Selasa, 22 November 2016

Permohonan Kemasukan INSTEP-PETRONAS Sesi Januari 2017

Permohonan Kemasukan Ke Institut Teknologi Petronas (INSTEP)  | Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan untuk menyertai keluarga Oil & Gas Petronas di Institut Teknologi Petronas (INSTEP) yang berlokasi di Dungun, Kuala Terengganu, Malaysia akan dijalankan pada bulan November 2016 ini.

Sumber | Petronas.co.my


Syarat Kelayakan Permohonan


  1. Warganegara Malaysia yang masih bujang.
  2. LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ;
  3. Mempunyai latar belakang subjek sains tulen atau sekolah teknikal ( Fizik / Kimia/ Kejuruteraan )
  4.  Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada 1 Januari 2017.
  5. Sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.
  6. BMI tidak melebihi 30 pada waktu memohon.
  7. Keutamaan diberikan kepada mereka yang aktif di dalam sukan dan aktiviti kepimpinan.
  8. Pemohon yang sedang/telah mempunyai ijazah sarjana muda/master tidak digalakkan memohon.


Program Yang Ditawarkan


Berikut adalah senarai program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan sesi kali ini.

PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (PTP-1) - 1 Tahun 

Bidang yang ditawarkan dibawah program ini..
  1. Elektrical
  2. Mechanical
  3. Makmal
  4. Instrumentasi
  5. Proses dan Pengeluaran
Program ini mengambil masa 1 tahun, dimana anda akan menjalani latihan selama 6 bulan di Institut Latihan Petronas (INSTEP) di Kuala Terengganu, Terengganu. Kemudian, latihan praktikal atau On-Job Training di Pelantar Minyak Off-Shore mahupun di On-Shore.

Iklan permohonan latihan- Klik Sini

Cara Memohon - Mohon Sini

Tempoh Permohonan Baru: 15 November - 25 November 2016

Panggilan temuduga untuk menyertai latihan INSTEP-PETRONAS ini akan dijalankan di seluruh Malaysia pada bulan Disember 2016 ini. Untuk makluman awal berdasarkan pengalaman saya menghadiri temuduga ini, ada 2 bahasa yang akan digunakan untuk temuduga iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Persiapkan diri anda dengan pakaian kemas temuduga, resume yang lengkap, salinan sijil-sijil berkaitan (susun dalam satu fail). Perlukan rujukan lengkap untuk temuduga? rujuk panduan temuduga ini - Rahsia Bijak Temuduga

Perlukan panduan membuat resume kerja yang terbaik? - Panduan Buat Resume Terbaik

Semoga berjaya dipanggil temuduga ye dik!

Kongsikan Artikel Ini

Artikel Berkaitan

Permohonan Kemasukan INSTEP-PETRONAS Sesi Januari 2017
4/ 5
Oleh

10 Comments

Tulis Comments
avatar
23 November 2016 4:24 PG

WAHH... BESTNYA KALAU DPT SAMBUNG STUDY NI!!

Reply
avatar
23 November 2016 8:16 PG

alamak ! kenap pulak tidak digalakkan memohon.. nak jugakkk

Reply
avatar
23 November 2016 11:26 PG

orang kata..susah mau masuk ni tempat hehhehe

Reply
avatar
23 November 2016 11:32 PG

untung juga ikuti program ni

Reply
avatar
24 November 2016 11:00 PTG

untung la sesiapa yang ada kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini..besar gaji..siapa yang dah berjaya tu jangan lupa emak dan ayah

Reply
avatar
26 November 2016 10:09 PTG

Anak-anak borneo boleh lah gunakan kesempatan belajar di instep. Semoga berjaya

Reply
avatar
7 Disember 2016 4:59 PTG

Instep ni untuk Seluruh Malaysia..borneo ke, Malaya ke boleh memohon.

Reply
avatar
7 Disember 2016 4:59 PTG

Betul tuan Hanafi, kalau ada minat mmg masyuk kerja ni..

Reply
avatar
7 Disember 2016 5:00 PTG

Interview dia mmg ada ketat sikit kelayakan dia, selalu tgok pointer tinggi..

Reply
avatar
7 Disember 2016 5:01 PTG

Minta maaf kalau umur terlebih ye..kalau ada degree, ini bukan utk anda hehe...

Reply