Panduan Pemasangan Dekoder Percuma MYTV Broadcasting

Panduan Pemasangan Dekoder Percuma MYTV Broadcasting | Sejak September 2016 yang lalu,  pihak Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia sudah memulakan pengeposan Dekoder Percuma MYTV kepada mereka yang layak.

Sudah semak nama anda? 



Bagaimanakah Saya Akan Menerima Set Dekoder MYTV Saya?

Panduan Pemasangan Dekoder Percuma MYTV Broadcasting

Ramai yang bertanyakan soalan ini, maklumlah ini dekoder percuma yang pihak kerajaan bagi khas untuk penerima BR1M sebanyak 2 juta unit untuk 2 juta rakyat Malaysia yang terpilih. So, bagaimana anda menuntut/menerima set dekoder MYTV ini?

Untuk makluman anda, tiada sebarang penuntutan perlu dibuat kerana Unit Dekoder Percuma ini akan dihantar melalui Pos Laju ke alamat berdaftar dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Proses penghantaran akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula September 2016 sehingga Ogos 2017.
  • Jika Unit Dekoder Percuma gagal diserahkan kepada penerima, ia akan dikembalikan ke Pejabat Pos Laju terdekat dan disimpan selama 14 hari.
  • Sekiranya telah bertukar alamat, penyerahan / pengambilan notis Unit Dekoder Percuma di alamat lama perlu diuruskan sendiri oleh penerima.
  • Jika Unit Dekoder Percuma tidak diambil selepas tempoh tersebut, penghantaran dianggap gagal dan anda akan terkeluar dari senarai penerima

Peringatan Untuk Penerima Dekoder MYTV

Adalah diingatkan bahawa, anda yang layak menerima dekoder MYTV percuma ini haruslah mengikuti syarat-syarat yang telah ditentukan, seperti...
  1. Set dekoder percuma adalah khusus untuk anda dan tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder tersebut. 
  2. Set dekoder percuma tidak boleh dijual. Anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder tersebut. 
  3. Penerima dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri yang boleh dibuat dengan beberapa langkah mudah sahaja. Penerima boleh terlebih dahulu mencuba menggunakan peralatan antena yang sedia ada di rumah. 
  4. Membeli antena sendiri. Terdapat dua jenis antena UHF iaitu antena dalaman dan antena luaran (jenis UHF). Antena dalaman boleh menerima siaran bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antena dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud). Set TV dengan ‘built-in DVB-T2 receiver’ atau dikenali dengan iDTV (Integrated Digital Television) boleh menerima siaran MYTV.

Panduan Dan Cara Pemasangan Dekoder MYTV

1. Pemasangan Sendiri

Penerima dinasihatkan untuk membuat pemansangan sendiri bagi mengelakkan perbelanjaan lain sekiranya menggunakan khidmat pemasangan ejen. Caranya mudah saja, download dan print Panduan Pesangan MYTV dibawah ini..



2. Pemasangan Melalui Ejen

Sekiranya penerima memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan. Klik sini untuk melihat senarai Ejen Pemasangan.



Untuk pertanyaan lanjut & bantuan teknikal, sila hubungi

Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-80-6988

Layari http://mytvbroadcasting.my/


Baca Artikel Menarik Ini Juga

18 Comments

masyarakat kita masih ada masa lagi kah untuk menonton siaran TV

bestnya pada penerima percuma ni..cuba juga nak check nama macam xde je..hehe

Saya pun penerima brim tapi tak dapat dekoder pun

Ada tuan..mak saya di kampung masih tonton siaran RTM lagi haha..ada astro pun pasang 123 jugak LOL

Setahu saya, urusan ini dijalankan berperingkat peringkat..mungkin belum terpilih lagi..adik sy yg bujang lagi pun dpt BR1M tapi x dapat dekoder percuma MYTV

nak cekla mana tau mama sy dapat hehhee

wah brim pun boleh dapat dekoder ni percuma? amboi lah

BRIM dapat...dekoder pun dapat.. untung tu :-)

say dpt mytv percuma.ttp kenapa belum smpai ek

Suami saya dapat mytv ni percuma tpi belum sampai2 lagi hingalah ke hari ini....kot salah alamat ke ..ujung bulan dh nk abis ...dh nk masuk tahun 2018 ....oh mytv kepunanlah aq mau tengok wayang....

Dipilih secara rawak ni..lebih kepada penerima br1m paling rendah

Mohon semak liputan siaran dikawasan anda. Penghantaran dekoder dibuat secara berperingkat, tapi kalau belum ada liputan siaran, awak dapat pun buat apa dekoder tu kan? hehe

Semak liputan siaran kawasan anda. Jika ada liputan, anda mungkin akan dapat tak lama lagi. Tapi jika x sampai juga boleh contact MYTV utk maklumat lanjut. Jgn malu2 bertanya ye.


EmoticonEmoticon