Senarai Kerja Kosong Swasta Di Sarawak - Jobstock

Senarai Kerja Kosong Swasta Di Sarawak | Laman web pencari pekerjaan yang lazimnya kita tahu adalah SPA, JobsMalaysia dan Jobstreet. Namun, itu adalah secara amnya di seluruh Malaysia. Bagaimana pula sekiranya anda mahu mencari kerja kosong spesifik untuk negeri-negeri tertentu?

Setiap negeri di Malaysia ini mempunyai laman web pencari kerja kosong samada Kerja Kosong Kerajaan di Sektor Awam dan juga Kerja Kosong Swasta di sektor pembinaan, perkhidmatan, perkilangan dan lain-lain. 

Laman Web Pencari Kerja Swasta Di Sarawak


Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda sebuah laman web pencari pekerjaan sektor swasta. Laman web ini juga berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dengan mewujudkan Graduate Enhancement Training Sarawak Program untuk membantu lepasan Diploma dan Ijazah yang belum mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka.

Laman pencari pekerjaan yang saya maksudkan adalah Jobstock.com.my. Iklan kerja kosong dilaman web ini adalah iklan daripada sektor perkilangan, pembinaan, restauran, pusat pendidikan/asuhan kanak-kanak, supermarket, klinik swasta, dan banyak lagi.


Setakat hari ini, syarikat yang mengiklankan jawatan di laman web ini adalah 2766 dan hampir 500 jumlah kekosongan jawatan swasta masih belum tamat tempoh permohonan.


Cara Memohon Kerja Kosong Swasta


Mudah saja..setiap iklan jawatan kosong akan disertakan nombor telefon dan email untuk dihubungi dan untuk menghantar resume ke syarikat berkenaan.

Sebagai contoh: Iklan kerja kosong oleh Krista Taman Centurion


Berminat dengan jawatan yang ditawarkan? anda hanya perlu menghubungi person-in-charge(admin) atau terus menghantar RESUME dengan Expected Salary ke alamat email yang dipaparkan dalam iklan tersebut. Sekiranya anda  berjaya, pihak syarikat akan menghubungi anda untuk sesi temuduga.


Kebanyakan syarikat swasta di negeri Sarawak menggunakan laman web Jobstock ini. Maka, ianya sangat memudahkan anda untuk memohon jawatan kosong tanpa perlu walk-in ke kilang atau syarikat-syarikat swasta ini.

Sebagai persediaan menempuhi detik-detik temuduga dengan pihak syarikat berkenaan, saya cadangkan anda merujuk panduan dibawah ini agar persiapan temuduga nanti berjalan dengan baik.


Semoga anda berjaya dipanggil temuduga nanti..

3 Komentar untuk "Senarai Kerja Kosong Swasta Di Sarawak - Jobstock"

huhu..igt dulu sblm dpt kerja hari2 buka laman web cari kerja..kena usaha lebih skit nak kerja ni..semua isi..hehe

Back To Top