  8. Expidea
  9. HSBC
  10. Kurnia 
  11. Lonpac
  12. Liberty Inssurance
  13. MSIG
  14. Mach by Hong Leong Bank
  15. Maybank
  16. Overseas Assurance Corporation
  17. QBE
  18. RHB
  19. Takaful Ikhlas
  20. Tokio Marine
  21. Tune Insurance
  22. Zurich
Untuk maklumat lanjut, layari laman web ini untuk melihat perbandingan semua insurans perjalanan diatas mengikut syarikat - Klik Sini

Mempunyai Polisi Insuran Perjalanan yang terbaik adalah satu ketenangan ketika mengembara dan melancong di negara-negara lain. Bak kata orang, 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'. Lebih baik bersedia sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku nanti.

Kaki Travel sana sini wajib ada Polisi Insuran Perjalanan ini. Rata-rata kadar bayaran bermula dari RM3 sehari (individu)/RM398 setahun (individu) dan RM820 setahun (seisi keluarga). Oleh itu, pemilihan dan perbandingan Polisi Insuran Perjalanan amatlah penting. Perkara paling utama yang perlu dilihat adalah fasal pengecualian yang tidak dilindungi oleh Polisi Insuran Perjalanan tersebut.

Untuk perbandingan Polisi Insuran Perjalanan(Travel Insurance Policy) terbaik di Malaysia, anda boleh melihat kada bayaran dan perlindungan di laman web perbandingan ini - Klik Sini

0 Komentar untuk "Insuran Perjalanan Terbaik Di Malaysia"

Back To Top