Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ

Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ | Hampir setiap tahun, ada saja penambahbaikan  yang dilakukan pihak kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat Malaysia. 

Dulu, kita mohon passport baru kena tunggu 3 hari hingga seminggu. Sekarang, passport boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam sahaja. Nak buat lesen pula, kita dikehendaki membawa gambar berukuran passport berlatar belakangkan biru, kemudian putih...tetapi sekarang, 5 minit pun boleh dapat lesen dengan mesin yang sudah canggih.

Dulu, nak tukar nama atau hak milik kenderaan samada kereta ataupun motosikal...kedua belah pihak (pemilik asal dan pemilik baru) perlu hadir ke mana-mana kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menandatangani borang pindah hak milik.

Namun, sekarang ini..cara tukar nama hak milik kenderaan lebih mudah....terdapat 2 pilihan untuk anda, pilihan ini atas persetujuan bersama..
  1. Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal secara berasingan atau bergilir-gilir.
  2. Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal bersama, kedua pemilik asal dan baru hadir bersama.
Saya akan cuba terangkan langkah demi langkah dibawah ini, caranya adalah:

Langkah 1: Selepas urusan jual beli motosikal selesai, anda harus dapatkan salinan kad pengenalan pembeli atau snap saja kad pengenalan itu menggunakan hp anda. Anda boleh serahkan Geran Kad kenderaan tersebut kepada pembeli. Jika jual beli kereta, pemilik asal perlu menjalankan pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu dan bawa salinan puspakom ke kaunter JPJ.

Langkah 2: Anda pergilah ke kaunter JPJ (tanpa kehadiran si pembeli). Dan, minta Borang JPJK3(Pind. 1/2014) - Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar/Pemunya Baharu.

<img src="borangjpjk3.jpg" alt="Borang JPJ K3 2016">
Download Borang JPJ K3 - DOWNLOAD

Langkah 3: Isikan Borang JPJK3(Pind. 1/2014) dengan lengkap. Ruangan atas perlu diisikan maklumat pemilik asal , manakala rungan bawah adalah maklumat pembeli (pemilik baru).

<img src="borangjpjk3pindahan12014.jpg" alt="Borang JPJ K3 ">


Langkah 4: Ambil nombor giliran anda. 

Langkah 5: Serahkan borang dan kad pengenalan anda kepada pegawai JPJ dan bagitau nak tukar hak milik kereta/motosikal. 

Langkah 6: Anda akan diminta untuk THUMB PRINT sebagai pengesahan. Dan, SELESAI. Anda akan diberikan slip Rujukan Tukar Hak Milik, seperti dibawah.

<img src="hakmilikkenderaan.jpg" alt="rujukan tukar hakmilik">

Langkah 1 hingga 6 adalah dilakukan oleh pemilik asal (penjual) sahaja. Si Pemilik baru (pembeli) tak ada ketika ini pun tak apa.

Langkah 7: Pembeli (pemilik baru) perlu membawa borang yang sama untuk memohon pertukaran nama/hak milik kenderaan. Serahkan slip Rujukan Tukar Hak Milik seperti gambar diatas.

Langkah 8: Anda akan diarahkan untuk THUMB PRINT untuk pengesahan pemilik baru. Sijil Perakuan Kenderaan yang baru akan diprint oleh pegawai JPJ dan SELESAI.

<img src="sijilpemilikankenderaan.jpg" alt="sijilpemilikankenderaanbaru">

Selepas pemilik baru sudah mendapat Sijil Pemilikan Kenderaan, dia bolehlah membeli insurans baru untuk kereta/motosikal itu atas nama dia sendiri. Kemudian, pergi ke JPJ semula untuk proses memperbaharui Cukai Jalan (Roadtax).

Langkah 7 dan 8 ni, pemilik asal tak ada pun tak apa..si pemilik asal tu dah selesai sampai langkah 6 saja.

Mudah kan? 



Semoga bermanfaat.

