Komisen Kedua InvolveAsia November 2016

Komisen Kedua InvolveAsia November 2016 | Syukur, sejak berkecimpung semula dengan penulisan di blog pada bulan jun yang lepas, dapatlah merasa sedikit pendapatan sampingan dengan blog ini. Pada mulanya, memang pandangan orang lain agak mengecewakan tetapi selepas saya paparkan bukti pendapatan bulanan yang saya perolehi, mereka tergamam dan mula bertanya teknik yang saya gunakan dalam blog.


Artikel Mesra SEO


Sebagai blogger part time, saya amat mementingkan penulisan menggunakan Teknik SEO. Bunyi ayat dalam artikel ini memang agak skema tetapi ianya amat penting ditulis dengan betul agar google suka. Penulisan mesra SEO adalah peluang kepada menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan.

Bayangkan jika artikel yang anda buat tentang produk elektronik tersebut dihalaman pertama enjin carian google?? produk itu pula tengah Hot Selling di Lazada My dan Cameralah, jika ada 1000 visitor dari enjin carian dan berjaya mendapat jualan 1 daripada 1000 visitor tersebut, agak-agaknya berapa komisen anda dapat?

Sebagai contoh, anda promote Apple iPhone7...

Harga Apple iPhone7 - Klik sini
RM4,299
Komisen Ditawarkan InvolveAsia
6%
Komisen Anda Dapat?
RM257.94

Ini hanya pengiraan untuk 1 jualan...kalau anda dapat 2 atau lebih sales sehari pun dah kira hebat dah!

Alamak, apa aku membebel ni? hehe..saja nak bagitau potensi komisen yang bakal anda dapat nanti... korang nak tengok komisen involveasia saya bulan November ni kan..

Dibawah ini adalah komisen yang saya perolehi pada bulan November 2016.

<img src="komiseninvolveasia.jpg" alt="Komisen Involveasia">

Walaupun komisen ini masih ada yang berstatus pending, tapi ini adalah jumlah sebenar komisen jika semuanya telah di Approve kan oleh pihak InvolveAsia. Normally, untuk Lazada My, Zalora, Cameralah, Teez Bee, Photobook, Printicous, Narquirkee, ZenZen Dream, World W Fashion, Tudung2u, Poplook dan RecomN.com mengambil masa dari 30 hingga 60 hari untuk di Approve.

Manakala, komisen affiliate untuk RinggitPlus, Dental Depatures, GetDocs, Medical Depatures, HLA Touch, Qompanions, ReClaim dan lain-lain mengambil masa 60 hingga 90 hari untuk Approval. Komisen yang kita akan dapat bergantung kepada pengesahan mereka.

Memang agak lambat untuk approval tetapi selepas 90 hari yang pertama ini, saya pastinya mendapat komisen yang agak konsisten.

Baca - Komisen Pertama InvolveAsia Bulan Oktober 2016

Berminat menjana pendapatan sampingan dengan InvolveAsia? - Daftar Sekarang!

5 Komentar untuk "Komisen Kedua InvolveAsia November 2016"

banyaknya...bagi cik akak tutorial juga :)

saya tak faham nak guna involveasia ni hehe masyuk betul !

tahniah tuan Elih ..anda semakin awesome dalam bab blogging sekarang ini

Back To Top