Harga Mesin Soft Aiskrim Dan Kadar Keuntungan

Harga Mesin Soft Aiskrim Dan Kadar Keuntungan | Nak tau soft aiskrim tu apa? soft aiskrim ni sama macam yang kita beli di McDonald atau  7Eleven tu. Kanak-kanak memang suka giler dengan soft aiskrim ni, apalagi budak sekolah menengah dan pelajar kolej/universiti. Masa dekat Politeknik dulu, dalam dewan makan pun ada menjual soft ice-cream ni.

Kalau jual dekat pasar malam, kenduri kahwin, luar sekolah, atau sebarang event memang boleh laku aiskrim ni.

Kenapa laku sangat aiskrim ni? sebab soft aiskrim sedap dan murah!

Ini contoh Soft Aiskrim tu...

Sumber | Soft Aiskrim


Bahan Asas Mulakan Bisnes Soft Aiskrim


Sudahlah sedap, murah dan laku, aiskrim ini juga mudah disediakan. Bahan asas membuat Soft Ice Cream adalah:

  1. Powder atau Liquid Ice Cream
  2. Kon
  3. Mesin Aiskrim
  4. Bekalan Elektrik ( boleh disambung dari dewan, kedai, rumah atau menggunakan generator set)
Hanya 4 sahaja bahan asas untuk memulakan bisnes jual Soft Aiskrim ni. Macam tak percaya saja kan?


Cara Penyediaan Soft Aiskrim


Penyediaan Soft Aiskrim amat mudah. Lihat video penyediaan aiskrim dibawah untuk pemahaman yang lebih...


Cara penyediaan sama, memandangkan aiskrim yang digunakan sama dengan mesin aiskrim yang lazimnya digunakan di Malaysia.



Kos Dan Keuntungan Menjual Soft Aiskrim


Katakanlah anda sudah pun membeli sebuah Mesin Soft Aiskrim yang bernilai RM5500.

Jualan Soft Aiskrim dapat memberi pulangan keuntungan 100% dari kos bahan. Hasil jualan yang anda akan terima adalah lebih kurang 50:50 (kos dan keuntungan).

  • Bahan Powder/Liquid Soft Ice Cream - RM18/Pack (50 hidangan)
  • Kon - Terdapat 3 jenis iaitu:
  1. Sugar Cone (jenis biskut yg rangup dan sedap) - RM28/kotak (300 pcs)
  2. Wafer Cone - RM39/kotak(450pcs)
  3. Wafer Cone Kecil (jenis kon aiskrim jual atas motosikal) - RM32/kotak(800 pcs)

Sebagai contoh pengiraan keuntungan mudah.

Anggaran Kos

Katakanlah anda dikehendaki membuat 900 pcs soft aiskrim dalam satu majlis perkahwinan. Kos yang akan diperlukan adalah:

3 kotak kon: RM32 x 3 unit = RM96
18 packet bahan ais krim: RM18 x 18 unit = RM324
Lain-lain kos: RM30
Kos keseluruhan: RM96 + RM324 + RM30 = RM450

Anggaran Keuntungan

Harga jualan RM1/Seunit untuk 900 pcs kon.

Untung Kasar: RM1 X 900 = RM900
Untung Bersih: Untung Kasar - Kos = RM900 - RM450 = RM450

Keuntungan ini untuk satu majlis perkahwinan sahaja, jika anda ada 10 tempahan dalam sebulan anda sudah mengaut keuntungan sehingga RM4500. Kos pembelian Mesin Soft Aiskrim sudah dikembalikan dalam masa 2 bulan sahaja.

Anda membaca artikel ini kerana anda berminat dengan bisnes menjual aiskrim, untuk membantu anda memulakan bisnes jual aiskrim atau soft aiskrim ini..anda boleh merujuk Panduan Memulakan Bisnes Aiskrim - klik sini



4 Komentar untuk "Harga Mesin Soft Aiskrim Dan Kadar Keuntungan"

wah !! cabang bisnes yang bagus ni bang.. tapi kos upah pekerja plak.. hee~

Lagi untung rasanya kalau meniaga ice crim kon biasa.. Yang orang jual atas moto tu. Beli ais krim yang dah siap dalam bekas, pastu cedok dan letak kat kon. Pastu jual. Lg jimat dan mudah..

Soft ice cream ni pun ok. Cuma nak beli mesinnya.. Agak lambat pulang modal..

Besar jugak ye kadar keuntungan bisnes aiskrim ni. Mesin aiskrim tu boleh survey dahulu. Tengok bajet lah macam man. :-)

Back To Top