{ 69 comments.. read them below or add one }

Tanpa NamaTanpa Nama 6 Disember 2016 3:01 PTG
berapa jumlah cost yg perlu dibayar utk tukar nama?
Elih Japahar Elih Japahar 6 Disember 2016 3:07 PTG
Tidak ada sebarang cost diperlukan..ianya PERCUMA..kecuali jika anda renew insurance dan roadtax
Tanpa NamaTanpa Nama 8 Disember 2016 9:56 PG
utk urusan tukar milik bergilir2, boleh x jika penjual cop jari di jpj melaka & pembeli cop jari di jpj kl tapi guna borang yang sama?
Elih Japahar Elih Japahar 8 Disember 2016 10:11 PG
Boleh, tak ada masalah...JPJ menggunakan sistem online..rasanya tk ada masalah..
Tanpa NamaTanpa Nama 8 Disember 2016 11:06 PG
okay.. terima kasih tuan
Aserah Tranung Aserah Tranung 2 Januari 2017 12:04 PG
Kalu belum ade lesen kereta bleh tak kalu nak tukar nama?
Atau kena buat lesen dulu
Elih Japahar Elih Japahar 3 Januari 2017 1:08 PTG
Boleh memang boleh tapi untuk pembelian insuran,puspakom dan roadtax JPJ..perlu ada lesen, kecuali kalau lepas tukar nama, kereta simpan dulu sehingga ada lesen :)
Mohammad Salim Abu Bakar Mohammad Salim Abu Bakar 9 Januari 2017 10:53 PTG
salam.maaf nak tny.apa yg perlu pembeli bwk ketika berurusan dgn jpj?dan juga pembeli kena bwk apa ketika berurusan dgn jpj?
Elih Japahar Elih Japahar 10 Januari 2017 2:25 PTG
Bawa IC/KP je tuan..selepas tu urusan utk puspakom,roadtax,insuran dan makan minum ketika beratur di kaunter nanti
abdulmalik malik abdulmalik malik 16 Januari 2017 2:53 PG
Klu rotex n insyuran kereta da lama mati, boleh ke pergi ke puspakom utk urusan tkar nama?...
Elih Japahar Elih Japahar 16 Januari 2017 7:23 PG
Boleh..pastikan kereta menepati piawaian puspakom ja..
Firdaus Razali Firdaus Razali 1 Februari 2017 2:38 PTG
Salam tuan. Sy ada beberapa kemusykilan sebab tak pernah buat tukar nama.
Sy baru beli kereta 2nd hand, cash. Roadtax baru saja di renew oleh owner lama. 2 minggu lepas.

1. Perlu ke sy renew roadtax sekali lagi?

2. Sy ada saman polis trafik yg bukan blacklist. Boleh tak sy tukar nama tanpa bayar saman tu?

Harap dapat membantu.
Elih Japahar Elih Japahar 2 Februari 2017 8:40 PG
Firdaus Razali: Mengikut pengalaman saya, saman kena bayar dulu kalau saman tu JPJ yang bagi. Kalau saman ekor polis, boleh je renew.

Encik kena renew insuran dan roadtax jugak sebab pemegang polisi insuran bukan awak tetapi owner lama. Jika ada apa2 kemalangan, encik tk boleh tuntut.

Harap Maklum.
Nadia Isa Nadia Isa 2 Februari 2017 4:48 PTG
Salam..
Boleh saya tanya prosedur utk tukar Nama bagi kenderaan pemilik yg tlh meninggal?? Borang jpjk3 ke?? N kos utk renew road tax n insurance baru anggaran berape yea??
luffy luffy 3 Februari 2017 12:05 PG
Bos,owner ada kena hidupkan insurans dengan roadtax dulu ke sebelum tukar nama?
Khairul Anwar Khairul Anwar 16 Februari 2017 4:00 PTG
Salam..saya ingin bertanya..adakah kena buat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran nama seperti langkah2 di atas ni? :)
Shah Rull Sulaiman Shah Rull Sulaiman 22 Februari 2017 9:47 PTG
salam..sy nk tnya kes tukar nama penjual & pembeli berjauhan. Selpas penjual pergi jpj isi borang dan thumbprint, akan diberikan surat Rujukan Tukar Hak Milik. Adakah surat tu kena serah ke pembeli untuk urusan thumbprint pembeli? Sebab pembeli berjauhan.Kalau hantar melalui email shj dan print surat tu boleh?
FRI FRI 23 Februari 2017 2:13 PG
Salam. nak tanya. kalau pemilik buat tukar hakmilik ni secara berasingan, selepas selesai bahagian pemilik asal, saya sebagai pemilik asal perlu bagi slip Rujukan Tukar Hakmilik kepada pembeli ke utk urusan beliau pulak? kalau pembeli jauh, cukup sekadar saya scan dan email kpd pembeli boleh ke?

dan nak tanya geran asal perlu dikemukakan semasa bahagian pemilik asal uruskan tukarhakmilik ke tak perlu? dan perlu beri geran asal kpd pembeli tak? sebab saya tgk nanti pembli akan diberi Sijil Perakuan Pendaftaran yang baru.

Harap dapat membantu.

