Khamis, 8 Disember 2016

Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 | Tahniah dan syabas! buat anda yang telah berjaya dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 yang lepas. Bagi yang tak sempat menduduki peperiksaan online tu, jangan risau kerana tahun 2017 mungkin akan ada lagi peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. 

Anda sudah buat yang terbaik ketika peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 tempoh hari. Pastinya debaran menanti menunggu keputusan peperiksaan ini kan? bagi yang berjaya melepasi peperiksaan tersebut, anda akan ke peringkat temuduga selepas ini. Banyak persediaan yang anda boleh buat jika mulaka sekarang.


Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29


Untuk makluman, seramai 34,223 calon telah menduduki peperiksaan untuk jawatan ini. Ini termasuklah 62 orang calon telah menduduki peperiksaan ini di luar negara iaitu di 21 buah negara. Berikut adalah pengumuman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan tarikh semakan keputusan peperiksaan Penolong Pegawai tadbir N29.



Cara Semakan Keputusan


Calon boleh menyemak keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 menerusi laman web / portal Rasmi SPA - www.spa.gov.my


Semakan Keputusan: Klik Sini
Tarikh: 13 Disember 2016 (Selasa)


Sepintas Lalu - Peranan Dan Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29


Untuk menjadi seorang Pnolong Pegawai Tadbir N29 yang berjaya anda haruslah mempunyai ciri-ciri dan berkebolehan melakukan tugas seperti berikut:
  • Aspek pengurusan organisasi atau jabatan
  • Aspek pentadbiran pejabat
  • Hal-hal kewangan organisasi atau jabatan
  • Hal-hal teknologi maklumat
Penolong Pegawai Tadbir N29 bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan pengurusan konsuler dan Penguatkuasaan Undang-Undang.


Persediaan Menduduki Temuduga


Tahniah! anda selangkah lagi untuk bergelar seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 di Kementerian/Jabatan Kerajaan. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat persediaan rapi bagi menduduki temuduga. 

Persediaan awal dari segi dokumen penting yang perlu dibawa, etika bilik temuduga, cara menjawab soalan penemuduga dan membuat resume amatlah penting ketika ditemuduga. Peluang ini adalah peluang keemasan buat anda yang telah berjaya dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Buat persediaan sekarang! - Rahsia Lulus Cemerlang Temuduga Kerajaan

Semoga membantu dan semoga berjaya!


EmoticonEmoticon