Box Of Joy Review - Lazada Online Revolution Special

Box Of Joy Review | Suka membeli belah secara online? Lazada adalah laman ecommerce terbaik sejak beberapa tahun ini. Bukan saja pilihan barangan yang banyak malah diskaun potongan harga sehingga 90% juga banyak menarik banyak pelanggan membeli di Lazada.

Kali ini, keluarga saya dikejutkan dengan Abang Posmen bunyikan hon depan rumah. Katanya, ada bungkusan untuk diserahkan. Ehh, bila masa saya beli barang online? Seingat saya, bulan Oktober ada lah 2 kali tapi barang dah selamat sampai.


Ini adalah bungkusan 'Box Of Joy' daripada Lazada Online Revolution Special kepada blogger terpilih di Malaysia. Bungkusan ini mengandungi barangan yang dijual di Lazada, dengan harapan pembaca blog ini juga boleh membeli barangan tersebut dengan mudah tanpa tercari-cari.


Unbox The Box Of Joy 


Terdapat 8 barangan didalam Box Of Joy ini manakala terdapat 2 barang lagi dalam bungkusan tapi bukan didalam Box Of Joy. Saya akan terangkan satu persatu agar korang juga nampak produk apa yang special ini.

1. Nescafe White Coffee Pandan
Nescafe memang selalu minum, tapi yang perisa pandan saya belum pernah cuba sebelum ini. Selepas mencuba, rasa dan baunya berlainan dengan kopi lain. Rasa macam suka dengan produk dan flavour baru ni..


Nak beli? klik sini

2. Sandisk Ultra Dual Drive M3.0 - 64GB
Huh! yang ini memang saya sangat suka. Kebetulan pendrive lama dijangkiti virus,  datang pulak pendrive 64GB? yang lama 8GB je, terharu sangat dapat pendrive dari Lazada My ni..


Nak beli? klik sini

3. Nestle - Maggi Oat Mee 
Produk baru daripada NESTLE Malaysia adalah Maggi Oat Mee, teringat iklan di TV dan muncul disetiap iklan bila buka video Youtube. Inilah mee segera baru keluaran Nestle. Isteri saya memang lama dah berhajat untuk cuba mee ni. Rasanyaa..slurrpppp...hanya isteri saya yang tahu..haha..


Nak beli? klik sini

4. Nestle - Full Cream Milk
Buka saja Box Of Joy ni, anak lelaki saya terus mengambil susu kotak Nestle Full Cream Milk ni. Tak sempat lagi nak ambil gambar produk dah cucuk stro untuk minum. Benda dia suka, buat apa nak halang kan..hehe..


Nak beli? klik sini

5. Nestle Ceralac - Nutripuffs (Perisa Pisang dan Strawberi)
Nampak tak? anak lelaki saya ni suka sangat makan dan minum produk Nestle ni. Memang selalu beli dekat Mall berhampiran, tak sangka pula ada jual di Lazada My, lepas ni bolehlah beli online...


Nak beli? klik sini

6. MamyPoko Gentle Baby Wipe
Bagi yang dah ada anak ni, Baby Wipe memang amat diperlukan. Untuk lap tangan, kaki dan muka jika perlu. Jika berjalan dmana pun, Baby Wipe mesti ada sebungkus dalam bag untuk persediaan.


Nak beli? klik sini

Terdapat 2 lagi barangan dalam Box Of Joy ini, iaitu....

Produk L'OREAL
Jenama yang memang semua orang kenal. Produk L'OREAL juga turut disertakan didalam Box Of Joy ini. Produk untuk kegunaan wanita, semestinya isteri saya yang guna semua produk ini..tunggu komen dia nanti..



Terdapat 2 lagi barangan yang ada diluar kotak Box Of Joy, iaitu....

1. Tefal Manual Chopper
Produk ni memang lama dah nak beli. Cuma tak sempat beli, Lazada My dah sponsor satu buah Tefal Manual Chopper. Cara menggunakan memang mudah, masukkan bawang didalamnya, tarik tali secara manual dan pisau didalamnya akan memotong bawang tersebut. Jimat elektrik, kita pula tambah sihat, alternatif senaman dalam dapur..


Nak beli? klik sini

2. Milo Ola Bola Bag
Bag ini diberikan secara percuma untuk pembelian produk terpilih daripada Milo. Bag ni boleh digunakan untuk balik kampung. Untuk pembelian produk dengan Bag Milo PERCUMA ini, anda klik banner dibawah..


Beli sini - MILO Promotion Bundle (FREE Shipping)

Fuhh! memang banyak lagi barangan dengan harga tawaran diskaun promosi ketika Online Revolution Special 11.11 hingga 12.12 tahun 2016 ini. Anda yang mahu mendapatkan barangan diatas atau barangan lain yang best-best, layari laman web Lazada sekarang!

Oppps! jangan lupa, setiap pembelian pelanggan pertama, anda diberikan diskaun sehingga 20% dengan menggunakan Diskaun Promo Code "20LAPOR25" seperti dalam banner dibawah. Code ini valid sehingga 17.12.2016.





Jangan lupa key-in kod promo itu ye...

Selamat membeli belah di Lazada...

P/s: Jika anda nak menyertai review macam ni daripada Lazada My, please contact affiliate@lazada.com.my untuk menyertai keluarga Lazada!

13 Komentar untuk "Box Of Joy Review - Lazada Online Revolution Special"

Tahniah,,, ramai jugak blogger yg dapat hiii.. seronok tengok barang banyak

terbaik boleh barang di lazada..

tuan..boleh lagi ke nak menyertai review lazada ni..

Saya pun suka yang sandisk tu :D Kalau beli sendiri mahal jugak harganyer kan

Memang seronok huhu..ramai blogger dapat ni..

Minta Jie email kat affiliate@lazada.com.my untuk keterangan lanjut..

Betul tuan, RM75 harganya jika beli dekat popular :D

Comel jerk budak kecik tu minum air kotak... hehehe

Back To Top