Terima kasih
ZOmar ZOmar 24 Februari 2017 5:51 PTG
Oh bukan ada bayaran rm100 utk tukar nama sebelum ni?
ZOmar ZOmar 24 Februari 2017 5:55 PTG
Jika insurance/roadtax owner lama masih valid masa tukar hak milik, owner lama boleh minta refund utk insurance/roadtax (prorate) kan? Jika ya, refund application kena buat sebelum atau selepas tukar hak milik?
Mohd Hafez Mohd Radz Mohd Hafez Mohd Radz 27 Februari 2017 1:47 PG
salam tuan..saya ada soalan berkenaan tukar nama geran kenderaan ..masalahnya 1- saya guna nama (kawan saya tapi die skrg tidak dapat dikesan,kereta saya sudah buat full settlemnt,geran ada pada saya,ic photocopy owner saya ada,macam mana saya nak tukar nama hak milik geran kenderaan tanpa owner yang dah hilang? minta bantuan tuan..kereta standard ALZA ty
AimanAiman 1 Mac 2017 5:44 PTG
Ada had umur untuk tukar nama kenderaan?
Nasrul 3036 Nasrul 3036 5 Mac 2017 12:19 PG
Assalamualaikum boss ,sy nk beli kereta..perlu ke buat insuran/roadtax baru kalau ia.masih hidup ?
Tanpa NamaTanpa Nama 3 April 2017 6:01 PTG
Saye baru je pg jpj ipoh td utk tkar name geran kete..adoi..byk btoi songeh nye yg kne..die suh bwk kreta pg pspakom dlu..
Pastu insurn kne buat bru..
Sbor jele..
Nak tkar name pn ssah btoi...
john terap john terap 2 Mei 2017 9:43 PTG
Bagaimana proses pertukaran nama geran motosikal sekiranya motosikal rosak,lama dah tak hidup. Terima kasih.
john terap john terap 2 Mei 2017 9:46 PTG
Bagaimana proses pertukaran nama sekiranya motosikal lama dan rosak? Terima kasih
Sham Drift Sham Drift 5 Mei 2017 10:15 PG
macm mane pulak...situasi kereta di sita...kenderaan 5 tahun tiada cukai jalan.

owner asal dah jumpe...adakah boleh buat urusan tukar name dan kluarkan kenderaan tersebut

Adnan Hussin Adnan Hussin 14 Mei 2017 5:25 PTG
Terima kasih kerana berkongsi maklumat
suhaimi shuratman suhaimi shuratman 24 Mei 2017 9:49 PTG
Sy xde lesen.ada saman jpj.nk tukar nama sbb loan kereta 2nd baru lulus.tp guna lesen isteri.boleh ke kenderaan tu didaftar atas nama sy?
FarisFaris 3 Jun 2017 3:11 PTG
Maaf kalau process secara bergilir2.. brapa lama masa yg diberi utk si pembeli pulak ke jpj setelah pnjual selesaikn step 1-6? Dan skrg sy di sabah dn kereta di selangor... boleh ke sy scan borang rujukan pindah hak milik tersebut atau masih perlu yg original?
Ismadi Ahmad Ismadi Ahmad 17 Jun 2017 10:13 PG
Maksudnya borang yg penjual isikan itu perlu diserah/dipos kpd pembeli utk dia selesaikan urusan 7-8 kan tuan?Atau pembeli boleh isi borang baru?
Ismadi Ahmad Ismadi Ahmad 17 Jun 2017 10:15 PG
biasanya sebelum tukar milik.
Ismadi Ahmad Ismadi Ahmad 17 Jun 2017 10:24 PG
saya pon nak tanya benda yg sama.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 11:58 PG
Ada masa nnt akan update pasal ni.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 11:59 PG
Kereta - Ya. Kena buat puspakom dulu.

Motosikal - Tak perlu. Teruskan langkah2 diatas.

Thanks.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 12:07 PTG
Kereta - Kena pergi puspakom dulu. Jika lulus, barulah pergi JPJ tukar nama.

Hantar/poskan salinan puspakom dan surat tukar nama kpd pemilik baru.

