Cara Borong Barang Murah Dari China

Cara Borong Barang Murah Dari China | Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Perdana Menteri Malaysia pada ucapan pembentangan Bajet 2017 lalu menyarankan rakyat Malaysia agar menyertai Uber dan baru-baru ini mengiktiraf Usahawan Internet supaya lebih berdaya saing dan menghargai usaha mereka.

Rakyat Malaysia khususnya, lebih cenderung kepada perniagaan secara atas talian (online) memandangkan perniagaan atas talian lebih mudah dikendalikan dan mendapatkan pasaran berbanding membuka kedai jualan. Jika kita lihat di laman sosial facebook, hampir semua rakan-rakan anda kongsikan tentang kelebihan dan manfaat produk jualan mereka. Paling popular adalah produk kecantikan, kesihatan dan barangan keperluan wanita seperti handbag, tudung, pakaian dan banyak lagi.

Tahukah anda, terdapat sebuah laman web yang membolehkan anda memborong barangan murah daripada luar negara? banyak produk yang anda boleh jumpa di Malaysia dijual oleh peniaga disini dengan harga hampir 50% keuntungan daripada modal yang digunakan untuk membeli. Kebanyakkan peniaga yang ada sekarang lebih suka menggunakan perkhidmatan 'Orang Tengah' atau 'Supplier'  untuk memborong barangan tersebut dari China padahal mereka sendiri pun boleh melakukannya.


Cara Borong Barang Murah Dari China


Memborong sendiri produk yang ada di laman web ini lebih menguntungkan berbanding menggunakan orang tengah. Orang tengah ini kita panggil supplier, kita pula lebih kurang sebagai agen dropshiper.

Kenapa?

Sebabnya, orang tengah/supplier pun dapat untung daripada pembelian anda, manakala anda pula dapat keuntungan daripada pelanggan anda tersebut.

Misalnya, harga sebuah handbag adalah RM25. Anda jual kepada pelanggan anda dengan harga RM30. Harga sebenar handbag tersebut adalah RM20 jika dibeli terus dari China. Jika anda beli terus daripada China tanpa melalui supplier? berapa keuntungan anda? RM10 untuk sebuah handbag bukan?

Masih kabur-kabur...

Mari saya jelaskan dengan lebih teliti ! dibawah ini adalah perbandingan harga handbag yang dijual di Malaysia sekarang dengan harga asal daripada China. Lihat betul-betul okay...

cara borong barang murah dari china
Semak Harga Malaysia | Klik Sini
cara borong handbag murah china
Semak Harga China | Klik Sini

Nampak tak beza dia? lihat betul-betul harga yang saya bulatkan didalam gambar diatas. Harga di Malaysia adalah RM101 (termasuk postage), manakala harga asal dari China adalah 59 Yuan (RM38.46) dan postage adalah 20 Yuan (RM12.82) untuk 1kg yang pertama.

Maka, 

Harga beli dari China - RM38.46 + RM12.82 = RM51.28 

Jika anda jual dengan harga pasaran di Malaysia, anda akan dapat keuntungan sebanyak RM49.72

Ini adalah harga dan keuntungan untuk 1 handbag sahaja, kalau anda berjaya menjual 100 handbag yang sama dalam masa sebulan? berapa keuntungan? RM4972! untuk satu jenis produk ni saja, kalau anda boleh dapatkan lebih banyak handbag dan barangan lain? mungkin anda boleh mengaut keuntungan sehingga RM10000 sebulan atau lebih.


Susah Nak Beli, Saya Tak Faham Bahasa Cina


Ya, saya faham..ramai yang kata laman web ini susah nak faham. Ada yang kata laman web ini tipu..tak kan tak faham bahasa Cina terus kata laman web tipu hahaha..

Ramai yang dah berjaya membuat pembelian disini, kalau tak mana pula supplier yang ada sekarang ni dapat produk yang sama dijual? bukan hanya orang Cina, malah ramai dah orang Melayu yang mula membeli sendiri barangan murah dari China yang dijual balik ke Malaysia dengan keuntungan lumayan. Kita kena tahu, teknik dan rahsianya saja..

Sebab itu, kita perlukan panduan membeli dari laman web ini hasil penulisan orang Cina. Nigel Ong penulis ebook Rahsia Taobao ini berkongsi sendiri pengalaman dan kejayaan beliau hasil daripada memborong barangan dari China.

Kurang faham dengan penulisan saja? anda boleh pilih pakej video untuk pemahaman yang lebih mendalam..terdapat 10 Video Tutorial yang pasti memudahkan anda nanti.

cara beli brang china


Dapatkan Ebook ini sekarang! - Rahsia Borong Dari China

Sudah menjumpai produk apa yang nak dijual nanti? dapatkan pula - Rahsia Tingkatkan Follower & Letupkan Jualan Di Instagram untuk memasarkan produk tersebut dengan lebih berjaya.

Semoga perkongsian Cara Borong Barang Murah Dari China ini dapat membantu anda.

Sekian...


4 comments.. read them below or add one

Reen Johari Reen Johari 12 Disember 2016 11:40 PG
Sekarang ni kena banyak membaca tentang perkara yang kita nak belajar.. In sya Allah boleh digunapakai bila tiba masanya nanti kan.
Lea Azleeya Lea Azleeya 12 Disember 2016 9:49 PTG
Terbaik la elih.. Gut info.. Adehh tapi tak pernah lagik beli dari negera luar..