Senarai Caj Rawatan Hospital Kerajaan Bermula 1 Jan 2017

Senarai Caj Rawatan Hospital Kerajaan | Umumnya kita sudah mengetahui tentang kenaikan Caj Rawatan di Hospital Kerajaan sebanyak 50 peratus sejak Perbentangan Bajet 2017 lalu. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang dalam pengemaskinian kadar Caj Rawatan bagi rawatan pesakit warganegara mengikut Perintah Fi (1982).


Untuk makluman anda, sejak Perintah Fi ini diwartakan pada 1 Disember 1982 tidak pernah disemak semula sejak 34 tahun yang lepas. Namun, tahun 2016 ini penyemakan telah dilakukan dan kenaikan kadar Caj Rawatan yang naik 50 peratus ini adalah Caj Rawatan untuk pesakit Kelas 1 dan 2 sahaja.

Kenaikan ini tidak melibatkan pesakit Kelas 3 yang majoritinya digunakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berkemampuan boleh terus menggunakan Kelas 1 dan 2, manakala untuk rakyat golongan sederhana masih boleh menikmati kemudahan Kelas 3 tanpa sebarang kenaikan bayaran. namun, caj maksimum untuk kelas 3 adalah RM500 sahaja.


Senarai Caj Rawatan Hospital Kerajaan Bermula 1 Jan 2017


Berikut adalah jadual Caj Rawatan terkini selepas kenaikan 50 peratus. 

JENIS RAWATAN
HARGA SEKARANG
SELEPAS KENAIKAN 50%
Wad Kelas 1 (Sehari)
RM80
RM120
Wad Kelas 2 (Sehari)
RM20
RM30
Wad Kelas 3 (Sehari)
RM3
RM3
Bersalin Bedah Kelas 1
RM800
RM1200
Bersalin Bedah Kelas 2
RM400
RM600
Bersalin Bedah Kelas 3
RM100
RM100
Bersalin Biasa Kelas 1
RM300
RM450
Bersalin Biasa Kelas 2
RM150
RM225
Bersalin Biasa Kelas 3
RM10
RM10
Psikiatri Kelas 1
RM750
RM1125
Psikiatri Kelas 2
RM300
RM450
Psikiatri Kelas 3
Percuma
Percuma
Rawatan Kemoterapi Kelas 1
RM200
RM300
Rawatan Kemoterapi Kelas 2
RM100
RM150
Rawatan Kemoterapi Kelas 3
RM50
RM50

Berikut adalah Kenyataan Akhbar, Ketua Pengarah Kesihatan malaysia tentang Pengemaskian Caj Rawatan Hospital KKM: Hanya Untuk Caj Pesakit Dalam Kelas 1 Dan 2.


Untuk persediaan ketika waktu-waktu kecemasan dan memerlukan perkhidmatan/rawatan segera di Hospital Swasta, anda mungkin boleh mendapatkan Pilihan Medical Card Terbaik yang boleh membantu membayar Caj Rawatan anda dimasa akan datang.

Untuk rujukan lebih lanjut, layari http://www.moh.gov.my/index.php

7 Komentar untuk "Senarai Caj Rawatan Hospital Kerajaan Bermula 1 Jan 2017"

Asyik naik je semenjak dua menjak nie...
Tak ada ke yg nak turun..

semua naik :( gaji bile nk naik ni

mencekik..hoho elok sangatla tu. naikan sahaja semua.

Siap lah org kerajaan..naik lagi tu..haha..

Semuanya naik dah skrg... huhuhu

Lagi banyak naik lagi cepat sakit orang dibuatnya

hmmm...semua benda nak naik. yang turun tak ada lak huhu

Back To Top