Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) Gred M41 2016

Keputusan Peperiksaan PTD M41 Tahun 2016 | Tahniah! kerana telah melepasi peringkat pertama untuk diserap dalam perkhidmatan awam Malaysia. Exam PTD M41 yang telah berlangsung 23 November 2016 lepas melibatkan seramai 45,555 calon telah berjaya menduduki peperiksaan untuk jawatan ini dengan jayanya.

Jumlah calon ini termasuklah 238 orang calon yang menduduki peperiksaan online ini di luar negara iaitu di 42 negara ; Germany, Australia, China. Singapore, Thailand, Myanmar, Cech Republic, Cambodia, Canada, Belgium, Spain, Egypt, France, Taiwan, Sausi Arabia, Turkey dan Banyak lagi.

Untuk makluman, keputusan peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 akan diumumkan pada ketetapan berikut:

Portal SPA: http://www.spa.gov.my
Tarikh: 28 November 2016
Masa: 5 Petang


Pengumuman Kepada Semua Calon Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan PTD M41



Proses Pengambilan PTD M41


Secara umumnya, anda akan melalui 3 tapisan sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Tapisan itu adalah...


#Tapisan 1 - Peperiksaan Online PTD
Sebelum dipanggil menduduki peperiksaan online. SPA akan membuat tapisan terlebih dahulu, calon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf samada daripada Universiti tempatan ataupun luar negara.

Soalan-soalan yang dikemukakan bermula tahun 2016 ini adalah tebahagi kepada 2 seksyen iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Lihat contoh soalan PTD M41 - Contoh soalan PTD M41 dan panduan peperiksaan online

#Tapisan 2 - PTD Assessment Centre (PAC)
Hanya calon yang berjaya peperiksaan PTD sahaja akan dipanggil untuk meduduki tapisan PTD Assessment Centre (PAC) seterusnya. PAC merupakan satu mekanisme yang dibuat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menilai kesesuaian dan keperibadian calon-calon PTD sebelum dipanggil ke temuduga.

Program penilaian PAC ini akan dijalankan selama 3 hari di semua kampus INTAN seluruh negara. Calon akan diuji daripada pelbagai aspek, iaitu:


#Tapisan 3 - Temuduga PTD M41
Calon PTD yang mendapat keputusan tertinggi dan terbaik sahaja akan dipanggil menjalani temuduga. Ini adalah tapisan terkahir untuk anda menjadi seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 di Sektor Kerajaan.

Sebagai persediaan temuduga, saya galakkan anda untuk memiliki Ebook Rahsia Temuduga Kerajaan ini untuk mempersiapkan diri anda menjelang detik-detik temuduga itu nanti - Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan

Semak keputusan peperiksaan PTD 2016 sekarang - Semakan SPA

Bagi calon yang berjaya, saya ucapkan Tahniah!

4 Komentar untuk "Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) Gred M41 2016"

Fuh ptd41..

smoga calon2 membuat sebaik mungkin..

kalau nak sesuatu mestilah berusaha kan? tahniah kepada yang berjaya ;)

yang berjaya..tahniah diucapkan dan kepada mereka yang belum lagi berjaya boleh cuba lagi

Nak tanya. Tapisan 2 PAC tu, berapa calon yang layak selepas tapisan 1.

Back To Top