Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Dan Swasta Di Sabah - Sabah Job Center

Laman web pencari pekerjaan yang lazimnya kita tahu adalah SPA, JobsMalaysia dan Jobstreet. Namun, itu adalah secara amnya di seluruh Malaysia. Bagaimana pula sekiranya anda mahu mencari kerja kosong spesifik untuk negeri-negeri tertentu?

Setiap negeri di Malaysia ini mempunyai laman web pencari kerja kosong samada Kerja Kosong Kerajaan di Sektor Awam dan juga Kerja Kosong Swasta di sektor pembinaan, perkhidmatan, perkilangan dan lain-lain. 



Laman Web Pencari Kerja Kerajaan Dan Swasta Di Sabah


Laman pencari pekerjaan yang saya maksudkan adalah Sabah Job Center. Iklan kerja kosong dilaman web ini adalah iklan daripada kerajaan negeri Sabah dan sektor perkilangan, pembinaan, restauran, pusat pendidikan/asuhan kanak-kanak, supermarket, klinik swasta, dan banyak lagi.

Setakat hari ini, terdapat 199 jumlah kekosongan jawatan masih belum tamat tempoh permohonan. Ianya terbahagi kepada 9 jenis industri iaitu:

  1. Agriculture
  2. Electrical & Electronic
  3. Healthcare
  4. Information Communication Technology (ICT)
  5. Manufacturing
  6. Petrochemical, Oil & Gas
  7. Services
  8. Tourism & Hospitality
  9. Others

Cara Memohon Kerja Kosong Di Sabah Job Center


Untuk pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Laman web ini lebih kurang sama dengan fungsi JobsMalaysia tetapi dibuat khas untuk rakyat Sabah. 

Langkah 1: Layari http://job.sabahjobcenter.com/ dan 'Sign Up'


Langkah 2: Lengkapkan Profil, Alamat Surat-Menyurat, dan Latarbelakang Pendidikan.


Langkah 3: Lengkapkan Permohonan, Status Pekerjaan, Buat & Upload Resume .


Langkah 4: Cari kerja kosong yang anda minat, dan Apply secara online.


Tahukah anda? - Terdapat 241 Agensi Kerajaan Di Malaysia Dan Mohon Secara Terus Ke Agensi ini

Kebanyakan syarikat swasta menggunakan laman web Sabah Job Center ini untuk mengiklankan jawatan kosong mereka. Permohonan kerja anda selamat dan diselia dengan baik dibawah Sabah Job Center. Maka, ianya sangat memudahkan anda untuk memohon jawatan kosong tanpa perlu walk-in ke kilang atau syarikat-syarikat swasta ini.

Sebagai persediaan menempuhi detik-detik temuduga dengan pihak syarikat berkenaan, saya cadangkan anda merujuk panduan dibawah ini agar persiapan temuduga nanti berjalan dengan baik.

Baca panduan ini untuk membantu persediaan temuduga nanti - Rahsia Lulus Cemerlang Temuduga Kerajaan Dan Swasta

Semoga anda berjaya dipanggil temuduga nanti..

0 Komentar untuk "Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Dan Swasta Di Sabah - Sabah Job Center"

Back To Top