Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017 | Bajet 2017 akan dibentangkan pada 21 Oktober 2016 ini. Tema "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" adalah menjadi fokus bajet belanjawan kali ini. Apakah fokus kerajaan untuk kesejahteraan rakyat? semua ini kita akan dengar semasa perbentangan Bajet 2017 nanti.

Pastinya pengumuman bonus akan mengembirakan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia. Namun, ramai juga penjawat awam yang tidak mengharapkan bonus tetapi meminta kerajaan menyelaraskan gaji dan elaun kakitangan kerajaan memandangkan kos hidup masa kini semakin meningkat. Ada juga kakitangan awam yang merasakan mereka berhak mendapat bonus dan bukannya saguhati. Macam-macam pandangan yang diutarakan..

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) telah mengutarakan permohonan tuntutan bonus sebanyak 2 bulan gaji.
Baca artikel - CEUPACS Kekal Tuntutan Bonus 2 Bulan
Selain itu, CEUPACS juga mengharapkan Bajet 2017 memberikan inisiatif lebih baik untuk penjawat awam nanti. - Bajet 2017.
Baca artikel - CEUPACS Gesa Inisiatif Lebih Baik Untuk Penjawat Awam


Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017


Seperti kebiasaannya bagi tahun-tahun sebelumnya, kerajaan Malaysia akan melakukan pembayaran bonus 2017 bagi kakitangan awam pada awal bulan Januari. Manakala, sekitar minggu ketiga adalah arikh pembayaran gaji 2017 bagi bulan Januari 2017.

Jadi, bilakah tarikh pemberian bonus penjawat awam untuk tahun 2017?

Tarikh: Awal Bulan Januari 2017 (akan dikemaskini kemudian) - 3 Januari 2017
Bayaran Bonus Penjawat Awam: Dijangka Bonus/Bantuan Khas RM500
Bayaran Pesara Kerajaan/Pencen: Dijangka Bonus/Bantuan Khas RM250

Rujuk Surat  Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2016 - Klik sini

Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dikemaskini selepas pengumuman dan pekeliling telah dikeluarkan. Selagi tiada pekeliling rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) tarikh bayaran bonus 2017 akan berjalan seperti tarikh yang telah ditetapkan sebelumnya.


Siaran Langsung Ucapan Bajet 2017 - Baca sini
P/S: Diharapkan dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban kos sara hidup kakitangan kerajaan. Walau apa pun keputusan kerajaan nanti, bersama-sama kita nantikan.

2 Komentar untuk "Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017"

Back To Top