Pageview Dan Ranking Alexa Blog Selepas 4 Bulan

Selepas kembali aktif blogging sejak Jun 2016 lalu, blog Elih ini terus mendapat domain sendiri dengan hasil pembelian dari syarikat penyedia domain hosting terbaik Malaysia iaitu NetKL. Disamping blog Elih Japahar ini, saya juga mempunyai sebuah lagi blog yang agak lama tidak dikemaskini.

Blog Pancing Elih adalah blog khas untuk aktiviti memancing saya. Kebanyakkan tip dan panduan yang dikongsikan hanya berkaitan tentang aktiviti memancing yang saya lakukan di Sabah dan Sarawak. 


Alexa Ranking Blog Selepas 4 Bulan

Alexa Ranking merupakan platform penanda aras blog/website di dunia yang biasa digunakan untuk melihat kepopularan sesebuah blog tersebut. Ianya lebih kepada menarik minat pengiklan atau peniaga menggunakan perkhidmatan blog kita. 

Mungkin anda pernah jumpa blogger yang sentiasa update statistik pengunjung dan pageview blog mereka, harus difahami itu adalah satu silent strategi untuk menarik pengiklan di blog mereka. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebenarnya..

So, selama 4 bulan blog ini aktif? berapa alexa rankingnya? 


Blog ini masih agak mentah dan masih terkial-kial mencari tempat di enjin carian google dan enjin carian lainnya. Namun, saya menganggap entry ini adalah permulaan sebagai rujukan dimasa hadapan. Walaupun ini bukanlah penanda aras sebenar, namun saya percaya kesibukan trafik dan kualiti penulisan blog itu akan mempengaruhi ranking sesebuah blog itu.


Pageview Blog Selepas 4 Bulan

Selama 4 bulan, saya dah publish 116 entry, mempunyai 116 followers, sebanyak 624 komen, dan pageview sebanyak 105,425. Nak buat penanda aras? purata pageview setakat ini adalah 26,000 sebulan. 


Bukan mudah untuk menghasilkan entry yang berkualiti dan disukai enjin carian, teknik SEO adalah segalanya-galanya untuk menarik pengunjung organic visitor ke blog ini. Selebihnya, facebook, babab.net, pingje, dan blogged. 

Semoga dengan sedikit suntikan semangat ini boleh menambah mood untuk menghasilkan entry setiap hari..kalau tak pun, 2/3 hari boleh buat 1 entry pun cukuplah, maklumlah ada komitmen lain yang lebih penting..

P/s: Jika ada yang berminat beriklan di blog ini, email terus ke alamat email [ elihjapahar@gmail.com ] dan kita runding sampai jadi..jika perlukan perkhidmatan lebih hebat daripada beriklan, Hero Borneo Team (HBT) adalah penyelesaian bagi anda..

13 Komentar untuk "Pageview Dan Ranking Alexa Blog Selepas 4 Bulan"

Teruskan berkongsi ceritera ya..moga terus success..

Keep it up. Br 6 bulan tp..bgus pv nya. Bagaimana dgn UV?

Pageviews sehari je dah 3k. Jelesnya.. Bila agaknya Reen akan dapat capai ke tahap seperti blog elihjapahar.com..

tahniah.. semoga terus maju ..
kena main dengan keyword la pula lepas ni ye.. :D

Iya PeRdU cINta, pasti berkongsi juga...trima kasih ya

UV tak seberapa, lebih kurang separuh atau lebih separuh UVnya..

Reen pun boleh jugak, yg penting usaha tu lebihkan sedikit je

Mcm begitulah tuan, harap boleh berjaya main2 dgn sang SEO dan keyword nanti...tq tuan

hebatnya pageview sehari, kagum... semoga terus maju.

Wah banyak juga pengunjung walaupun sonyap lama eh...tahniah.

In sya Allah.. Reen boleh! :) take time juga kan untuk jadi blogger yang dikenali dan banyak visitors setia..

wah hebat. amsih nak belajar ni pasal SEO ni walaupun blog pun dah lama.. sebab dulu tak berapa nak pandai hii.. yang guna ranking alexa tu baru cuba tengok semalam berapa ranking ..semoga terus maju tuan

tahniah tuan..izinkan saya berguru,bila ada kelapangan wassap saya ya...terima kasih didahulukan...moga tuan terus murah rezeki dan terus sukses dalam dunia blogging

Back To Top