Post Top Ad

Post Top Ad

Komisen Pertama InvolveAsia Oktober 2016

Komisen Pertama InvolveAsia | Sebelum ini, saya ada kongsikan hasil pendapatan sampingan saya melalui Komisen dari Affiliate Klikjer.com. Dan, hari ini saya nak kongsikan pula hasil komisen daripada program affiliate InvolveAsia.

Itulah, siapa kata blogging tak boleh buat duit? kawan saya kata, "boleh kaya ke?"..saya jawab, "tidak, tapi cukuplah untuk cover bayar bil elektrik, bil air dan streamyx tanpa kacau duit gaji"..walaupun jumlah komisen yang tidaklah sebanyak mana, saya rasa sangat bersyukur dengan rezeki yang saya dapat..

InvolveAsia merupakan platform pemasaran online yang mengumpul laman web e-commerce dan online shopping dengan menyediakan affiliate link untuk di promote oleh 'publishers' iaitu blogger samada prmote di blog atau di media sosial. 

Komisen Bulan Oktober 2016


Cara Pengeluaran(Withdrawal) Komisen InvolveAsia


Saya ada terbaca entry tuan Hasrulhassan dan Ahmadfaizal tentang komisen yang mereka dapat. Komisen tersebut rasanya di transfer ke akaun bank setiap bulan, tapi untuk kepastian sendiri saya telah menghantar email kepada Account Manager InvolveAsia iaitu Encik Ashok Sangappilai.


Dan, ini jawapan daripada beliau...

Jumlah minimum yang boleh dikeluarkan adalah RM80 atau USD20. Tetapi, bergantung kepada pengesahan laman web berkenaan. Pastikan maklumat akaun bank anda dikemaskini untuk memudahkan proses pemindahan duit ke akaun bank anda nanti.


Kelebihan Affiliate InvolveAsia


Setiap program affiliate mempunyai kelebihan masing-masing. InvolveAsia juga hampir sama dengan affiliate CJ Junction, dan Lazada. Antara kelebihannya adalah:

1. Komisen sehingga 15% bagi setiap jualan/ RM20 hingga RM212 bagi setiap referral.
2. Terdapat 80 merchant/laman web pelbagai produk untuk di promote.
3. 30 hari cookies tracking 
4. Mininum payout USD20 atau RM80.


Antara Laman Web Online Shopping Yang Akan di Promote
Menarik bukan? apa yang perlu kita buat adalah menghasilkan entry yang kreatif sedikit untuk menarik perhatian/minat pengunjung blog membeli di laman web tersebut. Cookies Tracking selama 30 hari membolehkan link affiliate anda akan bertahan di komputer/laptop pengunjung tersebut.

Tip paling penting yang saya boleh kongsikan, anda harus membaca dan menyelongkar sebanyak mungkin produk laman web tersebut, beli jika berkemampuan(untuk review). Kemudian, kongsikan cara-cara membeli dan cara mendapatkan perkhidmatan tersebut. Lebih mudah pengunjung faham, lebih tinggi minat mereka untuk membeli atau dapatkan servis.

Semoga berjaya menjana duit sampingan dengan blog? daftar percuma disini - Daftar Sekarang!

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nak ada hasil, kena ada usaha lebih sikit hehe

      Padam
  2. tahniahhh..dan terima kasih dengan perkongsian ini..moga tuan dimurahkan rezeki lagi..banyak tu earning,duduk sajaa,berblgging pun mendatangkan hasil,saya ingin berguru tuan..nanti bila kelapangan boleh ajar saya ya...

    terima kasih di dahulukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je tapi awak lagi lama dan berpengalaman dalam blogging..ada masa kita belajar sama2 ok :)

      Padam
  3. E eh bestnyee.. banyak gile kowt.. lea punye x de pown.. huwaaa.. x aciii.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa..masing2 dgn rezeki blogging, awak punya blog asik ada jobs review je kan :)

      Padam
  4. Bagus lah saudara...memang involveasia terbaik, cuma sy tak rajin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan Lokman..saya mungkin rajin sikit je

      Padam
  5. banyak jgk tu dpt..zaza pun ada la skit dpt..blum blh cash out lagi..nak kena rajin promote la lepasni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, rajin2 promote..gunakan teknik seo, tak yah update selalu pun tak apa

      Padam
  6. Balasan
    1. Bro ada bakat buat entry SEO, pasti menjadi affiliate involveasia ni..cubalah hehe

      Padam
  7. Cn xpernah lg dpt income dr involve asia, tp babystore lg best sbb cookies 100days, oklah income boleh cover hobi shoping online cn 😅

    BalasPadam
  8. tahniah, mesti lagi power lepas ni

    BalasPadam
  9. Terbaiklah, saya pun ok ok je dengan Involve Asia.. >_<

    www.mejuez.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. >_< samalah kita....dah baca entry awak tu...boleh tahan income ko kan? hehe

      Padam
  10. Hebat merempit ek dengan Involve Asia ni

    BalasPadam