Name Card Elih Japahar By Pixajoy

Name Card Elih Japahar By Pixajoy | Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Lea Azleeya kerana sudi kongsikan entry berkaitan Name Card FREE ini. Saya sebenarnya agak segan nak tunjuk Name Card ni, maklumlah blog baru 4 bulan. Masih terlalu awal agaknya saya mempunyai Name Card ni, tapi tak apa..simpan saja untuk digunakan pada masa akan datang, manalah tau rezeki dapat review produk/bisnes client kan..

Name Card Pixajoy Kualiti Terbaik 

Sebelum ini, saya pernah mempunyai name card untuk urusan kerja dengan harga RM35/100 keping di kedai printing. Tetapi berbeza kualiti dengan name card yang dihasilkan oleh Pixajoy ni, saya rasa sangat berpuas hati kerana terdapat 3 pilihan Card Paper iaitu:

1. Art Card 260 gsm with Gloss Lamination
2. Art Card 260 gsm with Matte Lamination
3. Fine Card Super White
Dan, name card saya adalah jenis Gloss Lamination. Card Paper yang agak tebal dan tidak mudah dilipat. Jika dimasukkan dalam dompet pun kad ini masih boleh bertahan lama.
 Hah, tengok tu? berkilat name card saya ni..rasa-rasa laku tak? haha..dengan siapa nak bagi kad ni pun tak tau lagi...

Produk Ditawarkan Pixajoy


Selain name card, Pixajoy juga menawarkan produk lain seperti Photobook, Sticker, Wall Art, dan Children Book.

Untuk pengetahuan anda, kos untuk membuat Name Card ini adalah RM0 (FREE). Saya hanya membayar untuk kos penghantaran sebanyak RM12 sahaja. Promosi name card masih ada dan mungkin anda juga berminat menggunakan perkhidmatan Pixajoy.

Untuk Tempahan:

http://www.pixajoy.com.my/

P/S: Jika anda memerlukan khidmat review produk/bisnes yang anda usahakan sekarang Hero Team Borneo (HBT) adalah alternatif terbaik untuk anda.

Terima kasih Pixajoy!

10 Komentar untuk "Name Card Elih Japahar By Pixajoy"

yui pun dh buat.. tggu smpai je..hehe

Uwahh ddh siap tu... hehe.. ok la tu x de menyampahnye tgk.. ekekke

wah.. nakkk 1... nak buat koleksi ni. hehe.. busyra punya pun glossy jgk..

Wah, tak sangka ramai juga yg buat name card ni kan hehe

Yaa dah siap pun..jom tukar kad hehe

Buatlah cik akak, pas ya pos dgn kamek sigek..

Jom tukar kad..whatapps nombor sy kat kad tu..hehe

nice.. saya dah buat, tapi ada typo plak.. sedih sungguh... nasib baik barang free..

Sy punya pun typo juga tp terus email buat pembetulan dgn pixajoy..bo buat pembetulan jugak..email cepat2 bro

Back To Top