Email dlm bentuk PDF lagi bagus dan pantas. :)
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 12:14 PTG
Betul. Kereta kena puspakom dulu. Motor tak perlu.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 12:15 PTG
Ikut je langkah yg saya terangkan diatas.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 12:16 PTG
Dulu perlu bayar saman dulu. Tapi baru2 ni rasanya tak ada masalah. Cuba confirm dgn pihak JPJ.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 12:22 PTG
Boleh. Urus puspakom dulu. Jika lulus proceed utk JPJ dan Insurans.
Elih Japahar Elih Japahar 21 Jun 2017 12:35 PTG
Secepat yg mungkin kena thumb print lah..kalau lambat, mcm mn nak ambil insurans dan roadtax :)

Kereta kena pergi puspakom dulu (owner asal) dan serahkan surat pemeriksaan puspakom dan tukar nama kpd owner baru..baru lah owner baru boleh thumb print.
Tanpa NamaTanpa Nama 22 Jun 2017 1:13 PG
Tak perlu bawa geran asal ke kalau penjual nak tukar nama motor?
Elih Japahar Elih Japahar 22 Jun 2017 7:39 PG
Motosikal tak perlu pun tak apa. Tapi kalau ada salinan lebih baik, mn tau pegawai JPJ tanya.
Ayahanda Long Ayahanda Long 10 Julai 2017 10:33 PTG
Assalamualaikum tuan.. Nak tanya skitla.. Baru ni sy bg anak buah kereta lama saya,roadtax br hidupkan.. Kalau nak tukar pada nama dia kena ke puspakom ke?
ikmal ikmal 14 Julai 2017 3:32 PTG
kalau umur 16 tahun layak tukar tak nama?
Juruboneka Neraka Juruboneka Neraka 24 Julai 2017 8:39 PTG
bagaimana proses tukar nama utk lori, kenderaan perdagangan.. berapa yuran proses?
Tanpa NamaTanpa Nama 31 Julai 2017 10:41 PG
Utk kenderaan persendirian, kos tukar nama RM100, dibayar di kaunter JPJ.
Tanpa NamaTanpa Nama 31 Julai 2017 2:34 PTG
Salam,kenderaan kena dalam keadaan elok lah ye,kalau kenderaan itu rosak bagai mane?
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 3:41 PTG
Kalau rosak, mcm mn nak check puspakom tuan?? :-)
Inche Safuan Inche Safuan 9 Ogos 2017 9:46 PTG
bos kalau lori macam mana nak tukar nama..roadtad dan puspakom dah mati..owner asal jauh bleh thum ke..
Apiez Nana Apiez Nana 16 Ogos 2017 1:49 PTG
Brapa lama tempoh sah laku tumbprint tu ya cik untuk mo
tosikal
Tanpa NamaTanpa Nama 23 Ogos 2017 12:46 PG
Kalau saya ingin menjual kereta kepada pembeli n proses tuka nama kene buat puspakom dulu la yea...
Elih Japahar Elih Japahar 23 Ogos 2017 7:21 PG
Selepas thumb print ptukaran nama, pemilik baru adalah org yg membeli itu..selama-lamanya dlm sistem JPJ, tak ada tempoh sah laku kot hehe..
Elih Japahar Elih Japahar 23 Ogos 2017 7:22 PG
Boleh tu boleh tapi urus puspakom dulu ye.
fadzrul azri fadzrul azri 31 Ogos 2017 4:05 PG
salam tuan nak tanya..pemilik lama dah thumbprint.dan semua doc pada saya (pemilikbaru).tapi belum thumbprint..ada tempoh masa diberi ke dari waktu owner lama thumbprint ke pemilik baru?sebab khamis cuti merdeka+raya haji isnin pulak cuti menang sea game.
Unknown Unknown 3 September 2017 12:16 PG
Tempoh tumprit 7hari.. Jd hari selasa gn rabu ni blh pi tumprit.. Klau lebih orner lama kena buat tumprit semula.. X silap sy la..
fathul ramzi fathul ramzi 17 September 2017 5:26 PG
Assalam. Kalau saya nak beli insuran utk motor saya dan nak tukar nama boleh ke kalau tiada lesen?
Azylah Fazly Azylah Fazly 22 September 2017 12:05 PG
Saya baru beli motor melalui pinjaman aeon credit.Nama saya juga sudah tercatat dalam Sijil Pemilikan Kenderaan(VOC). Tetapi, pihak kedai mengarahkan saya untuk mengisi borang JPJK3 (Pertukaran Milikan Kenderaan Sukarela) di bhg A(Pemunya Berdaftar), tetapi butir-butir di bhg B(pemunya baru) tidak diisi.
Saya jadi musykil..adakah motor tersebut akan dipindahmilik kepada pihak lain?
Tanpa NamaTanpa Nama 22 September 2017 3:55 PTG
salam encik..semasa isi borang tersebut, jika mengikut langkah 1-6 tanpa pembeli, bagaimana dengan tandatangan bhgian pembeli? pembeli tggl jauh dr penjual..